Nestle memulakan dinastinya di Malaysia seawal tahun 1912 di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company. Ini bermakna 97 tahun, iaitu hampir 100 tahun Nestle berada di Malaysia. Saya yakin anda yang sedang membaca artikel ini belum dilahirkan lagi ketika itu, dan kemungkinan juga tidak ada upaya untuk hidup sehingga 100 tahun.
Nestle telah meletakkan batu asas empayarnya di sini jauh sebelum perkataan Malaysia itu dapat dieja.
Ini juga bermakna produk Nestle telah pun disuapkan ke mulut rakyat Islam Malaysia sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ia masih lagi disuapkan ke mulut kita yang masih hidup pada hari ini, mungkin juga ke mulut anak-anak kita yang akan menjadi generasi baru pada masa hadapan.
Malangnya setiap suapan itu akhirnya diterjemahkan oleh Nestle sebagai peluru yang digunakan untuk menembak dada saudara kita di Palestin. Dan ini berlaku hampir setiap hari di Palestin, sedang kita begitu enak dan santai sekali menikmati Nescafe untuk minuman pagi dan Milo pada malamnya.
Ada pula yang menikmati minuman Neslo, iaitu gabungan Nescafe dan Milo dalam satu gelas dimana kedua-duanya juga adalah produk Nestle. Gandingan dua produk ini barangkali memberi kepuasan berganda-ganda kepada peminumnya, dimana setiap tegukan itu serentak dengan bedilan berganda-ganda juga ke atas bumi Palestin oleh Yahudi Laknatullah.
Percaya atau tidak, kini kita di Malaysia sudah ada alternatif lain bagi menggantikan Nescafe dan Milo, mari saya perkenalkan dua produk alternatif hasil keluaran bumiputera Islam.
Yang pertamanya sebagai ganti Nescafe dan alternatif bagi penggemar kopi lebih-lebih lagi buat minah dan mamat Muslim yang suka minum di starbuck cafe adalah kopi Habbatussauda keluaran Al-Wafi.
“Tetaplah kamu dengan Al-Habbatus sauda ini, kerana sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali As-sam ( maut) Riwayat Al-Bukhari.
Apakah Habbatus Sauda??
Habbatus Sauda adalah herba perubatan yang telah digunakan sejak 3000 tahun dahulu. Ia juga dikenali sebagai Black Seed, Black Cummin dan juga Nigella Sativa.
Minuman kesihatan Habbatus Sauda ini boleh menambah kecergasan Mental dan Fizikal. Ia tidak mengandungi Kafein. Anda boleh membancuhnya mengikut selera anda sendiri. InsyaAllah ia dapat memulih, mencegah dan mematikan penyakit yang sedia ada.
Ramuan::::
Nigella Sativa, Gula dan Madu Lebah Asli
Keistimewaannya Habbatus Sauda
1. Membantu Menguatkan sistem ketahanan badan
2. Membantu melawan dan menghancurkan sel-sel kanser dan tumor.
3. Membantu membunuh cacing parasit jika dimakan sebelum makan.
4. Membantu menhilangkan kesesakan nafas serta melancarkan pernafasan.
5. Melancarkan Haid serta pembuangan air.
6. Membantu membuang angin dalam badan serta membantu merawat kusta.
Habbatus Sauda juga dapat ::
Menambah nilai pemakanan serta meningkatkan sistem ketahanan badan. Anti Histamin, anti Tumor, anti Bakteria dan anti radang (Anti-Inflammation) Mengalakkan pengeluaran susu bagi ibu yang menyusukan anak. Dan lain-lain lagi.
Yang seterusnya merupakan pengganti kepada Milo, iaitu Liqo.
Minuman berasaskan coklat menampilkan Liqo sebagai alternatif kepada minuman coklat lain justeru ia adalah 100 % produk muslim . Pastinya dijamin bersih , suci dan halal .
Jadi tunggu apa lagi para pengedar dan peruncit Sabah? capai kami di:
Lot 30-0, Block D,
Riverside Plaza, Kingfisher Park,
88450 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel/Faks : 088-384 909
SMS : 013-850 2097
Email : aslam_niaga@yahoo.com
Web : hubhalalsabah.blogspot.com
aslamniaga.mariniaga.com
p/s: olahan semua daripada artikel EMPAYAR NESTLE dalam koleksi artikel hangat http://isuhagat.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment