Sunday, April 12, 2009

SETELAH SEKIAN LAMA MENYEPI

Assalamu'alaikum W.B.T kepada semua yang masih sudi melawat blog yang tak seberapa ni, lama sekali aku menyepi dan menepi dari melayani blog, terlalu banyak yang berlaku selama itu, dan tidak perlulah aku mencoretkannya di sini, biarkan sahaja ianya berlalu, semoga aku mengambil pengajaran daripadanya. Cuma baru-baru ini, aku banyak krisis dan aku kelihatan gagal menangani ujian ALLAH S.W.T yang aku rasakan berat ini.

Hampir seminggu aku berkurung di dalam bilik setelah isnin lepas menemani Farid buat follow up tempat internship, sehari itu aku rasakan panjang sekali dengan pelbagai ujian, minyak kereta habis di traffic light, sedut gas petrol, makan makanan banyak kolestrol, tup-tup malam tu segala macam rasa menjalar ke seluruh urat dan nadi, segenap saraf dan anggota, loya, pening, sakit dada dan macam-macam lagi lah.

"salam nuek, malam ni ade meeting untuk presentation IFIM jam 10 di DK Alpha, sediakan slide untuk part literature review dan methodology, malam ni kita combine".

lebih kuranglah mesejnya berbunyi begitu, siap sahaja aku menyiapkan slide powerpiont tu, aku pun duduk-duduk sahaja mengharapkan pening kepala ni dapat berkurangan, tapi lain pulak jadinya, aku meluru masuk ke dalam bilik air dan memuntahkan kesemua spagethi yang menjadi santapan makan malam kami serumah. lepas solat isyak aku terus tertidur. Jam 0130 aku terjaga, masih berat lagi kepala aku ni, pening...astaghfirullah... terlepas pulak meeting IFIM, gerenti menyumpah-nyumpah diorang semua.

Apasal pulak hidung aku tersumbat tengah-tengah malam ni?....

DARAH!!!...

Aku cuba bertenang, ke bilik air membersihkan sisa-sisa darah di muka, sikit dah masuk dalam mulut, nasib baik tak jadi dracula, ish...terbuat lawak pulak...

Tengok pula fon celcom aku, ada mesej...

"uit..orang tengah banyak masalah kat sini, hang sedap-sedap je duduk kat bilik tu"

Aku dah agak dah, tapi mesej tu sampai pada jam 2250, apa boleh buat, aku pun tak larat sangat nak bergerak, menggigil seluruh badan, dada pulak macam dipulas-pulas, selalu perut saja yang memulas, rupanya dada pun boleh memulas. bermulalah episod baru selepas itu...

Orang tak mahu faham masalah aku dan aku pulak tak mahu faham masalah orang, ego sungguh aku ni... ramai yang menegur, aku terus macam ni. Pemalas, pemarah, bongkak dan degil. nak ikutkan hati, balik rumah dan tak mahu lagi ke Labuan ni.

Sebenarnya aku ni dah tak minat nak teruskan blog ni, awal tahun hari tu bukan main lagi semangat hangat membara, sekarang semuanya dingin membeku macam lagu Ziana Zain. tiba-tiba pula rasa nak sambung balik blog.

"Sampaikan daripada ku walau satu ayat"

hadith sahih berkaitan kewajipan berdakwah bagi setiap muslimin mengingatkan aku. Ya, tak rugi berkongsi pengetahuan walaupun sikit, ALLAH S.W.T tak suruh kita jadi perfect dulu baru boleh berdakwah, asal ada ilmu, kita kongsikan. Macamlah kita menderma, menderma dengan ikhlas tandanya syukur, dan ALLAH S.W.T berjanji, kalau kita bersyukur, Dia akan tambahkan lagi nikmat-Nya pada kita.

dah dekat maghrib dah ni... aku nak bersiap... kepada kawan-kawan yang aku buat silap slah padanya secara langsung atau tak langsung, mohon kemaafan seluruhnya batin dan zahir, semoga kita sama-sama mendoakan kejayaan di dunia dan di akhirat.

p/s: 20hb April 2009, start final exam. semoga berjaya kalian semua...

Monday, February 2, 2009

BAGAI PENANTIAN YANG TAK BERMAKNA

Assalamu'alaikum semua, selamat bertemu kembali, hari ni Isnin jam 2035, aku rasa sangat bengang+bingung=bengong, bukan apa, aku naik fade up bila penantian aku selama beberapa bulan ni bagaikan tak bermakna, bukan sedikit yang aku laburkan, kini bagaikan aku yang menanggung padahnya.

Ogos 2008, bulan keramat yang aku menaruh sepenuh harapan untuk aku mencapai sebahagian daripada impian aku, kini Februari 2009, masih tiada jawapan yang pasti, tercapaikah atau terabaikah, atau mungkin aku yang tertipu, menaruh harapan yang tak kepastian.

Benarlah kata orang, "penantian terlalu lama menambahkan beban psikologi", atau mungkin aku ni ibarat "menanti bulan jatuh ke riba", atau mungkin juga pelaburan yang aku buat ibarat "tiada beban batu digalas". hal ni yang membuatkan aku bingung.

Kadang kala aku ni ibarat "anjing menyalak bukit", kata-kata rayuan langsung tak membawa erti, memang sakit hati, namun aku tetap bersabar, jangan sampai personaliti aku yang dulu kembali, cukup lama aku tahan dia dari muncul dan mengasai diri.

Ya Allah, kau berikanlah aku kesabaran jiwa, kurniakanlah aku ketabahan hati, hadiahkanlah aku keteguhan iman, supaya aku tak rapuh dipukul ribut amarah, tak luruh dihentam badai nafsu, tak runtuh di terjah musuh abadi. Jadikan ia penguat segala sendi untuk aku BERJALAN, penyuluh jalan supaya aku dapat MELIHAT, dan sebagai lantera yang menerang jiwa dan minda untuk aku MENTAFSIR....

Saturday, January 31, 2009

BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL

Assalamu'alaikum W.B.T. kawan-kawan, Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran ke Hadrat Allah S.W.T kerana diberi kelapangan masa dan minda untuk update blog ini sekali lagi. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W., para sahabat Baginda, para Tabi' Tabi'in, serta pejuang dan penggerak Islam yang bertebaran di serata alam ini. "BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL". Tajuk ini aku dapat daripada buku motivasi diri M.E.P.S Concept karangan Datin Paduka Dr. Hajah Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir. Ada kawan-kawan yang tak kenal dengan individu ini? Hmmm... susahlah macam ni, sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya kenal individu yang telah merentas benua tersejuk di bumi (Antartika). Sebenarnya tak apa juga kalau tak kenal, sebab banyak lagi nama-nama yng perlu kita kenal seperti nama-nama para Ulama', tokoh ilmuan Islam, pejuang-pejuang Islam dan siapa sahaja yang menyumbang pada perkembangan Islam secara langsung mahupun tidak. "BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL" Tajuknya cukup jelas dan tak perlu di'decode' untuk mentafsirnya.

Kita manusia yang dikurniakan akal fikiran oleh Allah S.W.T. pastinya pantas sahaja menilai baik buruk dan betul salah sesuatu perkara. Berfikir sebelum bertindak bukan sekadar fikir apa tindakan yang akan kita lakukan, bahkan apa tindakan yang patut, tidak patut dan harus kita kerjakan dengan mengambilkira keterbatasan kita pada landasan syariat, yang wajib kerjakan, yang sunat amalkan, yang makruh jauhkan, yang haram tinggalkan dan yang harus dilakukan dan diniatkan sebagai ibadah. Keterbatasan kita pada landasan syariah sebenarnya langsung tidak mengongkong pergerakan kita untuk menjalani kehidupan sebagai manusia biasa, malahan ianya dapat menjadikan perjalanan harian kita sempurna dan penuh etika dan disiplin. Islam itu indah dan cantik lagi sempurna, terpulang pada kita bagaimana mengaplikasikannya, jika betul, caranya maka baiklah kesannya, jika salah gunanya, maka buruklah padahnya.

Bibir kita sering kali mudah mengatakan perkataan "Biasalah..." pada perkara-perkara yang tidak sepatutnya menjadi kebiasaan, contohnya bila kita melihat budak nakal, bergaduh sesama sendiri kita katakan "Biasalah...budak-budak", bila mat rempit dan mat pit semakin berleluasa kita mudah katakan, "Biasalah...remaja zaman sekarang", tapi jarang kita katakan, "Biasalah...bersyukur dapat kurniaan Allah S.W.T" atau "Biasalah tutup aurat, maruah kita tu...". Jadi, peranan kita ialah 'betulkan yang biasa', segala macam perkara yang kurang baik kita betulkan, mungkin dulu kita nakal, kita ubah jadi baik, mungkin dulu kita malas, kita tukar pada rajin, kalau dulu kita selalu mengingkari perintah Allah S.W.T dan tak ikuti ajaran Rasulullah S.A.W. kita hijrahkan diri kita menjadi hamba dan umat yang patuh dan taat pada Allah S.W.T. dan Rasul-Nya (semoga aku tergolong dalam golongan orang yang berhijrah, amin...).

Kadangkala proses 'Penghijrahan Minda' ni mengambil masa yang singkat dan adakala mengambil masa sehingga bertahun-tahun, bergantung pada sejauh mana keterbukaan kita terhadap semangat berubah kepada kebaikan. Aku sendiri, sehingga kini, ada beberapa perkara yang telah aku betulkan, ada juga perkara yang masih dalam proses pembaikan, dan tak ketinggalan pada perkara yang aku tak dapat betulkan sampai sekarang, kadangkala makin teruk dan melarat, kerana terlalu biasa melakukannya, kadang-kadang terlupa niat untuk berubah, bila masa bersendiri, termenung, barulah nak muhasabah diri, pagi sedar, petang alpa, malam ingat, pagi lupa. Kawan-kawan banyak juga yang menegur, kadang aku buat tak endah, bila dah terhantuk baru nak terngadah.

Hijrah minda perlu pada setiap individu, bukan sekadar semangat yang berkobar-kobar, malah tindakan secara fizikal, mental dan spiritual perlu dijana, disokong dengan doa dan tawakkal yang tak putus-putus kepada Allah S.W.T. Ada antara kita yang cepat berputus asa dan berhenti di pertengahan jalan kerana kurangnya sifat sabar dan kebergantungan terhadap Allah S.W.T. Alangkah beruntungnya bagi mereka yang bersabar kerana meraka akan merasai manisnya iman.

"Hai orang-orang yang beriman! Carilah kamu pertolongan dengan sabar dan mendirikan solat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar"(Al-Baqarah 2: ayat 153)

Strategi penghijrahan kita mestilah ada keseimbangan antara fizikal dan rohani, kedua-duanya mestilah selari ke arah kebaikan, strategi penghijrahan yang tidak seimbang hanya akan mendatangkan kehampaan dan kegagalan. Di sepanjang sekolah kehidupan, kita harus ada ketabahan hati dalam mengharungi cabaran dan menangkis segala bentuk pengaruh negatif, sentiasalah menambah ilmu dan belajar hidup dengan cara hidup islam yang sebenar-benarnya.

Tak dinafikan, kita juga banyak melakukan perkara yang betul, tambahan pula bila kita dah memperbetulkan yang terbiasa tadi, namun yang betul tu tak pula kita biasakan. Jadi tugas kita sekarang ialah 'Biasakan yang betul'. Tugas ini sebenarnya lebih mencabar kerana kita perlu ada kekuatan fizikal dan rohani yang mantap supaya kita tak kembali seperti kita yang dulu. Selalu juga kita lihat dan dengar tentang orang yang berubah menjadi baik sekadar hangat-hangat tahi tapir, sebulan dua sahaja bertahan kemudian kembali seperti dulu, ini bermaksud kurangnya daya tahan diri melawan penyakit... eh silap pulak... daya tahan diri melawan pengaruh negatif. Hamba dan Tuhannya tak dapat dipisahkan, cuma jaraknya sahaja yang menentukan diukur pada iman dan taqwa, semakin kuat iman dan taqwa kita kepada Allah S.W.T. semakin dekatlah kita dengan-Nya dan semakin kukuh ikatan kita dengan-Nya sekaligus semakin kuatlah daya tahan diri kita melawan pengaruh negatif. Jangan kerana kita melihat orang lain masih melakukan perkara yang tidak baik, kita juga terikut sekali terjun ke jurang yang dalam. Kita ada Allah S.W.T. Jadi , jangan cepat berputus asa.

"Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji, mereka berkata: Kami mendapati nenek moyang kami mengerjakan yang demikian itu, dan Allah menyuruh kami mengerjakannya. Katakanlah(wahai Muhammad): Sesungguhnya Allah tidak menyuruh kamu melakukan perbuatan keji, mengapa kamu mengada-adakan terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui" (al-A'raf 7: ayat 28)

Nyalakan semangat berhijrah kita setiap masa dengan usaha, doa dan tawakkal yang tak mengenal jemu. jangan tidak tidak, kalau mahukan panduan, Allah S.W.T telah turunkan Al-Quran dan Rasulullah S.A.W telah sampaikan sunnahnya sebagi sumber panduan syariat yang utama, apa lagi yang tidak cukup? Perlukah sehingga Allah sendiri yang mentarbiyyah kita?

