Assalamu'alaikum dan salam penuh kemesraan. Doa puji-pujian kepada Allah yang Maha Agung serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Blog Usang kembali setelah dua bulan menyepi. Perjalanan seperti biasa harus terus ditempuhi dan langkah terus disusun rapi menuju ke destinasi abadi.
Dalam edisi kali ini mungkin tidak banyak yang bakal dikongsikan kerana hidup penulis blog usang tidaklah menarik tertarik da bomb... #merepek. Jadi kita mulakan dengan tarikh2 penting sepanjang 2 bulan yang tertinggal ni... terus melangkah...
Dari posting yang lepas... beberapa hari sebelum itu aku mengikuti kursus team building di Kalumpang Resort bersama-sama anggota kumpulan sokongan dan pegawai di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia . Intipati berteraskan kerjasama sepasukan dan pengurusan stress. Alhamdulillah diberi kepercayaan untuk menjadi urusetia merangkap peserta. Walaupun penat tidak terhingga sampaikan darah naik keluar dari hidung tetapi rasa kebersamaan menjadikan memori di BPSH bakal dirindui sepanjang hayat. Diikuti 2 minggu terakhir berkhidmat di BPSH, menyelesaikan segala tugasan yang diberikan. Biarlah aku pergi meninggalkan budi daripada pergi dan dikeji. 10 oktober jamuan perpisahan unit pentadbiran BPSH buat kami bertiga yang bakal menamatkan perkhidmatan. 11 oktober tak nampak lagi kelibat teman seperjuangan. Terima kasih Azrin Alias. Orang muda yang penuh semangat sentiasa ceria dan menceriakan hari-hari kami. Hari yang sama Perhimpunan Bulanan BPSH saya diberi hadiah ulang tahun kelahiran dan beberapa hadiah perpisahan. Terima kasih semua
16 oktober. Hari terakhir di BPSH. Jamuan makan tengahari bersama unit kewangan BPSH. Pejabat pun masih kosong kerana sebahagian besar masih bercuti Aidiladha. Seharian bersembang bersama teman-teman. Menghabiskan kerja-kerja yang tersisa dan membantu sahabat lain menyelesaikan tugasan. Terima kasih BPSH atas peluang ini. Afiq, Fadhli, Zul, Azam dan yang lain-lain.
Bermulalah proses penanaman anggur dan job hunting secara besar-besaran dan selama dua minggu segala macam perkara telah berlaku. Dari yang mudah kepada yang sukar. Dari yang ringan kepada yang berat. Dari yang kecil kepada yang besar. Apa yang aku lakukan? .... terus melangkah.... dan 1 November bermula episod baru aku berkerja, diterima serta merta dengan tawaran yang bagiku amat berbaloi melampaui sebelumnya... Alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillahi rabbil 'alamin
Dan sehingga kini juga hampir sebulan... melepas kasih memendam rindu... tak mungkinlah mampu melupakan kalau tiap kali tersemat dalam untaian doa. Bagiku doa itu bukan sahaja senjata ia juga penghubung kasih sesama manusia. Aku harus... terus melangkah...