Thursday, June 16, 2011

KERANA SAYANG

Assalamu'alaikum W.B.T buat semua pengunjung blog usang ni...Alhamdulillah syukur pada Allah yang tidak putus-putus melimpahkan nikmat dan rahmat-Nya kepada kita. Jam laptop aku sekarang menunjukkan jam 0030, bermakna sudah setenngah jam kita di Malaysia ni melangkah ke tarikh baru iaitu 16 Jun 2011 bersamaan 14 Rejab 1432 Hijrah. Perasaan dalaman aku pada ketika ini agak berkecamuk dengan pelbagai perasaan yang bercampur baur dalam lautan rasa yang tak berpenghujung. Orang kata manusia sanggup lakukan apa sahaja demi sesuatu yang disayang, KERANA SAYANG juga manusia mampu menjejak potensi diri yang lebih dari biasa dan kerana sayang juga mampu menjunamkan manusia ke jurang yang paling dalam.

Bak kata bidalan or lebih mudah kita faham bait-bait yang tersusun kat bawah ni sabagai pantun...

Nasi Lemak Buah Bidara,
Sayang Selasih hamba lurutkan;
Buang ibu buang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.

Biasakan kita dengar pantun ni? kalau tak biasa, so biasa-biasakanlah mengulangkaji semula pantun-pantun warisan kita yang sememangnya terkenal dengan kekayaan budi bahasanya walaupun generasi sekarang yang kita kelaskan sebagai generasi ke-3 ataupun G3 semakin kehilangan identiti bangsanya sendiri. Dalam pantun kat atas tu die sebut 'kasih' tapi sengaja aku kaitkan ngan posting kali ni sebab biasanya perkataan kasih akan digandingkan dengan perkataan 'sayang'.

Seluruh manusia yang ade dalam dunia ni mesti mempunyai perasaan sayang tak kiralah pada material, manusia, atau suatu perkara yang malas kau nak jelaskan, sebab kalau bab perkara 2 macam agak abstrak sikit, so pandai-pandailah korang nak imagin hal tu. Mustahil kalau ade manusia yang tak mempunyai perasaan sayang sebab itu lumrah manusia, even orang gila pun ade banda yang diorang sayang, impossible kalau orang yang waras tak ada...

Percaya tak korang kalau aku kata, kerana sayang ada manusia yang sanggup mati demi orang tersayang, mestilah korang percaya kan, kalau tak tak kan lah ade kes bunuh diri atau mengorbankan diri. 2 kondisi yang berbeza tau antara bunuh diri dan mengorbankan diri, jangan silap iterpret pulak. Kalau setakan bersengkang mata, berhabis harta, mane boleh lawan berkorban nyawa kan kan kan? Semua itu berlaku kerana sayang, kerana sayang lah manusia tidak berkira untuk setiap perkara walaupun terkadang hasil yang diterima tidak setimpal langsung dengan pengorbanan sayang yang dicurahkan, 'jauh panggang dari api'... ermmm betul ke perkaitan yang aku buat ni?... lantak la kan...

Tak ada insan dalam dunia ni yang melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan, betul tak? bezanya cuma besar, kecil ataupun sekadarnya nilai pulangan yang diharapkan. Ada yang mengharapkan balasan pengorbanan nyawa (hutang nyawa / hutang darah) kes selamatkan orang dari kemalangan / kecelakaan. Ada pula yang mengharap balasan sepertimana sayang yang telah dicurahkan (biasanya cinta) kalau dialog drama melayu yang typical "Aku cuma nak dia mencintai aku seperti mana aku mencintai dia". Dan ada juga yang hanya mengharapkan balasan yang kecil berbanding pengorbanan yang telah dilakukan (biasanya ibubapa kepada anak), Biasa kan kita dengar "Mak Abah tak harapkan apa-apa dari kau nak KECUALI lihat kau bahagia dan berjaya dalam hidup".
Agak-agak korang lah kan, kat dalam dunia ni  siapakah insan yang paling layak mendapat junjungan kasih sayang yang paling tak berbelah bagi dari korang? kekasih? MAKWE? PAKWE? p.a.l.e.h.o.t.a.k.h.a.n.g? Pada Allah kita berdoa, pada Rasul kita berselawat, lepastu pada siapa? hmmm..... takkan nak aku bagi klu kot? Dah tentulah pada mak, mama, mami, umi, ibu, abah, ayah, bapak, papa, papi, abi, walid korang... haish... Rasulullah sendiri dah ajar kita doa yang terbaik untuk mereka...

"Ya Allah, Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku,
kau kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihi aku sewaktu kecilku"

Mesti korang pernah dengarkan doa ni? kalau yang memang amalkan, alhamdulillah, korang memang layak untuk mendapat ucapan tahniah. Tapi pastikan korang solat la kan, agak mustahil bagi orang yang tak solat untuk berdoa... opssss...... terlebih sudah... tapi itulah hakikatnya. kita terlalu sayangkan manusia, benda or perkara lain daripada apa yang sepatutnya menjadi tuntutan buat kita. Sembahyang tu kan tiang agama, tanda sayang kita pada Allah, tanda kasih kita pada Rasulullah, tanda rendahnya kita sebagai hamba, semua tu bekalan kita juga...

Arwah mak aku pernah bilang sama aku kalau kita sayang seseorang, selalulah doa-doakan dia, ingat!!! doa yang baik-baik saja , doa yang tak baik Allah tak terima, malah tulahnya akan jatuh menimpa kita sendiri pula nanti, tak pasal-pasal merana... La ni banyak kes Allah bayar cash di dunia... na'uzubillahiminzalik... jauhkanlah aku dari bala bencana itu...Arwah abah pula bagitau aku doa yang baik bukan saja akan sampai kepada orang yang dituju, malah boleh terbias kepada pendoa itu sendiri, Alhamdulillah... Allah tu kan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Bukan tak boleh sayang kekasih, pakwe, makwe, or whatsoever else yang sewaktu dengannya, tapi berpada-padalah, kang kalau berlebih-lebihan and in the end of the day jadilah kes bunuh diri, bunuh orang, gila angau, gila talak, gila babi dan macam-macam lagi. Manusia yang dikurniakan akal fikiran dan ilham dari Allah, sepatutnya dapat menilai mana permata mana kaca, jangan sampai kita bergolok gadai maruah, harta benda dan jiwa raga untuk kasih sayang yang tak pasti. Janji? hai.. manusia mana-mana pun senang menabur janji, tapi sejauh mana kata di kota hanya Allah yang tahu.

Macam-macam lagi perihal manusia dalam perjalanan kehidupan demi meraih secebis kasih dan sayang, dengan mencurahkan sayang, menabur janji, menggadai maruah, mencuri hati, menipu, membeli, dan banyak lagi lah. semuanya kerana sayang. Betapa tinggi nilai kasih sayang dalam kehidupan ini. Memang lumrah ciptaan Allah, sedang dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dah tentulah kita yang sekadar hamba ni memiliki  sifat kasih dan sayang, betul tak? betul betul betul...(bak kata Upin dan Ipin)

Jangan kerana sayang kita terjerumus ke jurang yang dalam dan gelap, seharusnya kekuatan yang terhasil dari perasaan sayang itu membawa kita ke puncak gemilang dan cahaya yang terang, kuncinya pada diri masing-masing, terpulang pada peribadi sendiri nak buka pintu ke jurang atau gerbang ke puncak. Pergunakanlah ilmu dan pengalaman dengan sebaiknya, minta pendapat dan pandangan orang yang lebih berpengalaman, moga kita dapat timbang tara dengan hati yang cerah dan jelas...

Akhir posting, minta maaf atas segala keterlanjuran kata, kelancangan bicara, dan kehancuran bahasa dalam nukilan kali ini...huhuhu... sedangkan Allah Maha Pengampun dan Maha Pemaaf, inikan pula kita sekadar hamba...

Sekian.... Adios amigos.... :)

Wednesday, June 1, 2011

HARGAI MEREKA...

Assalamu'alaikum sekali lagi, Syukur pada Allah kita masih lagi diberi ruang dan peluang. Entah kenapa hari ini perasaan berbaur-baur, mungkin silibus pelajaran kehidupan hari ini amat menyentuh sudut hati seorang anak yatim piatu seperti aku ini. Aku rasa sangat hairan, pelik, dan tak faham dengan apa yang aku pelajari hari ini. Sepanjang hayatku aku sangat mahu menyayangi kedua-dua penjunjung namaku, namun Allah mahu mereka terlebih dahulu bertemu-Nya. Jasa agung tak pernah akan terbalas walaupun hidupku seribu tahun lagi.
KASIHNYA IBU MEMBAWA KE SYURGA,
KASIHNYA AYAH BERKORBAN NYAWA.
 
Tapi kenapa apa yang aku pelajari hari ini amat menghairankan? seorang insan bergelar anak tidak lagi menghiraukan bapanya, ada juga anak yang tidak mengasihi ibunya, di manakah letaknya ibu dan bapa pada hati anak-anak ini? mereka diketepikan malah ada yang melayan ibu bapa seperti binatang, dimaki dan diherdik. Rendahya darjat insan agung ini diletakkan. Wujudkah kita di dunia ini tanpa mereka berdua? Siapalah kita untuk melakukan sedemikian rupa pada 'asbab' lahirnya kita di dunia.

Betapa suatu masa mereka bersengkang mata, berkorban masa, tenaga dan wang segala semata-mata untuk membesarkan zuriat amanah yang ditanggungnya supaya menjadi insan yang berjaya  atau sekurang-kurangnya menjadi 'manusia', namun ramai yang bila meningkat remaja dan dewasa hanya berkulitkan 'manusia' tapi berhatikan 'binatang'. Astaghfirullahal'azim...Na'uzubillahiminzalik...

Manusia bersifat dengan sifat insani, tidak akan lari dari melakukan khilaf, namun wajarkah kita sebagai anak menjadikan kekhilafan itu sebagai tembok tebal merentang sempadan ikatan yang tidak mungkin akan putus berbanding jasa yang tak terbanding. Lupakah mereka keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa? Pernahkah mereka terfikir betapa pedihnya hati yang semakin tua itu diperlakukan tidak seperti yang sepatutnya? Kejamnya...

sambung kemudian....

HARGA SEBUAH MARUAH

Assalamu'alaikum W.B.T pada semua blogwalkers. Semoga kita semua dalam keadaan sihat dan sejahtera adanya. Agak lama tak mencorat-coret blog usang ni. Ternanti-nanti pawana sakti menyapa jendela perasaan, yang adakalanya lembut membelai dan adakalanya kencang membadai. Aku nak kongsikan bersama perihal maruah... MARUAH... apa itu maruah?

Maruah menurut kamus dewan bermaksud kehormatan atau harga diri. Mahal atau murahnya maruah kita, kitalah yang menentukannya berdasarkan sikap dan tindakan kita masing-masing. Tetai ramai antara kita yang tidak mementingkan penjagaan maruah dalam kehidupan, ada yang menganggap maruah itu sifat kejantanan seorang lelaki atau kewanitaan seorang perempuan, pantang sahaja dicabar, mahu sahaja disahutnya.

Remaja khususnya, tidak mahu menghiraukan nasihat ibu bapa atau orang dewasa, bagi mereka orang dewasa tidak memahami perasaan gelojak jiwa remaja mereka. Kononnya zaman remaja ibu bapa mereka tidak seperti zaman kini yang penuh pancaroba ~ "statement lapok entahpapentah." Perihal inilah yang menyumbang kepada masalah moral yang semakin meruncing. Bukan salah ibu bapa atau orang dewasa yang utama, namun keengganan menuruti nasihat oleh remaja itu sendiri yang patut dipersalahkan. ~"yang kamu fikirkan baik, belum tentu baik untuk kamu.

Keperibadian individu dikelaskan kepada individu Ekstrovert dan Introvert. Individu ekstrovert ialah orang yang berminat terhadap hal yang berlaku di sekitarnya, mampuanyai kualiti hidup, pemikiran dan daya imaginasi yang baik, minat bercampur dengan golongan yang lebih tua untuk mengutip pengalaman. Golongan ini menikmati hidup dengan penuh makna.

Berbeza dengan individu introvert, individu dalam golongan ini suka memusatkan pemikiran dalam dunianya sendiri, biasanya bersifat egois, pemendam, pemarah, syok sendiri dan tidak mementingkan maruah diri, apa yang dilakukan hanyalah kehendak diri dan bukan memikirkan kenyataannya. Golongan ini juga mementingkan kebebasan untuk menentukan apa yang mereka mahu lakukan tanpa mengambilkira pandangan ibu bapa dan masyarakat. Kadangkala individu ini sedar akan kesalahan mereka namun tidak berusaha untuk memperbaikinya.

Maruah bukanlah perkara mainan dan ia menjadi kayu ukur keperibadian seseorang, ia ibarat mahkota diri yang letaknya di atas ruangan akal. Namun ada antara kita yang menjadikannya murah, semurah debu di kaki, tiada harga, tiada nilai. Tiada manusia yang dilahirkan bersifat jahat, tapi manusia itu sendiri mencorakkannya jadi begitu. Maruah diri tak ternilai harganya namun ada yang sanggup menjadikannya tidak bernilai hanya untuk seulas ucapan 'sayang',  selingkar 'kasih', dan sekelumit perhatian insan yang dikenali baru seketika berbanding seluas langit 'kasih' dan laut 'sayang' insan yang bergelar ibu bapa... ibu bapalah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita kerana mereka mengenali kita sebelum kita dilahirkan ke dunia lagi...Maruah mereka adalah maruah kita...

Semoga perkongsian sedikit ini dapat membuahkan hasil yang lebih dan sarinya terus dirasai berpanjangan...

Sekian...