Monday, April 13, 2009

KELEBIHAN ILMU BERBANDING HARTA

Assalamu'alaikum W.B.T kepada semua yang masih sudi jenguk-jenguk, intai-intai, jeling-jeling blog aku ni, bersempena dengan mid-term exam bagi subjek Wealth Planning And Management esok, aku nak kongsilah sedikit ilmu yang ada dalam simpanan bahan bacaan aku ni. kisah ini berlaku pada Saidina Ali B. Abi Talib R.A yang ditanya oleh para sahabat tentang kelebihan ilmu berbanding harta. Jawapan yang diberikan oleh Ali B. Abi Talib R.A ialah:

  1. Ilmu adalah pusaka para Nabi sedangkan harta adalah pusaka Karun , Fir'aun dan lain-lain.
  2. Ilmu itu menjaga, akan tetapi harta itu kamu yang menjaganya.
  3. Harta kalau diberikan akan berkurang, sebaliknya ilmu kalau kamu berikan malah akan bertambah.
  4. Orang yang mempunyai harta kadangkala disebut dengan nama Bakhil atau nama yang buruk lainnya, akan tetapi orang yang mempunyai ilmu disebut dengan nama keagungan dan kemuliaan
  5. Orang yang mempunyai harta musuhnya ramai, sedangkan orang yang mempunyai ilmu temannya ramai.
  6. Harta harus dijaga dari pencuri sedangkan ilmu tidak perlu.
  7. Di Akhirat nanti, orang yang mempunyai harta akan dihisab, sedangkan orang yang mempunyai ilmu akan dapat syafa'at.
  8. Harta membuatkan hati seseorang itu menjadi keras, sedangkan ilmu akan membuatkan hati seseorang itu menjadi bercahaya.
  9. Harta akan hancur lebur kerana di telan zaman, akan tetapi ilmu tidak akan rosak musnah walaupun ditimbun zaman.
  10. Orang yang mempunyai harta kadangkala sanggup mengaku dirinya Tuhan , sedangkan orang yang mempunyai ilmu tetap mengaku dirinya sebagai hamba Allah kerana ilmunya."

begitulah serba sedikit lebihnya ilmu berbanding harta, namun harta juga boleh mendatangkan banyak kebaikan terutamanya bila ia disalirkan, sigunakan dan di infaqkan ke jalan ALLAH S.W.T. dengan ikhlas. namun titik tolaknya tetap berbalik kepada ilmu kerana dengan ilmulah kita dapat merancang, mengurus, mengendalikan, mentadbir harta itu.... sekian dahulu... renung-renungkan dan selamat beramal...

FINAL EXAM SEMESTER 6

FIRST WEEK

MONDAY
- 20/04/2009
- MACROECONOMICS
- 9AM - 12PM
- MAIN HALL


SECOND WEEK

MONDAY
- 27/04/2009
- PRINCIPLES OF MARKETING
- 9AM - 12PM
- MAIN HALL

WEDNESDAY
- 29/04/2009
- ISLAMIC FINANCIAL INSTITUTIONS AND MARKETS
- 2PM - 5PM
- THEATTRET HALL

THURSDAY
- 30/04/2009
- ISLAMIC FINANCE REGULATION AND GOVERNANCE
- 2PM - 5PM
- MAIN HALL


THIRD WEEK

MONDAY
- 04/05/2009
- ISLAMIC FINANCE CURRENT ISSUES
- 9AM - 12PM
- MAIN HALL

TUESDAY
- 05/05/2009
- WEALTH PLANNING AND MANAGEMENT
- 9AM - 12PM
- MAIN HALL

THURSDAY
- 07/05/2009
- SECURITY AND E-PAYMENT SYSTEM
- 9AM - 12PM
- MAIN HALL

FRIDAY
- 08/05/2009
- PRINCIPAL OF ACCOUNTING 2
- 9AM - 12PM
- MAIN HALL

p/s: jadual dah dibetulkan akhirnya, hahaha...ke mata aku yang silap?

Sunday, April 12, 2009

SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU

Allahuakbar, Allahuakbar ,Allahuakbar, Allahuakbar

Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin di hujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku.

Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhan ku.

Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak di hujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku

Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat apa aku di depan Tuhan ku.

Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di depan Tuhan ku.

kini aku menjadi tertanya-tanya

sampai bila aku akan melambatkan sujudku

apabila azan berkumandang lagi

aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi

kerana di hujung hidup ada mati

bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini

jika ruangku dibiarkan kosong

jika wajahku menjadi asing

pada mentari dan juga bintang-bintang.

SETELAH SEKIAN LAMA MENYEPI

Assalamu'alaikum W.B.T kepada semua yang masih sudi melawat blog yang tak seberapa ni, lama sekali aku menyepi dan menepi dari melayani blog, terlalu banyak yang berlaku selama itu, dan tidak perlulah aku mencoretkannya di sini, biarkan sahaja ianya berlalu, semoga aku mengambil pengajaran daripadanya. Cuma baru-baru ini, aku banyak krisis dan aku kelihatan gagal menangani ujian ALLAH S.W.T yang aku rasakan berat ini.

Hampir seminggu aku berkurung di dalam bilik setelah isnin lepas menemani Farid buat follow up tempat internship, sehari itu aku rasakan panjang sekali dengan pelbagai ujian, minyak kereta habis di traffic light, sedut gas petrol, makan makanan banyak kolestrol, tup-tup malam tu segala macam rasa menjalar ke seluruh urat dan nadi, segenap saraf dan anggota, loya, pening, sakit dada dan macam-macam lagi lah.

"salam nuek, malam ni ade meeting untuk presentation IFIM jam 10 di DK Alpha, sediakan slide untuk part literature review dan methodology, malam ni kita combine".

lebih kuranglah mesejnya berbunyi begitu, siap sahaja aku menyiapkan slide powerpiont tu, aku pun duduk-duduk sahaja mengharapkan pening kepala ni dapat berkurangan, tapi lain pulak jadinya, aku meluru masuk ke dalam bilik air dan memuntahkan kesemua spagethi yang menjadi santapan makan malam kami serumah. lepas solat isyak aku terus tertidur. Jam 0130 aku terjaga, masih berat lagi kepala aku ni, pening...astaghfirullah... terlepas pulak meeting IFIM, gerenti menyumpah-nyumpah diorang semua.

Apasal pulak hidung aku tersumbat tengah-tengah malam ni?....

DARAH!!!...

Aku cuba bertenang, ke bilik air membersihkan sisa-sisa darah di muka, sikit dah masuk dalam mulut, nasib baik tak jadi dracula, ish...terbuat lawak pulak...

Tengok pula fon celcom aku, ada mesej...

"uit..orang tengah banyak masalah kat sini, hang sedap-sedap je duduk kat bilik tu"

Aku dah agak dah, tapi mesej tu sampai pada jam 2250, apa boleh buat, aku pun tak larat sangat nak bergerak, menggigil seluruh badan, dada pulak macam dipulas-pulas, selalu perut saja yang memulas, rupanya dada pun boleh memulas. bermulalah episod baru selepas itu...

Orang tak mahu faham masalah aku dan aku pulak tak mahu faham masalah orang, ego sungguh aku ni... ramai yang menegur, aku terus macam ni. Pemalas, pemarah, bongkak dan degil. nak ikutkan hati, balik rumah dan tak mahu lagi ke Labuan ni.

Sebenarnya aku ni dah tak minat nak teruskan blog ni, awal tahun hari tu bukan main lagi semangat hangat membara, sekarang semuanya dingin membeku macam lagu Ziana Zain. tiba-tiba pula rasa nak sambung balik blog.

"Sampaikan daripada ku walau satu ayat"

hadith sahih berkaitan kewajipan berdakwah bagi setiap muslimin mengingatkan aku. Ya, tak rugi berkongsi pengetahuan walaupun sikit, ALLAH S.W.T tak suruh kita jadi perfect dulu baru boleh berdakwah, asal ada ilmu, kita kongsikan. Macamlah kita menderma, menderma dengan ikhlas tandanya syukur, dan ALLAH S.W.T berjanji, kalau kita bersyukur, Dia akan tambahkan lagi nikmat-Nya pada kita.

dah dekat maghrib dah ni... aku nak bersiap... kepada kawan-kawan yang aku buat silap slah padanya secara langsung atau tak langsung, mohon kemaafan seluruhnya batin dan zahir, semoga kita sama-sama mendoakan kejayaan di dunia dan di akhirat.

p/s: 20hb April 2009, start final exam. semoga berjaya kalian semua...

Monday, February 2, 2009

BAGAI PENANTIAN YANG TAK BERMAKNA

Assalamu'alaikum semua, selamat bertemu kembali, hari ni Isnin jam 2035, aku rasa sangat bengang+bingung=bengong, bukan apa, aku naik fade up bila penantian aku selama beberapa bulan ni bagaikan tak bermakna, bukan sedikit yang aku laburkan, kini bagaikan aku yang menanggung padahnya.

Ogos 2008, bulan keramat yang aku menaruh sepenuh harapan untuk aku mencapai sebahagian daripada impian aku, kini Februari 2009, masih tiada jawapan yang pasti, tercapaikah atau terabaikah, atau mungkin aku yang tertipu, menaruh harapan yang tak kepastian.

Benarlah kata orang, "penantian terlalu lama menambahkan beban psikologi", atau mungkin aku ni ibarat "menanti bulan jatuh ke riba", atau mungkin juga pelaburan yang aku buat ibarat "tiada beban batu digalas". hal ni yang membuatkan aku bingung.

Kadang kala aku ni ibarat "anjing menyalak bukit", kata-kata rayuan langsung tak membawa erti, memang sakit hati, namun aku tetap bersabar, jangan sampai personaliti aku yang dulu kembali, cukup lama aku tahan dia dari muncul dan mengasai diri.

Ya Allah, kau berikanlah aku kesabaran jiwa, kurniakanlah aku ketabahan hati, hadiahkanlah aku keteguhan iman, supaya aku tak rapuh dipukul ribut amarah, tak luruh dihentam badai nafsu, tak runtuh di terjah musuh abadi. Jadikan ia penguat segala sendi untuk aku BERJALAN, penyuluh jalan supaya aku dapat MELIHAT, dan sebagai lantera yang menerang jiwa dan minda untuk aku MENTAFSIR....