Friday, November 6, 2009

17 KESALAHAN BERKENAAN SOLAT

"SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya.Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya."

Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:

1. Meninggalkan sembahyang.

Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak.Allah berfirman bermaksud: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat." (Surah al-Muddatstsir, ayat 4)Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir." (Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).

2. Melengah-lengahkan solat.

Firman Allah bermaksud : Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan." (Surah an-Nisa, ayat 103)Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar.Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." (Hadis riwayat Muslim).

3. Meniggalkan solat berjemaah.

Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah bermaksud: "Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali kerana uzur." (Hadis riwayat Ibnu Majah).Allah berfirman, maksudnya: "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk." (Surah al-Baqarah, ayat 43).Rasulullah bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka." (Muttafaq Alaih).

4. Tidak thuma'ninah dalam solat

Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud.Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.

5. Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.

6. Mendahului atau menyelisihi imam.

Hal ini boleh menyebabkan solat batal. Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk... " (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

7. Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari salam kedua.

8. Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.

Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: "Hendaklah orangmu berhenti daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka." (Hadis riwayat Muslim)."Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebinasaan." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

9. Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.

Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.

10. Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.

Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab: "Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi kedua-dua telapak kakinya."

11. Melintas di depan orang yang sedang solat.

Rasulullah bersabda: "Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

12. Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.

Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.

13. Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.

Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu sedang duduk, sujud atau lainnya.Rasulullah bersabda: "Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud, maka sujudlah!" (Hadis riwayat Abu Daud).

14. Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan bersembang.

Allah berfirman, maksudnya: "Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9).

15. Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan.

Seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata.Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak makruh.

16. Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

17. Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.

Nabi Muhammad saw bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." (Muttafaq Alaih)

"kita mengaku kita daie, tapi kita gagal utk mendekati ILAHI. Kita mengaku kita khalifah, tapi kita gagal utk hayati sunnah"


ps/: peringatan buat diri sendiri yang serba kekurangan

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.

Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.

3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Wallahualam.

kredit kepada http://isuhangat.blogspot.com/

Thursday, November 5, 2009

KEKUATAN SISTEM KEWANGAN ISLAM


Prestasi industri perbankan Islam terus bertambah kukuh pada tahun 2005. Pada akhir tahun itu, aset berlandaskan Islam mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 17.7% kepada RM111.8 bilion dan jumlah itu mencakupi 11.3% daripada jumlah aset keseluruhan sistem perbankan. Bahagian pasaran deposit dan pembiayaan berlandaskan Islam juga meningkat masing-masing kepada 11.7% dan 12.1% daripada jumlah industri.

Liberalisasi industri perbankan Islam menyaksikan pembukaan bank Islam asing yang pertama yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983, pada bulan Ogos 2005. Berikutan liberalisasi peraturan pentadbiran pertukaran asing pada tahun 2004, pasaran kewangan Islam menunjukkan kedalaman yang lebih nyata pada tahun 2005 dengan instrumen kewangan berlandaskan Syariah dalam didominasi ringgit terus diterbitkan oleh agensi asing dalam pasaran bon dalam negeri. Perkembangan ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan dalam pasaran modal dalam negeri tetapi turut menyumbang kepada kedalaman dan peluasan pasaran.

Sistem kewangan Islam di Malaysia menunjukkan kemajuan yang ketara dalam persekitaran yang semakin liberal dan berdaya saing sejajar dengan peningkatan integrasi antarabangsa sistem kewangan Islam Malaysia. Kapasiti dan keupayaan keinstitusian peserta perbankan Islam serta infrastruktur kewangan dan rangka kerja penyeliaan terus diperkukuh untuk mencapai objektif seperti yang terkandung dalam fasa kedua PISK. Liberalisasi industri perbankan Islam menyaksikan pembukaan bank Islam asing yang pertama yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983, pada bulan Ogos 2005.

Selain itu, subsidiari Islam bagi tiga kumpulan perbankan domestik telah memulakan operasi dengan memanfaatkan sepenuhnya kefleksibelan beroperasi yang diberikan oleh lesen perbankan Islam. Berikutan liberalisasi peraturan pentadbiran pertukaran asing pada tahun 2004, pasaran kewangan Islam menunjukkan kedalaman yang lebih nyata pada tahun 2005 dengan instrumen kewangan berlandaskan Syariah dalam didominasi ringgit terus diterbitkan oleh agensi asing dalam pasaran bon dalam negeri. Perkembangan ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan dalam pasaran modal dalam negeri tetapi turut menyumbang kepada kedalaman dan peluasan pasaran.

Bank Negara

Bank Negara Malaysia terus memantau pelaksanaan rangka kerja tadbir urus Syariah berikutan pengeluaran GPS1, berkuat kuasa pada 1 April 2005. Dalam membangunkan dan menggalakkan dinamisme dan penyatuan Syariah di peringkat antarabangsa, Bank Negara Malaysia melaksanakan dua inisiatif penting pada tahun 2005. Inisiatif pertama ialah Dialog Cendekiawan Syariah yang berlangsung pada 22 – 23 Jun 2005, di Kuala Lumpur dan inisiatif kedua ialah penubuhan Dana Cendekiawan Syariah dalam Kewangan Islam berjumlah RM200 juta.

Bersempena Mesyuarat Lembaga Gabenor-Gabenor Bank Pembangunan Islam ke-30, yang diadakan di Malaysia, seminar mengenai Pelan Induk Ke - 10Tahun Industri Perkhidmatan Kewangan Islam telah berlangsung pada 22 Jun 2005 untuk menggariskan hala tuju industri perkhidmatan kewangan Islam sedunia. Ia menyediakan platform untuk membincang dan menyediakan asas bagi pembangunan pelan induk yang akan menggariskan rangka tindakan dan arah tuju strategik bagi pembangunan berterusan industri perkhidmatan kewangan Islam sejagat.

Pusat Kewangan Islam Antarabangsa

Berikutan pembangunan sistem kewangan Islam yang komprehensif serta semakin liberal dan bersepadu dengan sistem kewangan antarabangsa, Malaysia berada pada kedudukan terbaik untuk muncul sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa. Inisiatif tertumpu untuk mengukuhkan kekuatan Malaysia dalam organisasi, penerbitan dan jual beli instrumen pasaran modal dan perbendaharaan Islam, pengurusan dana dan kekayaan Islam, pasaran perkhidmatan kewangan Islam luar pesisir serta aktiviti takaful dan takaful semula.

Pelbagai insentif diambil untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, latihan, khidmat runding dan penyelidikan dalam perbankan dan kewangan Islam serta menjadi institusi perbankan Islam domestik yang berkembang ke luar. Hala tuju dasar adalah untuk mempertingkat daya tahan, kecekapan dan kapasiti institusi kewangan Islam domestik dan infrastruktur kewangan Islam bagi mempertingkatkan kemantapan dan kestabilan sistem kewangan Islam.

Institusi Kewangan Pembangunan (IKP)

Jumlah pinjaman terkumpul institusi kewangan pembangunan (IKP) berkembang 25.8% kepada RM47.5 bilion pada akhir tahun 2005 (akhir tahun 2004: RM37.7 bilion). Pertumbuhan pinjaman didorong terutamanya oleh pertumbuhan dalam pembiayaan bagi kredit penggunaan dan pinjaman yang diberi untuk projek infrastruktur. Sementara itu, pemberian kemudahan jaminan dan insurans kredit meningkat 12.4% kepada RM4.8 bilion pada akhir tahun 2005 (akhir tahun 2004: RM4.3 bilion), disebabkan sebahagian besarnya oleh kenaikan dalam jaminan yang disediakan oleh Credit Guarantee Corporation Malaysi a Berhad (CGC).

Pada tahun 2005, dasar tertumpu pada dua bidang umum, iaitu memperkukuh kapasiti dan keupayaan IKP dan menambah baik rangka kerja kehematan untuk mengukuhkan operasi IKP. Tahun 2005 menyaksikan pencapaian penting dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi IKP. Usaha rasionalisasi yang melibatkan empat buah IKP telah disempurnakan pada tahun 2005 dan membawa kepada penubuhan Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) dan penggabungan Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) dengan Malaysia Export Credit Insurance Berhad.

Sementara itu, Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad telah distrukturkan semula dan diberi nama baru, iaitu Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk mencerminkan tumpuan barunya. Usaha rasionalisasi itu merupakan inisiatif penting untuk menjajarkan semula aktiviti IKP ke arah mempertingkatkan tumpuan strategik dan perniagaan mereka. Di samping itu, pelan tindakan yang khusus telah dirangka untuk SME Bank, Bank Pertanian Malaysia dan EXIM Bank untuk mempertingkatkan kecekapan dalam memberikan khidmat nasihat kepada PKS.

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan prestasi Bank Pertanian Malaysia dalam melaksanakan peranan yang di mandat, inisiatif untuk memperkukuh peranannya dalam mempertingkatkan akses kepada pembiayaan bagi sektor pertanian dan industri berasaskan pertanian juga diperkenalkan. Bagi memastikan operasi IKP dilaksanakan secara berhemat, efektif dan efisien, Bank Negara Malaysia menumpukan usahanya untuk mempertingkatkan standard tadbir urus korporat, pengurusan risiko dan kecekapan operasi IKP.