Friday, January 22, 2010

~~J.U.M.A.A.T~~

Alhamdulillah… dah sampai hari Jumaat.. bagi orang yang bekerja 5 hari memang seronok kalau tiba hari Jumaat ni... waktu dirasakan singkat je... yelahkan... tengahari dah pergi solat jumaat.. 1 jam lebih dah tentu habis kat situ... emm... pastu buat kerja sikit... tup-tup dah sampai waktu balik... huhu... bagi mahasiswa / pelajar mungkin tidak banyak perbezaan... kenapa? tanyalah diorang... banyak pulak aku nak cerita...

Cerita pasal hari Jumaat ni banyak benda yang berlaku dalam hari Jumaat ni kan... mengikut kitab-kitab yang aku pernah baca, Nabi Adam dijadikan pada hari Jumaatkan... dan berkahwin dengan Hawa juga pada hari Jumaat. Kalau tak silap Nabi Adam keluar dan masuk Syurga pun pada hari Jumaat. Hari ini juga merupakan hari wafatnya baginda... itu bab Nabi Adam.. belum lagi yang lain-lain... Menurut ulama, hari jumaat ni merupakan hari berkumpul... emm macam kita solat Jumaat tu laa... tapi ada yang lebih besar... iaitu berkumpulnya kita semua umat manusia di Padang Masyar kelak... saat menunggu hisab... ouch..! dah sedia ke semua untuk menghadapi saat tu... aku belum... Ya ALLAH, tetapkanlah aku dalam Iman dan Islam...

Kalau kita belek-belek risalah agama dah tentu jumpa tentang beberapa keberkatan hari Jumaatkan... yang mana seeloknya kita mengambil peluang untuk mengisi hari ni.. dengan amalan-amalan sunnah dan mulia. Masalah utama kita ni selalu baca tapi praktis kurang... betul? yang tahu solat jumaat je... hehe... tu pun kadang ada yang jenis tak paham... tengah-tengah solat pun tak off handphone... bukan tu saje... yang boleh jawab Hp tengah solat pun ada... astagfirullah…! Tiada panggilan sepenting seruan ALLAH...

Di Jumaat yang mulia ni... elok aku kongsikan sedikit info tentang amalan-amalan sunnah dan mulia yang seeloknya dilaksanakan pada hari Jumaat untuk renungan kita bersama, lagi-lagi aku yang sememangnya ketandusan ilmu dan amal ibadah. Tanpa membuang masa kita singkap satu persatu…

1. Membaca doa di hari Jumaat.

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga. Emm... peluang baikkan ni tapi kita selalu tak manfaatkan...

2. Bacaan surah solat subuh serta sujud Sajdah.

Sunat membaca surah as-Sajdah pada rakaat pertama dan pada rakaat kedua dengan surah al-Insan. Hendaklah dibaca keseluruhan kedua-dua surah tersebut. Hendaklah juga sujud sajdah pada ayat sajdah dalam surah tersebut. huhu... secara jujur dah lama jugak aku tak buat sujud Sajdah... melainkan kalau solat kat Masjid...

3. Selawat ke atas Rasulullah s.a.w. dan memperbanyakkannya.

Ini benda paling senangkan... kena periksa diri masing-masing ada buat tak... ada beberapa kelebihan yang aku tau.. antaranya..

i. Hampir dengan Baginda s.a.w pada Hari Kiamat.

Ibnu Masud meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; Sesungguhnya seutama-utama manusia di sisiku (orang yang paling hampir) dengan aku pada hari kiamat ialah mereka yang lebih banyak berselawat ke atasku.
ii. Gandaan selawat ke atasnya sebanyak 10 kali selawat.
Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya; Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat ke atas.

iii. Bercahaya pada hari kiamat kelak.

Daripada Ali bin Hussien bahawa datuknya, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya; Barangsiapa yang berselawat ke atasku pada hari Jumaat seratus kali, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan bercahaya, andainya cahaya ini dibahagi-bahagikan antara kesemua makhluknya, maka cahaya itu akan cukup meliputi mereka.
iv Dosa akan diampunkan.

Abu Dzar telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda maksudnya; Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada hari Jumaat sebanyak dua ratus kali dua ratus dosanya.

4. Bacaan surah al-Kahfi pada siang dan malam Jumaat.

Amat besar fadhilatnya bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada siang hari Jumaat. Imam as-Syafie menyatakan dalam kitabnya al-Um adalah besar fadhilatnya juga jika membacanya pada malam Jumaat. Kita selalunya tau Jumaat tu Yassin jelaakan... tu pun tak tau apa fadhilatnya... orang buat kita buat... tulaa teruknya bila amal tanpa ilmu... maka jadila benda tu bersifat bidaah... Tapi takpe, sebab benda tu 'bidaah hasanah', kire bidaah yang baik la...

