Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Sunday, May 1, 2011

KESEMPATAN 2

Assalamu'alaikumu sekali lagi buat teman-teman semoga sentiasa bahagia di samping keluarga yang dikasihi. Alhamdulillah masih lagi berKESEMPATAN membuat corat-coret di blog usang ini. masih lagi tercari-cari idea untuk kembangkan tajuk KESEMPATAN dalam posting sebelum ni... Ya Allah... curahkanlah ilham buat ku...

Dalam kehidupan ini memang banyak cabaran yang telah, sedang dan bakal kita harungi termasuklah cabaran dalam kerjaya, keluarga, percintaan, persahabatan, kewangan, dan macam-macam lagi. Dalam kita melalui halangan tersebut kita seringkali mengambil KESEMPATAN dan diambil KESEMPATAN, kenapa aku cakap macam tu? haaaa... nanti aku cerita... (padahal tak ada idea)
 
Sepanjang hayat aku, dah banyak KESEMPATAN yang aku ambil, kadangkala dengan cara yang betul kadangkala dengan cara yang salah, tapi semua itu kita pelajari dalam sekolah kehidupan yang luas, sentiasa memperbaiki diri adalah kunci kejayaan. KESEMPATAN tak selalu hadir, selalunya perlu kepada usaha kita sendiri, bak kata pepatah "Luck is when effort meet the opportunity" ermmm.... betul ke ape aku taip ni? kire lebih kurang macam tu lah...
 
Ada orang mengambil KESEMPATAN atas kelebihan mahupun kelemahan orang lain. Contoh pertama bila kita tengok orang lain ada kelebihan contohnya dari segi kewangan.... kita pun meminjam sampai tak hengat-hengat, sanggup mengadu dan merayu bagai, bila tak dapat ada juga yang mencebik dan mengutuk belakang...(aku pernah buat ni)... Contoh lain pula, kita lihat orang lain dalam kesempitan, so kita pun mula mengambil KESEMPATAN dengan menghulurkan bantuan yang tak berbelah bagi tak kiralah sama ada berbentuk material mahupun tenaga, kemudian disertakan dengan ungkapan "aku ikhlas" namun agenda di sebaliknya hanya dia dan DIA sahaja yang tahu... Bagi aku tidak perlulah mengungkapkan perkataan itu kerana Allah sahaja yang layak menilai ikhlas, bukankah "ikhlas itu ibarat semut hitam di atas batu hitam dalam malam yang gelap gelita" dan "ibarat tangan kanan menderma tangan kiri tak tahu apa-apa".... macam manalah kita tahu yang kita ikhlas? .... fikir dan renungkan semula... 
 
Dalam kehidupan juga banyak mengajar kita karenah diri kita sebagai manusia serta bagaimana perlunya KESEMPATAN yang ada perlu diimplementasikan dengan cara yang betul. Manusia punya cita, rasa, dan citarasa, namun adakah itu yang menjadi kuncinya? kata orang tua-tua, "ikut rasa binasa". Dalam perjalanan yang singkat ni kadangkala kita di atas terkadang di bawah kalau nak statik duduk la kat tengah diam-diam jangan kacau orang lain, mana boleh macam tu der! Buat baik berpada-pada, buat jahat sekali-sekala... hahaha, bak lagu mantera beradu "ramai saudaraku yang baik telah dipijak" siapa yang pijak!? mestilah oleh orang yang mengambil KESEMPATAN... 
 
Di dunia ni cuma manusia yang selalu mengambil KESEMPATAN, pulak tu selalu lupa pada yang memberi KESEMPATAN, tahu tak siapa!?.... tak tahu!? iskh.. iskh.. iskh... kronik... kronik... ALLAH Yang Maha Kuasa lah!!! Cuba kita fikir, manusia hidup macam mana? Setiap nafas yang terhirup adalah KESEMPATAN, setiap nafas yang terhela bersamanya pengharapan... pengharapan untuk apa? .....  untuk nafas yang seterusnya supaya ada lagi KESEMPATAN... Allah izinkan kita bernafas so, maknanya Allah bagi kita KESEMPATAN... tak percaya?.... tak percaya sudah!!! bak kata Bapak, "ADA AKU KESAH!!!" 

Di KESEMPATAN ini aku mohon maaf pada semua yang mengenali aku atas KESEMPATAN yang telah aku ambil daripada korang semua sama ada sengaja mahupun tidak, harap-harap aku boleh hidup lebih tenang dengan kemaafan korang. Di KESEMPATAN ini juga ingan aku nyatakan bahawa kotak idea aku sudah kering.... Argh.... malas la nak citer panjang-panjang, pandai-pandai korang la nak amik KESEMPATAN.... kepala otak aku da KESEMPITAN ni.... hahahaha...

SEKIAN... jumpa lagi dalam posting akan datang...

Saturday, April 30, 2011

KESEMPATAN

Assalamu'alaikum, W.B.T. buat semua, nampaknya dah lama sangat blog ni tak meng'update'kan diri, Alhamdulillah Allah masih beri nikmat Iman dan Islam serta segala nikmat kurniaan-Nya yang amat melimpah ruah buat aku, dia, dan kita semua hamba-Nya. Juga Alhamdulillah Allah masih beri KESEMPATAN buat aku menambah corat-coret di blog usang ni.

Kehidupan selepas dunia Universiti amat mencabar, sama ada mental mahupun emosi, jasmani mahupun rohani... Kerja? ramai yang bertanya... biarlah... mereka hanya mahu tahu... selepas itu, tiada yang mahu mengambil tahu. da lama tak menaip ni, jadi kekok bila nak menaip panjang-panjang, selalunya cuma palitan di 'muka buku' sekadar berbasa-basi dengan bahasa-bahasa yang dah basi sementara ada KESEMPATAN.

Lepas konvo bln 10 tahun lepas, banyak juga aku apply kerja di bank-bank, apa boleh buat, belum sampai rezeki kerja buat aku, menganggur dan memasak untuk adik tersayang adalah aktiviti paling menarik buat aku pada masa itu, bila lagi nak dapat KESEMPATAN macam tu betul tak? jadi bakti pada adik tersayang amat menyenangkan hati aku dan hati dia.

KESEMPATAN ber'reunion' bersama kawan-kawan sekolah STK amat aku nanti-nantikan, al-maklumlah cuma aku satu-satunya yang menempel di form 6 menghabiskan sisa persekolahan (padahal tak dapat masuk U) namun aku gembira dapat mencurahkan bakti buat sekolahku yang amat aku cintai. Reunion kali ni paling best sebab semua hadir erm... kecuali Hafiz, thanks to Adib, Khalid, Efdal, Fairus, Syafiq, Yee Guan (shahrul), best sangat-sangat, thanks too to bini Syafiq dan bini Fairus.

25/11 mula kursus MCMF kat PJ, dengan penuh kesungguhan aku ikut kursus tu, sampai habis juga la, walaupun macam-macam hal berlaku, KESEMPATAN yang ada aku pun mencurahkan sepenuh jiwa untuk kursus tu...hahaha, penuh la sangat... ulang-alik naik motor amat memenatkan, keluar sebelum adik aku pergi kerja, balik selepas adik aku balik kerja...kira OK la tu...

10/1 mula kerja di SCICOM dibawah projek AIRASIA...wow, nama yang gah!!! KESEMPATAN emas yang amat dinanti-nantikan... tapi... kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di selangi ribut petir di tengahari... hohoho... salah siapa, salahkah kita, salahkah aku atau kamu, siapa mengandung, siapa mengendong, siapa mengandung yang di kendong... WEI!!! jangan nk melalut... tetibe masuk lagu Fabolous Cats ni ape hal...?

28/1 Aku merasa bahagia, KESEMPATAN yang hanya datang sekali takkan ku persiakan lagi, bersama harapan yang hadir biarlah hingga ke akhir hayat, sehingga hembusan nafas yang terakhir, sehingga nadi tak berdenyut lagi, sehingga otak gagal berfungsi, sampai jantung tak berdetak... selama itu pun aku mampu untuk menyanjung mu... da mula la nak nyanyi lagu kenangan terindah... abaikan...

10/3 Secara rasminya aku kembali menjadi penganggur atas nasihat doktor... hahaha... blood pressure 175/141 pulse 101, glucose 16, cholesterol 7.5... terbaek!!!! sampai nak terpengsan gak la kat tempat kerja... thanks to Bapak kerana banyak membantu dalam proses urusan klinik dan hospital dari dahulu sehinmgga kini. Alhamdulillah juga masih Allah beri KESEMPATAN untuk hidup...

15/4 Percutian singkat anak-anakglam bersama Bapak ke Port Dickson, persediaan dan persiapan rapi dan teliti Bapak menjadikan percutian kali ini amat menarik dan menyeronokkan. Berendam dalam air laut dari jam 10 sampailah Zohor... kecut segala otot... makan pulak punyalah sedap Bapak masak semuanya, tak perlu makan kat kedai, budget klu nasi goreng ayam + air bandung mau RM6, tapi bila Bapak masak cuma RM1 per orang.

22/4 Pagi Jumaat yang hening menjadi saksi keluarga Hairuddin menerima ahli baru dengan kehadiran Muhammad Faris bin Khairul Adhar yang sangat comel kemunculan yang dinanti-nantikan Deha dan Kak Sara selama lebih kurang 38 minggu akhirnya selamat menjengah dunia di Hospital PUSRAWI Jalan Ipoh Kuala Lumpur... Happy Birthday Muhammad!!! Nanti dah besar sikit, Uncle bawak Muhammad jalan-jalan naik motor keliling kampung kalau ada KESEMPATAN...

