Assalamu'alaikum Warahmatullah Wabarakatuh para pengunjung Blog Usang, moga kalian dalam keadaan sihat-sihat adanya. Kali ini Blog Usang ingin kongsikan sedikit fakta klinikal yang berkaitan dengan "GERD ATAU KANSER TEKAK ATAU ...... ?" Hal ini adalah kerana sejak akhir-akhir ini Aku telah didatangi oleh gejala-gejala seperti yang akan Aku ceritakan nanti.
Sebulan kebelakangan ini Aku sering kali muntah-muntah selepas makan, kadangkala sehingga menyebabkan pening kepala yang amat luar biasa. Adakalanya dengan hanya meminum air kosong pun boleh menyebabkan muntah. Lebih teruk lagi bila muntah itu adakalanya bercampur sedikit darah. Menurut Dr. Wan Zuraini yang merawat Aku, itu merumakan komplikasi akibat meneran muntah secara paksa sehingga melukakan dinding tekak yang amat lembut. Kemungkinan gejala muntah itu adalah akibat dari GERD... apa pula GERD tu?
GERD atau gastroesophageal reflux disease (GERD) adalah Refluks yang berlaku secara kerap iaitu lebih daripada dua kali
seminggu, adalah GERD dan boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang
lebih serius. Sesiapa sahaja boleh mengalami GERD tanpa mengira faktor
umur. Simptom utama GERD di kalangan orang dewasa adalah rasa pedih ulu
hati yang kerap berlaku, juga dikenali sebagai senak iaitu satu
kesakitan seakan terbakar di bahagian bawah tengah dada, bahagian
belakang tulang dada dan di bahagian tengah abdomen. Kebanyakan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan juga sesetengah
orang dewasa yang menghidap GERD mengalami rasa pedih ulu hati. Golongan dewasa juga akan mengalami simptom-simptom seperti batuk yang kering, asma (lelah) atau kesukaran menelan.
Berdasarkan fakta di atas, tidak banyak yang sama seperti yang Aku alami, kerana punca utama adalah rasa pedih ulu hati, namun ia sama sekali tidak berlaku kepada Aku,. Jadi aku beralih kepada kenyataan yang lebih menakutkan iaitu Kanser Tekak / Larynx Cancer. Penyakit ini telah menjadi asbab yang meragut nyawa abang kandung Aku lebih kurang 15 tahun yang lepas.
Kanser tekak lebih tepat dikenali sebagai kanser laring (larynx) dari
segi istilah perubatan. Anatomi laring melibatkan kawasan peti suara
yang juga berdekatan saluran pemakanan iaitu esofagus (esophagus). Di dalam kajian National Cancer Registry tahun 2006 terdapat
1.1 kes per 100,000 populasi di Malaysia di mana kaum lelaki
mencatatkan kekerapan lebih 5 kali ganda berbanding kaum wanita. Ia juga
menunjukkan peningkatan kes bagi pesakit yang berumur 40 tahun ke atas
dengan yang tertinggi di kalangan pesakit yang berumur 60-69 tahun. Gejala kanser tekak seringkali timbul sebagai perubahan suara, suara
garau atau masalah menelan makanan dan minuman. Pesakit juga kadangkala
berasa seperti ada 'sesuatu yang sangkut' di bahagian tekak. Perubahan
suara kerapkali merupakan gejala sakit tekak biasa yang disebabkan oleh
jangkitan kuman. Akan tetapi sekiranya perubahan suara itu berlarutan
lebih dari 2 minggu, pesakit seharusnya mendapatkan pemeriksaan tekak
yang lebih terperinci. Gejala-gejala lain yang berkaitan kanser tekak adalah bengkak pada leher
yang disebabkan oleh kelenjar limpa, batuk berdarah, sesak pernafasan
atau pernafasan berbunyi terutamanya di kalangan mereka yang merokok.
Fakta di atas juga jauh dari tanda-tanda yang aku alami, lagi pula aku bukan perokok. Namun bebas dari merokok bukanlah jaminan Aku selamat dari Kanser Tekak, kerana Almarhum abang sulung Aku juga tak merokok. Bila aku cuba mendapatkan fakta-fakta lain daripada internet, ada yang melegakan dan tak kurang juga yang menggusarkan, antaranya:-
- Muntah ada pelbagai sebabnya, seperti gastritis atau keracunan, mahupun tumor otak ataupun tekanan intrakranium yang tinggi.
- Berlakunya penyahhidratan, pesakit harus diberi bendalir intravena untuk menggantikan isi padu bendalir.
- Penyakit kelumpuhan syaraf akibat racun botulinum (botulisme) yang disebabkan oleh spora Clostridium botulinum juga harus diwaspadai.
- Pemuntahan yang berulang-ulang atau berlebihan boleh menyebabkan terhakisnya esofagus atau koyak-koyak kecil dalam mukosa esofagus (koyak Mallory-Weiss). Ini mungkin terjadi jika darah merah segar bercampur dengan bahan muntah selepas beberapa kali muntah.
ps: Alfatihah buat Almarhum Khairul Kamal Bin Hairuddin abang sulungku. juga buat Almarhum Hairuddin Bin Hj. Abd. Jalal dan Almarhumah Maskanah Binti Kusin kedua Ibu dan Bapaku.