5. Mandi sunat Jumaat.

Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada Abu Hurairah supaya mandi sunat Jumaat pada setiap minggu walaupun terpaksa membeli air dengan wang yang selalunya dibelanjakan untuk membeli makanan hariannya. Manakala fadhilatnya amatlah besar di sisi Allah sebagaimana sabdanya yang bermaksud; Barangsiapa mandi junub, mandi (sunat Jumaat), keluar dari rumahnya dan bersegera ke masjid untuk menghampiri imam (mendengar khutbah) dan tidak melakukan perbuatan sia-sia, maka akan ditulis untuk setiap langkahnya pahala puasa selama setahun. Tak susahkan ni... niatkan aje... kat kampus aku ni pulak ngah masalah air, so... pepagi lagi la kena cepat-cepat mandi untuk dapatkan pahala sunat mandi hari jumaat...

6. Berpakaian cantik dan elok.

Hari Jumaat merupakan hari terbesar dan merupakan hari raya pada setiap minggu. Sayugialah dipilih pakaian yang paling baik untuk dipakai bagi membesarkan hari perayaan bagi orang-orang mukmin sebagaimana pakaian yang dipilih pada setiap kali menyambut hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. Menurut para ulama warna yang paling afdhal ialah warna putih dengan berserban, kerana malaikat akan berselawat ke atas orang mukmin yang memakai serban. Menurut Imam Nawawi, disunatkan mengucapkan tahmid, tasbih dan istighfar ketika memakai pakaian. Ada yang buat..? alhamdulillah…. :)

Cukuplaa tu dulukan.. memang banyak kalau ikutkan.. tapi kita fokus satu-satu..lak elok. Ada masa kita sambung lagi.. takpun sesiapa rasa nak tambah lagi kat bahagian komen tu pun aku tak kisah.. kita saling ingat-mengingati. . antara satu sama lain.. dalam sibuk cari duit kat internet ni.. sekurang-kurangnya kita menambah juga saham akhirat.. takkan paypal jee nak dipenuhkan yetak..? Oklaa.. sampai disini dulu perkongsian dan celoteh aku.. semoga korang melalui hari ni dengan penuh barokah.. amin…

hari jumaat- hari keimanan

solat1

Berdasarkan The Low of Repeatition of Cronology (“Hukum Kronologi Berulang” yang merupakan cabang ilmu Hukum Keseimbangan) , hari yang datang secara berulang-ulang setiap tujuh bilangan juga membawa bersama sesuatu vibration (visual light) yang mendominasi hari tersebut. Setiap hari akan membawa vibration dominasi yang berbeza dan ia berulang semula setelah lengkap satu pusingan yang memakan masa enam masa kejadian alam. Setiap ulangan adalah tetap dan mematuhi The Low of Repeatition of Cronology. Vibration visual light yang disukat menyamai dengan frequensi warna. Jadual di bawah menunjukkan ketetapan vibration yang dikesan mendominasi setiap hari.

HARI

WARNA

FREQUENSI

ISNIN

PUTIH

0- 279 nanometer

SELASA

PINK / VIOLET

380- 489 nanometer

RABU

BIRU

490- 544 nanometer

KHAMIS

KUNING / OREN

555-729 nanometer

JUMAAT

HIJAU

545- 554 nanometer

SABTU

MERAH

730- 780 nanometer

AHAD

HITAM

0- 279 nanometer


Walaupun warna putih dan hitam mempunyi bacaan yang sama, tetapi bezanya ialah penyerakan zarah atmosfera (medium vibration) pada hari isnin adalah rawak (menyamai konsep the state of metter of gases) dan penyerakkan zarah atmosfera pada hari ahad adalah setempat (menyamai konsep the state of metter of water).

Dengan menggunakan beberapa peralatan canggih seperti spectrum analyzer, kita dapat menentukan vibration visual light yang tersebar di dalam atmosfera dalam sesuatu hari malah dalam sesuatu waktu dan keadaan.

Hasil daripada kajian ini, berikut ialah beberapa contoh penemuan saintifik hasil kajian terhadap warna yang resonan terhadap sesuatu hari. Penemuan ini diterangkan dalam bentuk Human Physiology.

Jumaat

Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung dan Paru-paru.

Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksimum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).

Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memeri kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.

Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.

Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular dan respirasi kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.

solat11

moga hari jumaat penghulu segala hari membawa perubahan besar kepada kita an pemakbulan pada segala doa.hidup berilmu, ceria selalu.

No comments: