Thursday, December 11, 2008

MELANKOLIK ENIGMA-BAB SATU(1)

Haekal gelisah, hatinya direntap berita yang mengejutkan, sukar untuk dia membuat keputusan ketika itu. Pangilan telefon sebentar tadi membuatkan hatinya dirudung kegusaran. Mesyuarat itu amat penting baginya dan masa depan kerjayanya. Namun dibulatkan tekad dihatinya untuk meninggalkan mesyuarat yang amat penting itu. Projek pembangunan mega yang dirancangkan selama 10 tahun itu sudah mencapai tahap pembentangan kertas kerja dan hanya menunggu pengesahan dan persetujuan daripada kesemua ahli lembaga pengarah Syarikat Prowhalemer Sdn. Bhd. Sebuah syarikat pembangunan kawasan pesisir pantai yang temahsyur di Malaysia.



Tanpa berlengah lagi, setelah meminta izin mengundur diri, Haekal berlari menuju ke arah kereta pacuan empat rodanya yang diparkir di hadapan bangunan pejabatnya. Enjin kereta dihidupkan serta merta, setelah membaca doa menaiki kenderaan, Haekal terus memecut ke arah selatan menuju ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Telefon bimbit berjenama Nokia model N95 milik Haekal kembali berdering...

“Hello, assalamu’alaikum”.

“Wa’alaikumussalam wa rahmatullah”.

“Encik Haekal, anda diminta segera berada di wad bersalin sekarang, keadaan isteri encik semakin tenat, kami memerlukan encik disisinya untuk memberi sokongan”.

“Tapi sekarang saya masih dalam perjalanan, dalam lima minit lagi insya-ALLAH saya sampai, tolonglah buat apa saja yang terbaik buatnya sebelum kedatangan saya, tolong ya doktor”.

“Insya-ALLAH pihak kami akan buat yang terbaik, harap encik Haekal cepat ya, assalamu’alaikum”.

“Baiklah, wa’alaikumussalam wa rahmatullah”.


Ganggang di sebelah sana diletakkan dahulu, talian pun putus, peluh dingin mula merembes membentuk manik-manik jernih di dahi Haekal. Hatinya semakin gelisah, risau sebarang kecelakaan menimpa insan yang paling di kasihinya itu. Keriasuan itu bagai menyiat-nyiat dan merobek-robek hati nuraninya itu. berbisik Haekal berdoa...


“Ya ALLAH, kau permudahkanlah segalanya untukku, selamatkanlah isteriku, juga anak yang bakal dilahirkannya itu, jika ini waktunya, janganlah kau ambil dia dariku sebelum aku berada di sisinya, perkenankanlah permintaanku ini ya ALLAH”.



Pelahan-lahan air mata mengalir ke pipinya. Hari yang ditunggu-tunggu selama perkahwinannya dengan Aisyah Humairah, apa lagi kalau bukan hari untuk dia bergelar bapa. Aisyah Humairah merupakan gadis pilihan hati dan imannya, solehah orangnya, lembut tutur katanya, tulus budinya, cukup untuk memenangi hati Haekal. Beruntung sungguh dia kerana dikurniakan ALLAH seorang isteri yang sebaik itu.


Masih dihujani tanda tanya, bagaimanakah anaknya nanti, lelakikah? atau perempuankah? dalam pada itu bimbangnya pada keselamatan isteri dan bakal anaknya masih mengusut di benak fikirannya, mana taknya, isterinya telah di sahkan mengalami lemah rahim. selama sembilan bulan sepuluh hari dia lebih meluangkan masa bersama isterinya demi memastikan keselamatan kedua-dua isteri dan kandungannya.


Sejurus sampai ke perkarangan hospital, dengan pantas Haekal memakir 'Hilux'nya di tempat meletak kereta. tanpa berlengah dia berlari-lari anak menuju ke lobi hospital. tak terfikir untuk menggunakan lif, dia terus mendaki anak tangga kerana wad bersalin hanya di tingkat dua. Termengah-mengah Haekal mengumpul nafas sesampainya di ruang legar tingkat dua. Seorang jururawat mendekatinya.

"Err..Encik Haekal?".

"Ya saya".

"Mari ikut saya".


"Baiklah".



Belum sempat Haekal melangkah masuk ke dalam bilik bersalin, dia terdengar suara tangisan bayi, dan dia terus masuk menyusuri langkah jururawat bertugas. Haekal terpaku, melihat wajah isterinya yang pucat, dan tangan yang terkulai layu, harapannya isterinya hanya keletihan sahaja tak lebih dari itu. Dia menghampiri isterinya, dikucupi dahinya,


sejuk...

"Minta maaf encik Haekal, hanya bayi ini sahaja yang selamat, kami dah usahakan sedaya kami, selebihnya kami serahkan pada ALLAH".
Kata Doktor Ibrahim.

"Ya ALLAH.....".
Raung Haekal bagai tak dapat menerima kenyataan itu.

"Bersabarlah, ALLAH lebih menyayangi dia, terima sahaja takdir ALLAH, moga ALLAH menempat kita dan dia di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah".
Pujuk Doktor Ibrahim.

"Eloklah disempurnakan dulu hak bayi encik itu dulu".


Haekal melangkah lambat-lambat menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk, dan kembali sejurus kemudian. dia merangkul anaknya dengan tertib dan terus menghadap qiblat dan melaungkan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri anaknya. Dalam juraian air matanya, dalam esakan tangisnya dia berkata,


"Duhai anakku, mulai hari ini kau adalah amanat Tuhanmu untukku, waris cinta Aisyah Humairah, aku berjanji akan membesarkan kau dalam ajaran ALLAH, supaya kelak kau mampu berbakti pada agamamu, bangsamu, negaramu, padaku dan ibumu yang telah pergi. semoga ALLAH melindungi kita dan mengekalkan kita dalam iman dan islam, mulai hari ini kau akan ku namakan dengan nama DANIEL..."

PUISI CINTA


cinta...

biasa terungkap di bibir kata,

bahasa indah penuh bermakna,

kala hadirnya indah belaka,

tiada duka tiada nestapa,

insan terbuai dek bayu asmara,

terus dibawa arus dunia.


cinta...

kerananya manusia perkasa,

kerananya manusia berupaya,

kerananya manusia berjaya,

kerananya juga manusia derhaka,

kerananya juga manusia terleka,

kerananya juga manusia binasa.


cinta...

hakikat dunia tiada yang sempurna,

melainkan cinta pada yang Esa,

tunduk bersimpuh di riba Tuhannya,

memohon ampun atas segala dosa,

meminta teduh di lembayung rahmat-Nya,

terima hakikat sebenar seorang hamba.

Wednesday, December 3, 2008

PERMOHONANKU...



Dilubuk hatiku terdalam,


Ini yang ku pilih penuh keyakinan,


Namun kadang bimbang menyerang,


Sanggupkah melangkah untuk terus berjalan.





Saat badai menderaku,


Hingga rapuh dan goyah,


Tiada daya untuk bertahan,


Hanya Engkau tempat berpegang.




Saat hujan basahi ku,


Penuh lumpur dan noda,


Dalam deraian air mata,


Dengarlah permohonanku.




Berkatilah setiap semangat jiwa,


Untuk selalu berjuang di jalan -Mu,


Berjagalah hati yang kadang redup,


Ditiup angin duniawi, gemerlap kilauan harta,


Terkadang cinta manusia yang menyesatkan selamanya.

Sunday, November 2, 2008

AKU YANG MEMBOSANKAN - SIRI 2

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan pada ALLAHS.W.T kerana masih memberi kesempatan untuk terus berada di dunia ini. erm... rasanya nak sambung balik cerita yang semalam tertangguh. sekarang jam di meja komputer aku menunjukkan jam 0319, aku masih lagi menonton cerita Heroes sejak semalam, sekarang dah masuk episod 5 dalam season ke-3, aku sangat tertarik dengan siri ini lebih dari siri2 cerita inggeris yang lain. It's totally different. Tapi betul ke benda bni yang sepatutnya aku buat di waktu ini? aku masih terus di depan monitor dengan jari masih rancak di papan kekunci...

28 Oktober (selasa):
Kaki aku baru sembuh dari kesakitan, mula berjaga2 dengan permakanan, mana la tau kes lama berlaku lagi. Fobia GOUT di minggu peperiksaan, dah lah dua subjek yang aku terlepas tu berada pada hari yang sama macam tahun sudah, Management Science(khamis) dan Usul Fiqh (jumaat). harap ALLAH permudahkan urusan...

29 Oktober (Rabu):
Hari ni special sikit, nak tahu kenapa? hari ni merupakan ulangtahun kelahiran huzairy yang ke 22. Sambutan? hmm...kureng sikit berbanding tahun yang lepas. rasanya tahun lepas jauh lebih happening, kalau nak tahu, tanya la dia sendiri... tahun ni birthday dia kami sambut di pantai, tapi ramai yang tak turut serta sebab balik rumah sempena cuti study week...

lepas maghrib, aku keluar ke bandar naik motor, just around 100km/j, bawak nidz jumpa dengan adik dia di hotel Grand Dorsett, lepas tu pergi utama jaya beli serbuk dadih untuk johan pula. malam ni aku masak pisang goreng, umph.. sedapnya...

30 Oktober (Khamis):
Hari ini ramai betul orang cari aku, nak print, nak pinjam motor...bukan aku tak sedar, cuma aku malas nak layan...nasib baik aku tak layan, kalau tak terpaksalah aku suruh hafiz balik sendiri dari terminal feri tu. hmm...kira ok lah tu, kadang2 aku penat jugak melayan semua ni...

Malam ni zai pinjam motor aku pergi bandar, nak withdraw duit katanya, it's ok... you are my buddy, and then sempat jugak aku telefon shahrizal wish birthday die, he also my buddy...

31 Oktober (jumaat):
Aku hampir terlepas Solat Jumaat, bangun jam 1230. Tidur lepas subuh punya pasal lah ni, apa nak jadi dengan aku... hari ni ape aku nak masak ye? tak payah masak lah, lepas solat jumaat aku terus balik ke teratak bujang, buat apa lagi, nak tengok siri Heroes la. baru je aku nak layan, jijoe datang nak print, pastu kamal pulak, it's ok... you're also my buddy...

Lepas maghrib merempit ke bandar dengan bob, pergi bank in duit. so aku pun pergi lah monegain sekali untuk beli telur dan sosej tak lupa jugak Oat yang abag aku pesan suruh makan setiap hari...

1 November (Sabtu):
Sepanjang hari duduk dalam rumah, menghabiskan sisa2 siri Heroes yang tak habis2. tengahari aku masak cucur bilis, Nidz kata aku memang pakar masak cucur, padahal aku rasa biasa je. entah apa yang special sangat pun aku tak tahu...

2 November (Ahad):
sekarang lah tu. Masa sekarang jam 0359, sekejap lagi nak tidur lah ni, tunggu episod terakhir siri Heroes yang dalam simpanan aku. mungkin pagi ni aku mula study for the final exam... mungkin lah... selamat pagi semua...assalamu'alaikum

p/s: mungkin siri AKU YANG MEMBOSANKAN ini tidak akan terbit buat beberapa ketika, tunggu sahaja yang akan datang, mungkin seminggu or dua minggu or tengoklah kerajinan aku yang tak berapa rajin ni...

Saturday, November 1, 2008

AKU YANG MEMBOSANKAN

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah aku masih di beri nyawa oleh ALLAH S.W.T. pada waktu ini dan masih lagi dipelihara dalam nikmat iman dan Islam, sekarang jam di meja komputer aku menunjukkan jam 2.06 minit, belum rasa mengantuk lagi, tak tahu kenapa. Dah lama tak buat sebarang posting, rasanya dah dekat 2 minggu sejak pilihanraya kampus hari tu. jadi tergerak pula hati nak berkongsi cerita sepanjang 'kehilangan diri' selama lebih kurang 9 hari ni...

21-23 Oktober(selasa-khamis):

aku baru sahaja berpisah dengan roommate aku, nampaknya dia dah tak sudi dudk dengan aku lagi. aku akui memang salah aku, busy body sangat. tapi aku dah anggap dia macam adik beradik aku sendiri, so sebagai adik beradik kita mestilah sharing. nampakya aku silap, bukan semua hal boleh sharing. huhuhu...apalah nasib...

Sepanjang minggu pilihanraya kampus, nampaknya macam tak ada sebarang bantuan yang aku hulurkan buat gerakan, cuma duduk dalam bilik, main game, layan nasyid, tapi aku rasa kesian juga pada adik2 dari tahun satu dan dua, kawan2 sebai'ah, dengan beberapa orang senior yang bertungkus lumus menjayakan usaha promosi dan kempen calon pro-M. tapi nampaknya aku masih sekadar melihat...

24 Oktober (jumaat):

Pilihanraya dah berlalu, nampaknya hampir seperti tahun sudah, cuma 3 calon pro-M sahaja yang berjaya dinobatkan sebagai MPP-Kal daripada 4 yang bertanding, harap2 mereka melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi, dan menjadi contoh kepada semua. dan aku pula masih lagi melihat...


"Hari ni ada kelas terakhir Usul Fiqh, En. Zul nak bagi tips exam katanya",

Aizuddin(Presiden Kelab Kewangan Islam-KAL) baru sahaja bagi tahu aku lepas solat jumaat tadi. "Alamak, kenapa tak bagi tahu tahun depan je?" minta maaf la, aku kalau mesej last2 minit ni aku memang tak gemar. so, aku ambil keputusan tak mahu ke kelas instead aku masih ada assignment yang perlu aku siapkan dan hantar petang tu juga. lagipun jam 4 nanti ada taklimat praktikum.

Lepas asar terus pergi bilik En. Zul, hantar assignment individu. kena cepat ni, nanti tak dapat tempat untuk taklimat pula... "Alamak, macam mana En. Zul boleh ada kat sini" so, aku pun tebalkan muka pergi menghadap dia.

"minta maaf En. Zul, pasal kelas tadi.."

"tak apa, kan awak dah pernah ambil dulu. So, baca sikit2 je la"

macam tak percaya apa yang keluar dari mulut En. Zul. ingatkan die nak marahkan aku. kelas Usul fiqh sahaja, aku da ebsent 5 kelas, belum campur kelas Islamic Fund Management, rasenye kelas IFM pun aku da ebsent 5 kelas. nak buat macam mana, aku ni memang pemalas tahap beruang kutub yang sedang hibernate...

Sampai je lif kat ground floor podium, aku terus ke dewan kuliah. nampaknya taklimat belum start lagi. jumpa la dengan kawan2 tahun 3 dan 4 yang nak ambil praktikum semester depan. ramai juga yang tanya, mana selama ni aku menghilang, hahaha, aku betapa di dalam bilik la.

"nuek, jangan lupa, ahad ni presentation Takaful Muamalat. Prepare tau"

aduh, present lagi, aku ingat dah habis da semuanya, it's ok, aku cuba la nanti. sempat juga bergurau dengan zami dan zairy. kadang2 rindu juga bila berhari2 tak nampak diorang berdua ni, kira diorang ni antara best fren aku la di KAL ni.

25 Oktober (sabtu):

Nothing special, just like others day before. prepare for tomorrow presentation?, no,no,no. aku lebih senang buat dengan spontan, walaupun secara dasarnya mesti hancur. tapi kenapa aku asyik melingkar atas katil je ni? la...patutla, dari malam semalam hujan tak berhenti-henti turun, suhu pun da macam kundasang...erm...sedapnya tidur...

26 Oktober (ahad):

"salam nuek, ko da bersiap belum? jam 8 kami nak gerak ni"

Jam 0815, ya ALLAH, lamanya aku terlelap, pada hal memang sengaja lelap lepas solat subuh. mandi lah. Masya ALLAH...air ni macam ais sejuknya, tak pe lah, aku pun dah lambat ni. silap Step!!! aku jirus kepala dahulu. macam kena renjatan elektrik spontan kepala aku macam tercabut rasanya...pening...macam kena migrain...

"zai, aku tak dapat datang..."

pagi ni aku tukarkan kerja presentation dengan kerja2 merawat PC aku yang dah 5 hari sewel, dengan berkat bantuan ALLAH mengutuskan Syukri datang, segalanya berjalan lancar, PC aku sembuh sepenuhnya...tapi dia hilang ingatan, sebab hard disk rosak...

Jam 1415, aku rasa masih sempat kalau aku pergi presentation, lagipun aku rasa kesian nak bebankan kawan2 kumpulan aku yang memang selama ni aku selalu susahkan diorang. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan segala urusan, presentation pun tak mengecewakan...

malam itu kami buat jamuan hari raya di rumah En. Hazmi, punyalah meriah, mana tak nya, 60 orang datang beraya sekali. bakar ayam, sosej, makan bihun, nasi himpit, rendang, sambal kacang, dan kuih raya...

"Nuek, jangan makan daging, nanti ko sakit lagi"

"Ala... kali ni je la"

terharu aku bila ramai kawan2 ingatkan aku tentang GOUT, huhuhu memang sakit, tapi aku ni pantang nampak daging, lagi2 rendang daging or daging masak merah, memang aku balun habis. malam tu aku tapau dalam 12 ketul kepak ayam untuk penghuni teratak bujang aku ni, memang laris. aku pula masih terbayang2 kesedapan rendang dagin yang aku bantai 2 pinggan tadi, dan kesannya...

27 Oktober (Isnin):

bangun for subuh, Aduh!!! nampanya dah start kesan sampingan. tak apa, yang penting solat dahulu. lepas solat, macam biasa, sambung tidur...

p/s: jam sekarang menunjukkan jam 0313, I think I'm just reached my limit, so nak pergi tidur, InsyaALLAH lain kali sambung lagi, selamat pagi semua...

Tuesday, October 21, 2008

KE ARAH KECEMERLANGAN KEPIMPINAN MAHASISWA ISLAM

KE ARAH KECEMERLANGAN KEPIMPINAN MAHASISWA ISLAM

Oleh: Haji Abd. Ghani Haji Samsudin
Persatuan Ulama' Malaysia

Motto
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah".
(Surah Al-Ahzab: ayat 21)

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا(103)الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا(104)أُولَئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا(105

"Katakanlah: apakah kamu pernah Kami jelaskan kepada kamu tentang orang-orang yang pekerjaan mereka di dunia ini ialah (pekerjaan) yang sia-sia, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah bekerja dengan sebaik-baiknya".

"Mereka itu ialah orang-orang kufur terhadap ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap pertemuan dengan Allah. Sebab itu (nilai) pekerjaan mereka jatuh hapus) dan Kami pun tidak akan memberikan apa-apa pertimbangan nilai terhadap (usaha) mereka pada hari kiamat kelak".
(Surah Al-Kahfi: ayat 103-105)

Muqaddimah

Kecemerlangan (excellence) merupakan suatu aras pencapaian khidmat, kualiti pengeluaran dan sebagainya yang mencecah piawaian tertentu, sama ada kepuasan pelanggan, pengikut, orang ramai, rakan sekerja, mahupun majikan. Kecemerlangan selalunya dihubungkaitkan dengan nilai-nilai atau traits keperibadian tertentu, atau malah mutu perlaksanaan kerja tertentu yang terbaik dan memuaskan Allah atau manusia pada masa yang tertentu. Pendek kata ia merangkumi sejumlah ciri-ciri keunggulan yang mampu dimiliki oleh seseorang, kumpulan atau organisasi. Semua orang ingin memiliki sesuatu yang dapat dibanggakan. Mereka ingin menjadi unggul dalam serba-serbi. Manusia memang makhluk yang ingin mencapai self-actualisation membuktikan kewujudan diri). Ia mahu mendapatkan satu macam kepuasan batin dan penerimaan masyarakat terhadap dirinya. Ini dianggap sebagai salah satu keperluan asas manusia mengikut huraian Maslow tentang theory of basic need.

Di antara yang dicita-citakan oleh manusia ialah suatu keperibadian yang terbaik, terpuji, sempurna dan cemerlang bagi dirinya sendiri. Mereka merasakan keperibadian yang baik dapat membekalkan diri mereka dengan persyaratan-persyaratan kejayaan dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup. Peribadi menentukan nilai diri. Ia lebih penting daripada keturunan, pangkat, dan harta benda. Manusia disanjung lantaran peribadinya yang mulia dan cemerlang bukannya kerana pangkat atau keturunannya semata-mata.

Kecemerlangan, jika dihubungkaitkan dengan kepimpinan mahasiswa, ia bermakna wujudnya beberapa ‘figure’ pemimpin dan kualiti kepimpinan organisasi mahasiswa yang mampu mencapai serta memenuhi piawai atau standard yang terbaik dan memuaskan para pengikut atau malah umat yang menyaksikan agenda bertindak dan operasi organisasi yang berkenaan.

Ada beberapa faktor yang menentukan kecemerlangan kepimpinan mahasiswa. Faktor-faktor tersebut antara lain ialah:

1. Dasar perjuangan yang diredhai Allah

Dasar perjuangan mahasiswa mestilah berlandaskan nilai-nilai Islam Mahasiswa sebagai kumpulan manusia berilmu dan sentiasa mencari ilmu perlu mendampingkan keilmuan mereka dengan iman, Islam dan ihsan. Mereka perlu konsisten memperjuangkan Islam serta mendukung kepimpinan Islam yang menyanjung kepimpinan para pewaris nabi atau para alim ulama'.

Allah berfirman

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah lwn mengkhianati Allah, Rasul dan apa yang telah diamanahkan kepada kamu; padahal kamu mengetahuinya"
(Surah al-Anfal: ayat 27)

2. Strategi operasi serta gerak kerja yang berkesan.

Perlaksanaan gerak kerja berharakah memerlukan strategi bertindak yang rapi dan teratur Tanpa strategi yang sesuai dengan fiqh al-Muwazanat serta fiqh al-Awlawiyat maka organisasi mahasiswa sukar meraih kecemerlangan seperti yang diidamkan.

Fiqh al-Muwazanat bermakna keupayaan untuk menilai mana yang lebih penting diutamakan antara sekian banyak (Masaleh) maslahah (kepentingan), dari sudut kadarnya, pengaruhnya, skop liputannya serta jangka hayatnya

Ia juga bermakna keupayaan untuk menilai mana yang lebih buruk padahnya dari sekian banyak keburukan yang ada, mana yang paling mustahak dihindari terlebih dahulu dan mana pula yang boleh dibiarkan seketika. Ia juga bermakna keupayaan membuat tarjihat antara maslahah dan mafsadah apabila kedua-duanya tampil serentak dalam sesuatu isu atau persoalan. Sehinggalah dapat dibuat kesimpulan yang tepat sama ada diutamakan menghindari mafsadah dari meraih maslahah atau sebaliknya diutamakan meraih maslahah dengan menanggung sedikit kesan dari mafsadah yang berkaitan.

Fiqh al-Aulawiyat bermakna meletakkan sesuatu pada kadar martabatnya. Apa yang patut didahulukan tidak ditangguhkan. Manakala yang patut ditangguhkan tidak didahulukan. Yang besar tidak dianggap kecil, begitu juga sebaliknya.

Amal salih menurut al-Qur'an mempunyai martabat masing-masing. Nilainya tidak semestinya sama. Golongan pemimpin mestilah peka terhadap hal ini.

Allah berfirman:

أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ(19)الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْفَائِزُونَ(20)

"Adakah kalian menyamatarakan (nilai kebaikan) antara orang yang memberi minum orang-orang haji serta memakmurkan Masjid al-Haram dengan orang-orang yang beriman dengan Allah, hari akhirat dan mereka berjihad di jalan Allah. (Sesungguhnya) tidak sama (nilai antara keduanya) di sisi Allah. Allah tidak memberi petunjuk terhadap kaum yang zalim. Orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan nyawa mereka di sisi Allah lebih tinggi darjat mereka dari orang lain. Mereka itulah orang-orang yang berjaya"
(Surah at-Taubah: ayat 19 - 20)

3. Struktur organisasi serta memiliki perlembagaan yang baik

Kejayaan sesuatu organisasi,banyak bergantung kepada strukturnya yang baik. Perkara seperti ini diatur oleh perlembagaannya yang komprehensif di mana agihan kuasa antara lembaga-lembaga yang ada diwujudkan secara yang terbaik. Tidak terjadi perkara-perkara yang menghalang kerja-kerja organisasi.

Perlembagaannya tidak memungkinkan penyelewengan secara berleluasa Mekanisme untuk memperbaiki kelemahan organisasi sentiasa terbuka.

4. Figure kepimpinan yang cekap serta berketerampilan

Kepimpinan yang terlatih dan berpengalaman dalam menghadapi politik kampus sudah pasti akan lebih berjaya dari kepimpinan yang mentah dan kurang berpengalaman. Lebih jauh kepimpinan yang mempunyai berbagai kemahiran sudah pasti akan menempa kejayaan yang lebih cemerlang.

Selain daripada beberapa sifat di atas, kepimpinan mahasiswa hendaklah mempunyai keterampilannya menggarapi aspek-aspek berikut:

a) wawasan politik yang jelas

Kepimpinan di kampus adalah anak tangga untuk kepimpinan di peringkat yang lebih tinggi. Wawasan politik yang benar seharusnya telah ditemui dan diyakini dari peringkat kampus lagi sehingga ianya semakin kukuh dan bercambah di peringkat nasional dan antarabangsa. Sekiranya perkara ini masih kabur dan tidak mantap di peringkat mahasiswa lagi maka kelewatan menemui wawasan politik Islam yang sebenar merupakan titik kelemahan yang ketara

b) keterampilan berkomunikasi, mampu menguasai pelbagai bahasa
Kelompok mahasiswa yang dipimpin kini bukan hanya suatu bangsa. Oleh kerana itu para pimpinan organisasi mahasiswa masa kini perlu menguasai bahasa lingua franca; sama ada Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Arab, selain daripada bahasa ibundanya. Mereka perlu cemerlang dalam penguasaan mereka terhadap bahasa-bahasa ini. Dengan penguasaan yang cemerlang mereka berupaya menyampaikan mesej secara lebih berkesan dan convincing.

c) keterampilan moniver

Pimpinan organisasi mahasiswa perlu memiliki kemahiran merentasi halangan cita-cita organisasi. Mereka mustahak menguasai seni mengemudikan konflik untuk mencapai tahap perlaksanaan yang lebih tinggi dan maju. Mereka perlu berupaya meraih kemenangan melalui laluan sukar dan halangan yang getir.

d) memiliki keperibadian Islam yang baik

Pimpinan mahasiswa Islam yang baik ialah yang mempunyai ciri-ciri ketakwaan seperti yang diperincikan oleh Al-Qur'an.

5. Aktivis yang gigih, kreatif serta inovatif

Pemimpin mahasiswa tidak lahir dari kekosongan. Ia lahir dari kalangan massa mahasiswa sendiri. Ia (pemimpin) mencerminkan nilai atau kualiti keunggulan mahasiswa itu sendiri. Pemimpin yang cemerlang lahir dari lautan siswa yang cemerlang, gigih, kreatif dan inovatif. Kejayaan pemimpin bukan mutlak daripada pemimpin tetapi juga kerana adanya kerjasama, sokongan dan sikap kesetiaan terhadap jamaah dan sikap ingin melihat jamaah berjaya.

Hubungan timbal balik yang positif antara pemimpin yang baik dengan para pengikut yang gigih sudah pasti menghasilkan peningkatan dalam mutu kerja aras pencapaian organisasi.

6. Kelengkapan teknologi yang berkesan

Untuk membayangkan organisasi mahasiswa lengkap dan penuh sarat dengan peralatan teknologi canggih seperti yang dimiliki oleh sektor korporat atau awam yang advance sudah pasti suatu igauan yang indah. Apa yang dimaksudkan ialah, organisasi mahasiswa mempunyai peralatan teknologi yang minimum untuk membantunya beroperasi secara berkesan. Sekurang-kurangnya alat komputer, mesin cetak, faks, telefon dan lain-lain yang setaraf dengan tuntutan zaman kini. Kekurangan yang terlalu menjolok dalam hal ini menjauhkan organisasi berkenaan dari tahap cemerlang.

7. Program perkaderan (leadership program) yang berkesan

Suatu mekanisme yang penting dalam memastikan kesinambungan wawasan kepimpinan pelajar dan mahasiswa Islam ialah wujudnya sistem perkaderan yang baik untuk menampilkan pemimpin pelapis yang berwibawa. Pemimpin yang berfikiran kreatif, setia dengan prinsip dan dasar organisasi.

Organisasi mahasiswa yang cemerlang adalah organisasi yang mampu menyediakan golongan pelapis yang competent untuk menggarap cabaran zamannya dan zaman-zaman yang akan datang. Mereka harus berupaya menampilkan golongan pemimpin yang lebih bijak, lebih berketerampilan dan canggih daripada yang ada sekarang. Lumrahnya cabaran masa depan lebih sengit dan gawat berbanding dengan masa kini.

8. Taufik dan inayah Allah

Seandainya segala keperluan dan prasyarat untuk maju dan cemerlang telah dimiliki maka suatu faktor yang tidak boleh tidak mesti diperolehi oleh organisasi mahasiswa Islam ialah taufik dan inayah Ilahi. Barakah dan limpah kurnia Allah perlu ditagih dengan amalan ibadah, do'a, zikir dan munajat. Hanya dengan limpahan kurnia Allah, keampunan dan restu-Nya, kecemerlangan duniawi akan mempunyai makna yang lebih diyakini. Sebab itu, organisasi mahasiswa Islam semestinya tidak lekang dengan program Qiamullail, khemah ibadah, halaqah zikir dan lain-lain.

Kesemua nilai-nilai di atas jika diadun dengan baik akan menghasilkan kecemerlangan. Apatah lagi dalam persaingan masyarakat yang serba rencam ini kualiti dan kecemerlangan mahasiswa tidak lagi merupakan satu pilihan, tetapi sudah menjadi syarat mutlak untuk survival atau meneruskan kelangsungan perjuangan. Mahasiswa tidak bergerak dalam ruang yang kosong. Mereka dilengkari oleh persekitaran yang mempengaruhi sikap, minat dan peribadi tiap-tiap individu. Justeru itu budaya gerak-kerja mahasiswa harus didasari oleh nilai akhlak dan etika pergerakan yang baik serta berkesan. Dalam hal ini jika mahasiswa terus-terusan berada di takuk lama, tanpa mahu merebut semua peluang meningkat diri secara agresif, sudah pasti mereka akan terus terpinggir.

Keselarasan Roh dan Pemikiran Dalam Gerakan Kemahasiswaan

Kecenderungan masyarakat dewasa ini kembali kepada ajaran dan nilai-nilai Islam agak ketara. Ini sejajar dengan proses kematangan pemikiran umat setelah melalui sekian banyak Peristiwa-peristiwa yang mengandungi suka duka hidup. Sudah pasti keinginan dan keghairahan untuk kembali menghayati Islam sedemikian rupa memerlukan skima pemikiran yang mantap, jelas dan kaya dengan inspirasi, modal dan gagasan baru dalam berbagai aspek. Islam yang hendak dihayati itu tentulah Islam dalam bentuk yang setaraf dengan cabaran, wawasan dan tuntutan masa kini. Ia perlu segar dan mempunyai unsur tajdid.

Dalam menangani situasi begini, gerakan mahasiswa harus sedar bahawa kehadiran serta peranan mereka akan menjadi lebih dominan serta bersemarak, kiranya mereka dapat memastikan bahawa keghairahan untuk menghayati Islam tersebut memerlukan mereka sendiri bahkan setiap aktivis yang dididik memiliki roh dan pemikiran Islam. Roh dan pemikiran Islam terjunam kukuh serta dapat diselaraskan di semua peringkat pengikut serta penggerak organisasi. Keselarasan ini harus merangkumi kesedaran tentang:

1. Islam ialah suatu Manhajul Hayah (sistem hidup) yang sepatutnya menjadi dasar negara dan budaya ummah

2. Kesempurnaan Islam (syumuliyatu 'I-Islam) dan ajarannya perlu berfungsi dalam masyarakat

3. Keperluan bergerak dalam satu rangka pemikiran yang selaras, searah dan dalam satu wadah pergerakan dengan fiqh prioritas syara' yang muktabar

4. Kemestian menolak aspek-aspek salbiah (negatif), ittikaliah (tawakal yang tidak bertempat), pesimistik dan faham sekularisme dalam amalan dan pemikiran

5. Kemestian mengasaskan ilmu atas dasar yang integrated (sepadu), sempurna dan selaras dengan nilai-nilai rabbaniah

6. Kemestian menuju ke arah kepimpinan yang mempunyai ilmu yang mutakamil (sepadu) dan memiliki ciri-ciri warathatun-Nubuwah (pewaris ciri-ciri kenabian) untuk mengurangkan berlakunya kemungkinan-kemungkinan negatif

7. Keperluan menghargai wadah-wadah Islam yang lain serta sumbangan masing-masing dalam membawa ummah ke arah peningkatan hidup secara Islam

8. Peningkatan kesedaran sosio-politik untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam segenap peringkat dan bidang, sama ada peringkat pasca komunisme, mahupun peringkat New World Order

9. Penggarapan apa yang boleh dicapai dalam batas kemampuan dan kesempatan masa kini.

10. Kepentingan meningkatkan akhlak dalam konteks pergerakan dan juga berinteraksi dengan individu serta masyarakat.

Gerakan Kemahasiswaan dan Isu-isu Akhlak

Seperti yang telah disebutkan di atas, ternyata kebelakangan ini kita menyaksikan usaha-usaha yang cukup ghairah untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap bidang. Kita juga sedar bahawa kecemerlangan tidak sahaja ditentukan oleh teknik pengurusan serta bantuan alat semata-mata, tetapi lebih dari itu ia ditentukan juga oleh faktor kemanusiaan, atau nilai-nilai insan itu sendiri.

Dalam mencapai aspirasi pembangunan misalnya, manusia adalah unsur yang paling menentukan kejayaannya. Pembangunan tidak bererti jika manusia itu sendiri runtuh. Justeru itu nilai-nilai akhlak amat perlu diberi penekanan dalam gerakan kemahasiswaan agar pembangunan yang ingin digarap seimbang dengan nilai-nilai keislaman. Tidak ada ertinya pembangunan tanpa kesejahteraan dunia dan akhirat.

Tatacara menangani masalah-masalah masyarakat mesti difahami dengan tepat dan direalisasikan dalam berbagai lapangan hidup. Malah disertai dengan rasa tanggungjawab iaitu dengan menganggap jatuh bangunnya gerakan Islam, nasib ummah adalah di tangan golongan pencinta Islam yang sepatutnya bingkas berbuat bergerak menyusun rancangan dan sebagainya Sikap lemah, acuh tak acuh adalah sikap mukhallafun (golongan yang enggan berjuang) yang dibenci oleh Allah.

Semangat dan usaha menentang setiap yang bernama kemungkaran pula harus berkobar atau dikobarkan. Tanpa semangat ini iman akan menjadi lesu. Tekad jihad akan menjadi lemah dan tidak mampu menampilkan daya juang ke taraf maksimum. Roh yang tidak ada keazaman berjihad adalah roh yang masih bergelumang dengan semangat jahiliah seperti yang pernah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w.

من مات ولم يغز ولم يحدث نفسه بغزو , ومات على شعبة من النفاق

"Barang siapa yang mati dan tidak berjihad dan tidak pernah bercita-cita untuk berjihad, mati dalam keadaan munafik".

ما ترك قوم الجهاد إلا عمهم الله بالعذاب

"Mana-mana kaum yang meninggalkan jihad nescaya Allah akan mengenakan mereka dengan seksaan yang merata."

Keunggulan, keagungan dan keindahan Islam sudah begitu banyak diperkatakan. Apa yang belum dikotakan dan ditampilkan dengan konkrit untuk zaman ini ialah contoh-contohnya yang nyata dan realisasinya. Setiap aktivis Islam berkewajipan membuktikan ajaran Islam itu dalam diri, keluarga dan wadah pergerakan mereka. Kita sepatutnya menjadi Ummatan Wassatan yang boleh memainkan peranan sebagai syuhada' 'linnas. Ini adalah suatu cabaran dan tanggungjawab yang besar dan berat. Mampukah gerakan mahasiswa memikul beban ini? Apakah kita berdaya atau mampu melaksanakan tugas-tugas Khaira umatun ukhrijat linnas (ummah terbaik) yang ditampilkan kepada manusia? Inilah cabaran yang menunggu jawapan praktikal daripada kita sekalian.

Perlu disedari gerakan kemahasiswaan harus menekan persoalan gerak kerja dakwah yang berkesan, dengan praktik akhlak Islam yang betul dalam konteks haraki Lantaran tanpa akhlak pembelotan, pengkhianatan dan sindrom individu tercicir dari gerakan dakwah akan berlaku. Sejarah telah pun mencatatkan fenomena ini, di mana figure yang 'gagah' dan mantap sekalipun boleh tercicir. Kita khuatir dengan adanya sindrom ini persaudaraan bertukar menjadi permusuhan, idealisme hanyalah ibarat impian di siang hari.

Memang tidak mudah untuk berpaut dengan nilai-nilai murni seperti yang ditegaskan oleh Allah. Apatah lagi dalam suasana yang penuh dengan rangsangan yang menarik manusia supaya melutut kepada tuntutan syahwatnya. Tidak mudah untuk mengamalkan sikap-sikap mulia dan akhlak-akhlak yang luhur dalam kemelut masyarakat yang menghakis segala daya tahan dan daya juang aktivis Islam. Tepat seperti yang ditegaskan oleh Allah:

"Kalaulah tidak kerana kurnia dan rahmat AlIah nescaya tidak ada seorang pun dari kamu yang disucikan (jiwa dan hati nuraninya) ".

Tidak dapat dibayangkan betapa suramnya gambaran nasib umat sekiranya golongan pendakwah khususnya mahasiswa Islam gagal menghayati nilai warisan ini. Kalau mereka gagal mencapai cita-cita besar yang merujuk kepada pengembalian penghayatan Islam maka ini adalah suatu yang malang. Akan tetapi yang lebih malang ialah apabila nilai-nilai suci dan murni agama ini gagal dihayati dalam peringkat diri, keluarga dan wadah sendiri. Untuk mengelakkan hal ini maka para Dai' harus mengatasi kelemahan diri masing-masing.

Abu Nasr As-Saraj menyatakan bahawa dari segi adab manusia terbahagi kepada tiga peringkat:

- Ahlu 'd-Dunia: kebanyakan realisasi adabnya ialah dalam bentuk (memperelok) gaya bahasa dan kefasihan, menghafal ilmu dan syair gurindam.

-Ahlu 'd-Din: kebanyakan manifestasi adabnnya ialah mengasuh diri, mendisiplinkan anggota, menjaga batasan Allah dan meninggalkan tuntutan syahwat.

- Ahlu' I Khususiah : kebanyakan latihan disiplin diri mereka ialah menjernihkan hati, mengelokkan batin, menunaikan janji (antara hamba dan tuhannya), menjaga waktu, kurang melayani perasaan dan lintasan fikiran (yang tidak bermakna), sikap dan bicaranya sopan ketika memohon, ketika mendekatkan diri kepada Allah;

Tanpa bersikap prejudis kita percaya gerakan mahasiswa mampu mencipta budaya kerja serta arus pergerakan yang cemerlang, kiranya mereka dapat memanfaatkan, menggarapi serta menanamkan roh serta nilai-nilai unggul agama sebagai teras serta arah perjuangan Semangat kecemerlangan memang cukup menyerlah dalam pelbagai aspek ajaran Islam. Allah sendiri menyatakan diri-Nya dengan sifat-sifat superlatif seperti Ahsanu 'I-khaliqin (Pencipta yang terbaik), Ahkamu 'I-hakimin (Hakim yang mengungguli segala hakim) dan sebagainya manusia sendiri dinyatakan sebagai makhluk yang berkualiti tinggi - ahsani taqwim (ciptaan terbaik).

Penutup

Sudah sekian lama gerakan mahasiswa berperanan di tengah-tengah masyarakat. Malah sudah sekian ramai juga pimpinan serta pengikutnya yang datang dan pergi dengan cita-cita masing-masing. Sejarah kemahasiswaan telah mencatitkan bahawa mereka berkebolehan melahirkan satu force, satu mainstream atau satu tenaga bertindak serta satu kekuatan perubah yang amat dihargai masyarakat.

Gerakan kemahasiswaan, dengan gandingan serta gabungan tenaga cendekiawan dan ulama' seperti yang sedang berlaku ini perlu ditingkatkan dalam kadar kekuatan serta kelemahan masing-masing. Barisan pendakwah mesti diperkukuhkan dengan ukhuwah, mahabbah dan tajarrud ilaLlah (ketulusan niat dan tekad perjuangan semata-mata kerana Allah). Kelompok pimpinan mahasiswa serta pengikut yang prihatin amat memerlukan keazaman, kebijaksanaan, kesabaran serta kesungguhan dalam bekerja bagi merealisasikan gerakan mahasiswa yang mantap untuk mencapai cita-cita seperti yang diidam-idamkan.

Terlalu banyak ruang dan bidang yang boleh dihubungkan dengan usaha-usaha mencapai kecemerlangan. Dalam kesempatan yang terbatas ini kita tentu tidak dapat memperincikan semuanya. Gerakan mahasiswa Islam yang peka dan arif dapat merasakan keperluan-keperluan yang mendesak dalam konteks merealisasi kebangunan Islam. Misalnya dalam bidang dakwah, komunikasi, alat-alat bantu yang bercorak Islam dan lain-lain.

Setiap ruang, yang kecil dan besar menunggu dan mengharapkan sumbangan umat Islam yang ikhlas dan bersungguh-sungguh. Tanah-tanah pusara dan tukang belulang yang reput di seluruh dunia menjadi saksi atas pengorbanan sekian banyak pejuang Islam yang tidak kenali yang tidak pernah mendapat apa-apa bintang kehormatan duniawi yang fana. Jika perjuangan bukan kerana Allah, nescaya hidup dan usaha mereka menjadi sia-sia.

Apa yang dikemukakan di sini ialah beberapa pandangan serta panduan ringkas ke arah mencapai kecemerlangan dalam gerakan kemahasiswaan yang ternyata masih mempunyai jalan yang berliku. Ranjau-ranjau penghalangnya pula masih wujud dari dalam dan luar. Justeru itu usaha GAMIS sebegini merupakan langkah yang perlu di dokong oleh seluruh mahasiswa Islam. Persatuan Ulama' Malaysia, melalui Sekretariat Pelajarnya yang telah ditubuhkan pula akan tetap bersedia membimbing, memberi panduan dan menunjuk-ajar, jika perlu, terhadap mana-mana perkara yang dikira sesuai. Hanya kepada Allah kita bertawakal serta berserah, innahu La haula wala quwwata illa biLlah.

WARKAH BUAT TEMAN

Ketika denyut nadiku tersekat..
madahmu mengalir di segenap ruang jiwa
menghela nafasku...
ketika hembusan angin terhenti...

dan ketika aku terasa hangat
bicara mu menyejukkan
ketika aku dalam kesamaran
suara hati mu memberi warna dan makna

tapi.....
ketika bicara mu tiada
pilu ku dalam kebekuan
tumpahlah air mataku
yang sarat dengan gelora yang membara

satu misteri yang tak pernah terungkap
kerana sinar mata tajam menyimpan rahsia
sampai waktu juga yang mampu mengurai
bila masaku dihentikan....

Kelmarin...
entah bila ku kenali diri mu
berseloka...
berbicara
hati terasa..

bicara mu
puisi mu
pantun mu
pengubat rindu...

di kala mendung selubung hariku
ada mentari menyelinap di jendela hati

terima kasih teman
kerana sudi menyentuh hati
mengisi hari-hari nan sunyi
walau sekadar di alam fantasi.....

besok2 yang belum tentu pastinya
ku berdoa
moga persahabatan yang kita bina
akan kekal nyata...

Sesungguhnya amat terharu...
bicara yang pilu
siapa sangka pertemuan dulu
sendamu penghibur duka ku

saat itu...
madahmu dilayur mendayu-dayu
membuat hati terpaku
membuat hati merindu

sekian lama menunggu
menyapa aku malu
seketika madah berhenti mendayu
hati berani bertamu
lalu bermulalah irama
untuk sebuah lagu....

kini....
ucap terima kasih itu
ku pulang kembali
kerana tidak layak ku mengerti
tiada apa yang ku beri
untuk itu tidak perlu ucap terima kasih
tapi seketika ucap itu tulus
aku hargai..
kerana apa yang kita kongsi
amat ikhlas sekali...!!!

Melewati hari-hari yang berlalu..
tanpa teman di sisi
sunyi diri
sepi hati
jiwa terasa
rindu membara

bagai nakhoda di tengah laut rindu
menuju pelabuhan nann satu

tika gelora itu membuak ganas
kapal kecil itu karam
tangan mengapai-gapai
memohon bantuan

di saat itu
ada tangan menyambut
ikatan terbina
senyum dan tawa
sepi pun pergi
seri kembali

namun ku sedar
perjalanan ke pelabuhan masih jauh
dan satu hari
bila sampai ke destinasi.....

di akhir pelayaran itu
kasihan bertukar kasih
sayu bertukar sayang
jiwa bergelora sekuat badai samudra
Antara Nyata dan Maya..
bagaimana seharusnya..
ikatan selama terbina..

bagaimana akhirnya..
pabila kapal berlabuh di pelabuhan?????

Semalam....
aku insan yang menyepi
duduk di atas bara kehampaan
kerana nyanyian kasihmu teman....
terhenti iramanya

lalu....
langkah-langkah bersama sendu..
membawanya tiba ke pantai sendu

di situ
kulihat ada huluran tangan yang mengapai
menyambutnya aku malu...
membiarkan kau pilu...
dalam diam...
kau merenung dalam

lama dihayati...
akhirnya kau terjun
menyelami bumi laut
untuk mencapai gapaian itu
ingin sekali ku genggamnya
namun aku tidak terdaya...

Ada salammu yang datang
menghulur wanginya untuk ku
ingin manjengah hati seorang teman
persis air bersih
yang baru turun dari perdunya

datangmu...
meniup serunai malam
mengerti pula rentak hatiku
pandai menyusun kata

setangkai bunga
di bawah pohon rendang
terpinggir tidurku
yang terganggusecalit pilu...
meretakkan seri bulan
setitik sendu
diterik bahang mentari
tersentuh di hati

lalu berdarah semula
kerana luka lalu belum sembuh
sehingga kini....
dan akan terus mengalir darah

moga tiada gempita
lorong depan mu
hanya doa manis
dapat ku kirimkan
dalam sayu ingatan dan kenangan
meniti biangla kehidupan...

Apalah yang dapat dikata..
tiada kata seindah madah...

temann..
sedarku dari lamunan rindu
di pantai hati mu
di tika fajar menyinsing
sedarku dari mimpi nan pilu
pantai hati aku lukai
oh!... berdosanya diri ini
jahatnya hati ini
oohh!!...

temann...
dipantai hati nan rindu ini
bait-bait puisi yang tersusun
madah-madah yang ku alun
gurindam yang ku sulam
membangkit kenangan silam
lalu luka kembali berdarahan

maafkan daku teman
menumpang bicara rindu di pantai hatimu
menumpang lukisan hati di pesisiranmu
sungguh tiada maksudku
merusuh pantai yang damai ini
dengan ombak amuk badai rinduku
sesungguhnya teman
dikaulah tempat ku mengadu

sayangnya
pabila rinduku berlagu sendu
madah yang ku gubah
pantun yang kualun
puisi yang ku pateri
gurindam yang ku sulam
ada jiwa yang menangis
ada hati yang terguris
ada luka kembali terhiris...

oh!... biarlah kapal ini...
beredar dari pelabuhan hati
biarlah berlalu pergi
jika kehadiran hanya melukakan pantai hati
yang sungguh suci murni
yang sungguh ku sanjungi ku SAYANGI
biarlah kapal ini membelah badai samudra rindu tiada haluan
biarlah tangan mengapai sendirian
biarlah...

oh!... di manakah
dapat ku cari teman...
Temann seperbicara..

(mampukah daku belayar sendirian mengharung badai samudra)

namun...
segala kenangan bersama
bisikkan bicaramu
canda nan mesra mu
rindu yang bertamu
akan ku kenang selalu
kan ku bawa ke alam mimpi ku

biar patah layar sendu ku
biar patah dayung pilu ku
ku harung tentu
biar ombak badai lemas menghempas
biarlah...
untuk melukakanmu bukan niatku..

namun kenangan bersama tak mungkin ku lupa
untuk itu ku ucap terima kasih

terima kasih teman
mengizinkan daku singgah di pantai hati mu
bermain dengan ombak seri mu
mendengar desir bayu mu
bercanda di pasir putih mu
berseloka dengan camarmu
sesungguhnya teman
daku gembira di samping mu

sekali lagi teman
pengemis rindu ini meminta maaf
kiranya ketika di pantai ini
kurang adabku
salah tingkah ku
lalu candaku menguris hati mu

namun teman...
sepanjang di pantai ini..
aku sungguh gembira
oh!... kalaulah aku sang camar..
yang saban hari
mengunjungi...
pantai hati mu...

Temannn...
oohh!...kejamnya aku ini..
sehingga membuat orang lain rasa berdosa

patah dayung pilu mu
ada dayung lain menanti
sedang patahnya dayung rinduku
akan karamlah aku dilambung badai

ketika ku sahut lagu rindu mu
pantai kita sering diamuk rindu..
tapi pantai aku tidak berpelabuhan
sedangkan kapal mu akan belayar
dan akan tiba ke pelabuhannya nanti

temannn...
pantun mu...madah mu...gurindam mu...
dan tutur suara hati mu
akan menjadi bekalan rinduku yang sepi kelak

mampukan aku mengharung semua itu..??
mampukah aku menyusur pantai ku ini..?
aduuuhhh!!.. akan bersimbahlah air mata
di pesisir pantai ku
akan bermandilah lautan biru itu
dengan darah rindu ku...
yang tumpah keluhan rasa seorang perempuan

lukisan rindu yang kita lakar di pesisir pantai
akan tetap ku jaga tidak ku rela dihakis gelora laut
bicara rindu kita akan ku sangkut pada dedaun di pohon
bila angin berhembus nanti
dedaun akan bergoyang mengalun irama
dan berbisiklah kepada mu...
getaran rindu kita yang dijarakkan oleh keadaan
dan dedaun yang gugur...
akan ku kutip
dan ku simpan di saku memori

sesungguhnya temannn...
aku kini menjadi penghitung masa
membilang hari-hari pelayaran sebuah kapal..
yang akan meninggalkan pantai ini
untuk menuju ke pelabuhan yang tetap

teman...
usah persalahkan diri mu
pasrahlah kepada keadaan..
aku sebenarnya tidak menyalahkan sesiapa
canda mu nan mesra..
bersatu dalam rindu..
bertamu dalam diri..

terima kasih juga buat temannn..
kerana mengizinkan aku
bermanja dengan madah bicara mu
berkhayal dengan puisi mu
dan lena bersama mimpi mu

sesungguhnya gembira mu..
adalah kerana ceria mu
terima kasih juga
kerana membiarkan ketukan ku
terus berlagu di pintu mu
maafkan aku temann..
kerana membiarkan air mata ini menitis..
tidak ku hirau jiwa ku menangis
tidak ku endah sukma ku terhiris..
segenggam duka ini
sebenarnya adalah mahu ku

maafkan aku temannn...
kuntum-kuntum nasihat yang kau sembah
tetap ku hargai...
akan ku buat pembalut harapan ini
andai kapal itu tidak lagi berpatah
ke pengkalan ini...
sekali aku mohon maaf..
kesilapan yang teranyam..
sebenarnya adalah kehendak takdir
jangan pula pengertian temannn itu
umpama retak menanti belah..
sesungguhnya...
pengertian seorang 'teman'...
adalah lebih murni dari seorang 'kekasih'..

Terima kasih kerana pernah menganggap aku sebagai Temanmu...

Sunday, October 19, 2008

Ikutlah Sesuka Hatimu

Ikutlah sesuka hatimu menabur cerita dusta,
Kata-kata kesat takkan melemah,
Takkan memati semangat,
Sudah ku ukir tekad di hati,
Ku genggam redha bersulam doa,
Cuma tabah yang diuji.

Pernah dulu ku mendengar lantas bersedih,
Terlalu menjaga hati sehingga jiwa terasing,
Sudah cukup ku selalu menjadi mangsa,
Itu pengalaman dulu menjadi kekuatan,
Ketenangan telah ku kecapi,

Kerna ku masih berpaut,
Pada tekad, redha dan tabahku,
Dan telah ku kunci pendirian,
Tiada lagi impian murni nan sejati,
Takkan goyah lagi,
Daku dilindungi doa dan restu,
Ya Tuhan... tidak mungkin daku mengalah.

KAWAN AKHIR ZAMAN

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar benar sibuk
Dengan urusan memperbaiki diri nya
Yang benar benar sibuk
Untuk mengubah sikapnya
Untuk kembali kepada Zat yang sempurna

Yang ada kini hanyalah

Sibuk dengan urusan mengumpul harta dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya sementara

Kawan di akhir zaman ini

Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah payah dan berpenatlelah
Yang sanggup menghabiskan masa, tenaga, umur dan harta
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat

Yang ada kini hanya lah

Berbangga dengan harta yang menimbun
Tapi jiwanya masih kosong belaka

Kawan di akhir zaman ini

Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar melekat iman di jiwanya
Mengunakan profession nya menuju cita cita di akhirat sana

Yang ada kini hanyalah

Ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Iman dan amal soleh terasa amat berat baginya

Kawan di akhir zaman ini

Payah untuk kita ketemui
Bersifat silaturrahim semata mata kerana Allah
Saling berhubungan dan bertanya khabar semata mata kerana Allah

Yang ada kini hanyalah

Sikap pura pura untuk menyenangkan hati sendiri
Bersahabat untuk mendapat habuan dan kepentingan diri

Kawan di akhir zaman ini

Payah untuk kita ketemui
Yang suka berbincang tentang usaha untuk mengurus diri sendiri
Yang menghidupkan dan mengamalkan ilmu yang dipelajari
Untuk kepentingan masyarakat Islam sendiri
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka

Yang ada kini hanyalah

Yang suka berbincang tentang usaha untuk menambahkan harta dunia
Yang menghidupkan budaya barat
Sehingga melupakan kehidupan akhirat yang lebih kekal

Kawan di akhir zaman ini

Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan majlis majlis Al Quran tempat pertemuan
Yang menjadikan majlis majlis Agama tempat berkenalan

Yang ada kini hanyalah

Yang menjadikan kompleks membeli belah tempat membuang masa dan umur
Yang menjadikan disko dan pesta hiburan sebagai tempat berhibur

Kawan di akhir zaman ini

Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan Al Quran sebagai hiburan
Menjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelaziman

Yang ada kini hanyalah

Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketerampilan

Kawan di akhir zaman ini

Susah untuk kita ketemui
Yang sentiasa merasai mati itu sangat hampir
Yang sentiasa merasai jelingan Izrail
Yang bersungguh sungguh memperbaiki iman dan amal sebelum kematian
Yang bersungguh sungguh memperbaiki sikap sendiri untuk masa depan diakhirat

Yang ada kini hanyalah

Yang panjang angan-angannya
Yang sibuk mengumpul dunia kerja seharian
Seolah olah kematian itu masih jauh
Seolah olah alam barzakh itu tidak akan ditempuh.

KAWAN OH KAWAN


Kawan oh kawan
kenapa teman mahu lawan
kitakan kawan
dulu kita sama-sama bergurauan
kita kongsi kopi O satu cawan

kawan oh kawan
kenapa teman mahu lawan
orang lain jauh maju ke depan
orang kita suka cari jalan
jatuh menjatuhkan kawan
macam ulat dalam balang

kawan oh kawan
kenapa teman mahu lawan
tak cukupkah rezeki dari tuhan
buat kita ramai-ramai makan
makan macam arab dalam satu dulang

kawan oh kawan
sajak ini bukan nak cari lawan
sajak sekadar peringatkan teman
berhati-hati dengan sikap kawan
menjadi gunting dalam lipatan

kawan oh kawan
kita sama-sama mencari makan
siang malam tumpu siang
bila teman fikir masa depan
jangan ada kawan tabur pasir
dalam periuk nasi teman
kita sama-sama mencari kekayaan

kawan oh kawan
kita ingat orang dulu-dulu pesan
"kawan satu hari pasti jadi lawan"
"lawan satu hari pasti jadi kawan"

Sunday, October 12, 2008

MASALAH TIDAK SOLAT, PENYAKIT YANG PERLU DIRAWATI SEGERA.


Solat adalah ibadat terpenting dan asasi dalam syariat Islam. Ibadat pertama yang akan dihisab adalah sembahyang. Kadang kala ada antara kita selalu mengabaikan ibadah wajib ini, belum dikira berapa ramai yang melengah-lengah dan meringan-ringankan solat. Kadangkala Ketayap_putih sendiri lalai terhadap solat. Semoga rencana ini mampu sedikit sebanyak member kesedaran terhadap diri Ketayap_putih dan anda semua.

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua bersama-sama orang-orang yang rukuk.” (Al-Baqara, 43)

Solat juga disebut sebagai tiang agama sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.,

“Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya sesungguhnya ia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkannya maka ia telah meruntuhkan agama.” (riwayat Al-Baihaqi)


Apa yang malangnya di akhir zaman ini ramai dikalangan umat Islam yang tidak sembahyang, samaada remaja mahupun orang dewasa, kita bukan tidak tahu tentang kewajiban solat, tetapi kita seringkali memandang mudah terhadap perkara ini.


Ada antara kita menganggap, hidup beragama hanya sekadar beberapa kepercayaan dan melakukan beberapa upacara seperti berkhatan, doa selamat, akad nikah, hari raya dan lain-lain syiar sahaja. Inilah bahagian akhir matlamat gerakan sekular dan Islam liberal, menjadikan umat Islam jauh dari ibadat agama nya sendiri. Kenyataan Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Dungun pada Mei 2006 , berasaskan kepada kajian oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu bahawa lebih 51,000 atau kira-kira 34 peratus daripada 149,000 pelajar tahun dua hingga enam di negeri ini didapati tidak tahu jumlah rakaat setiap solat lima waktu. Betapa kasihannya kita terhadap perkara ini, sedangkan mata pelajaran Pendidikan Islam ada menerapkan bab solat, bukan sahaja solat fardhu, malahan solat sunat juga ada diselitkan di dalam silibus. Lebih daripada itu ia juga sama-sama dipraktikkan dalam Ujian Penilaian Asas Fardhu Ain.

Ini bermakna ada di antara kita yang tidak tahu sembahyang. Dan jika ditanya bilangan yang tidak sembahyang mungkin angkanya sangat menyayat hati. Bilangan remaja ke masjid dan surau terlalu sedikit, mungkin Ketayap_putih juga tergolong dalam golongan yang jarang solat di masjid. Deasa kini kita telah dilalaikan dan dijampi dengan hiburan melulu. Hiburan, nyanyian dan sukan telah mengheret remaja menjauhkan solat dan ilmu Islam. Segala tumpuan, hati, akal dan persaan kita telah dikunci dari mengingati Allah. Na’uzubillahiminzalik.

Dalam mencari penyelesaian kepada isu ini kita tiada pilihan kecuali ibu bapa, guru-guru, rakan sebaya, dan masyarakat mesti memainkan peranan dalam membentuk generasi anak soleh dan solehah.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud,


“Setiap anak dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (bersih), ibu bapanya yang mencorakkan sama ada menjadi yahudi, nasrani atau majusi.”(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Pendidikan solat mestilah dimulakan sejak awal usia lagi. Bermula dari melihat contoh ibubapa mereka bersolat hingga kepada perintah dan larangan, sebagaimana sabda Nabi saw.,

“Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang sejak umurnya tujuh tahun dan apabila berumur 10 tahun, pukullah mereka jika mereka tidak sembahyang.” (Riwayat at-Tirmidzi).

Membiasakan kanak-kanak bersembahyang adalah penting supaya mereka membesar menjadi remaja yang sebati dengan sembahyang. Walaupun bermula dengan mereka tidak memahai apa yang dilakukan dan dibaca, tetapi secara beransur-ansur ditanam kefahaman.


Mendidik anak kecil mendirikan solat memang meletihkan. Samalah seperti kita mengasuh dalam hal-hal lain. Mudah-mudahan setiap titik peluh dan kesabaran kita akan diberi ganjaran oleh Allah. Janganlah kita menjadi seperti sesetengah ibubapa yang amat perihatin tentang persekolahan anak mereka terapi tidak ambil peduli samaada anak mereka pandai sembahyang atau tidak. Jadikanlah mereka insan yang seimbang di dunia dan akhirat.

Jika mendidk anak kecil sudah begitu sukar, apa lagi mendidik remaja yang sudah sarat kepalanya dengan hiburan, sukan, perempuan(bagi lelaki), lelaki (bagi perempuan), kadangkala kita merasakan mereka sudah kebal daripada segala nasihat dan teguran, kalau masuk telinga kiri keluar telinga kanan masih boleh dikira bernasib baik lagi, tetapi kalau tak masuk langsung!?

Bagi golongan remaja, biasanya rakan sebaya memainkan peranan yang amat besar, ajaklah mereka dengan hikmah, jangan lupa iringai dengan doa, moga-moga terbuka hati mereka untuk ke masjid. kerana kalau kita berkeras, inilah jawapan yang bakal kita terima,


“ko ingat ko tu alim sangat ke?”


“aku tau la, ko ingat aku ni bodoh sangat ke?”

“kang aku nak sembahyang, aku sembahyang la, tak payahlah ko nak bising-bising”

“alamak, die da start nak buat kuliah agama la pulak”

“ko kalau nak berceramah, baik ko wat ceramah kat masjid”


Jadi, tepuk dada, tanyalah iman, barulah hati menjawab dengan tulus. Kalau Tanya selera, alamatnya teruslah hanyut dibawa arus dunia. Bagi mereka-mereka yang jarang ke masjid macam Ketayap_putih ni, untuk permulaan datanglah bersolat di masjid sekurang-kurangnya 1 kali sehari, lepas it uterus istiqamah dan tambah pada masa seterusnya, mudah-mudahan ALLAH s.w.t member kekuatan kepada kita.


Sekian daripada Ketayap_putih, selamat beramal.