"Maha Suci Allah yang telah menurunkan al-Furqan(penentu kebaikan dan keburukan) kepada hamba-Nya, agar ia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam" (al-furqan 25: ayat 1)

Jangan lupa sentiasa koreksi diri, Berjalan dengan sepasang kaki Iman dan Taqwa, Melihat dengan sepasang mata Hati dan Nurani, Mentafsir dengan sepasang otak Ilmu dan Amal. Renung-renungkan dan selamat beramal...



Monday, January 19, 2009

AKU YANG MEMBOSANKAN - SIRI 3

ISNIN (19 Januari 2009)

Rasa lega selepas presentation sabtu lepas, tapi banyak lagi kerja tutorial dan assignment yang perlu di siapkan dan dihantar. malam tadi, sempat menjenguk beberapa blog sahabat yang banyak menceritakan penderitaan rakyat Palestin, kanak-kanak, wanita dan orang tua dibunuh sewenang-wenangnya oleh tentera zionis, pagi ini pula terima mesej yang menyatakan Mc Donald's dan Starbuck's Coffee akan menyumbangkan segala keuntungannya sepanjang minggu ini untuk tentera zionis, manakala filem terbaru Adam Sandler "Bedtime Stories" juga akan menyumbangkan keuntungannya kepada tentera israel laknatullah. (aku juga dah menonton filem tersebut, tapi aku download dari torrentz.com, hahaha, padan muka diorang)

Ketika rakyat Palestin menderita dan semakin ramai yang terkorban, aku di sini pula diuji oleh ALLAH yang Maha Pemberi dengan kesakitan diserang GOUT, sejak semalam aku rasakan keperitan yang amat, Ya ALLAH, aku redha dengan ujian-Mu. Apalah sangat sakitnya diserang gout ni berbanding penderitaan saudara seislam kita di Palestin, hari ini aku berehat sahaja di bilik, tak dapat menghadiri kuliah Perancangan dan Pengurusan Kekayaan, dan juga tutorial Makroekonomi dan tutorial Institusi dan Pasaran Kewangan Islam.

Rasanya itu sahaja setakat ini, hendak BERJALAN tapi tak cukup tenaga hanya mampu MELIHAT dari celahan jendela, namun tak lupa MENTAFSIR besarnya kurniaan Yang Esa...

Tuesday, January 6, 2009

TAHUN BARU, SEMESTER BARU, MINDA BARU, HARAPAN BARU.

assalamu'alaikum...

jemari menari di papan kekunci, memulakan tahun baru ini, dengan hati yang masih berbahagi, adakah aku rela untuk berbagi, tanpa hasrat ingin diberi, masalah demi masalah menghujani, aku tahu ini ujian Illahi, jadi tetap juga ku gagahi. aku berjalan di sepanjang jalan ini, melihat seisi duniawi, berdiri kaku mentafsir segala erti...

cukuplah madah pujangga ngan ayat-ayat jiwang ko tu...

hish...kacau betullah mamat ni, baru aku nak berpuitis sikit...

Ok lah, kembali ke topik asal, 1430 hijrah dan tahun baru 2009 masihi membawa bersama duka, gembira, tangis dan ketawa. Isu palestin yang tak pernah reda kini kembali membara dengan keganasan zionis yahudi laknatullah yang ganas melata. bumi palestin tak pernah sunyi dengan tangisan anak-anak, dentuman bom dan mortar, juga tidak ketinggalan laungan jihad dan takbir. namun di negara kita, isu pengkid yang menghina mufti semakin menjadi 'highlight', bukti keruntuhan paradigma dan akhlak yg semakin meruncing. Semakin ramai yang menuding jari bila masalah keruntuhan akhlak ke udara. ada masa kita bincang dan kupas bersama.

Insyaallah hijrah ini, akan cuba lahir dengan minda baru, isu-isu yang lebih kontemporari, kupasan yang lebih matang dan berani. (harap dapan tunjuk ajar daripada sahabat yang lain). belajar ke kuliah tetap ke kuliah, namun sekolah kehidupan merupakan medan belajar yang sampai ke liang lahad, jadi baik dikongsi molek di sampaikan.

sampai setakat ini dahulu, harapan biarlah disandarkan pada usaha dan tawakkal kepada ALLAH bukan pada kenangan semata, kerana kita ini manusia biasa berdiri atas kehendaknya, beribadah demi redhanya, jadi renung-renungkan dan selamat beramal...