Haiyya... Manyak mutut saya sulah kasi celita... Manyak pinat saya punya jali-jemali... lain KESEMPATAN balu saya kasi celita sama lu olang semua lor... (padahal masih banyak nak bercerita perihal KESEMPATAN, tak apalah, tunggu saja KESEMPATAN (2) akan datang....

SEKIAN.....Assalamu'alaikum

Thursday, October 14, 2010

MENGONVOKAN DIRI

Assalamu'alaikum W.B.T.

Alhamdulillah atas kurnia-Nya, masih ada sisa umur untuk aku memperbaiki dan menambah serba sedikit kekurangan dalam diri. Alhamdulillah juga kerana aku masih lagi diberikan nikmat Iman dan Islam meskipun terkadang godaan nafsu dan syaitan amat menggoyahkan keduanya namun aku cuba juga menggagahkan diri untuk berjihad. Semoga Allah senantiasa memberikan kekuatan kepada ku untuk terus bermujahadah memperbaiki diri...Insyaallah...Amin...

03.10.2010

Ijtima' Sekretariat Masjid Al-Hikmah telah berlangsung, saf kepimpinan bertukar ganti, perjuangan lama diteruskan, idea baru diraikan, nasihat mantan dijadikan panduan dan pedoman. itulah yang berlangsung pada tarikh di atas. tak lupa juga ia merupakan tarikh lahir anak saudara aku yang bernama Nur Farhana 'Aqilah binti Mohd Jaafar.

07.10.2010

Tarikh kat atas ni merupakan ulangtahun aku yang ke-24 mengikut kalendar miladiah, tahun ni lebih mudah, hanya menerima dan membalas ucapan "selamat hari tua" dari facebook dan sms sahaja, tiada sebarang sambutan. eloklah kerana aku semakit ingat usia yang tersisa ni entah bila akan berakhir...


11.10.2010

Tarikh yang kat atas ni pula merupakan tarikh aku mengonvokan diri, walaupun aku dah lama hilang semangat belajar sejak sebelum memasuki tahun ke-2 lagi namun Syukur Alhamdulillah, berkat limpah kurnia ALLAH S.W.T yang mendampingkan sisiku sahabat-sahabat yang sentiasa menumpangkan bahu-bahu mereka sepaya aku kekal berdiri. Terima kasih sahabat... jasamu ku kenang selalu, semoga ALLAH S.W.T. melimpahkan rahmat kurnia, nikmat usia, rezeki murah sentiasa kepada antum semua...




Saturday, September 11, 2010

RINDU DI AIDILFITRI


RINDU YANG MENCENGKAM DI HATI
MENAMBAH PILU DI SANUBARI INI
KENANGAN LAMA MENJELMA KEMBALI

BAHAGIA TERASA
KETIKA KAU BERADA DI SISI OH IBU AYAH
KINI KU HANYA TINGGAL SENDIRIAN

BARU KINI KU SEDARI
SEGALA MILIK ILLAHI
TIADA YANG KEKAL ABADI
HANYA DOA DARIKU
MOGA ROHMU DIRAHMATI

HARI RAYA PASTIKAN TIBA
WALAU KAU TIADA
KU HARUNGI JUA HIDUP INI
BERBEKALKAN KETABAHAN

HARI RAYA TANPA AYAHANDA
TANPA IBUNDA TANPA KELUARGA
TAPI KU MASIH BERSYUKUR PADA YANG ESA

KU SERAH PADA ILLAHI
MOGA KEHILANGAN INI
DAPAT KU PASRAHKAN HATI
PADA MU OH TUHANKU
AGAR KU MENJADI REDHA

Assalamu'alaikum W.B.T semua, Salam Lebaran Aidilfitri 1431 Hijrah, semoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat kemenangan. Kemenangan apa pulak? Dah tentulah kemenangan sepanjang proses kita menuntut di Madrasah Ramadhan.

Macam mana dengan sambutan Aidilfitri korang semua tahun ni? meriah? hambar? biasa-biasa sahaja? luarbiasa? Apa-apa pun Alhamdulillah kita masih lagi diberikan nikmat usia yang pastinya kita akan gunakan untuk menambah amal soleh serta menampung kembali kelompangan kita sepanjang umur yang telah kita lalui. Buat yang telah kembali ke Rahmatullah, doakanlah mereka supaya kekal sejahtera di alam barzakh sana.

Sejak beberapa tahun ini, lagu Rindu Di Aidilfitri di atas menjadi lagu tema Aidilfitri buat aku, terutamanya apabila beraya di perantauan (perantauan la sangat...) namun apabila beraya di kampung seperti yang kali ini, hanya sebahagian liriknya sahaja yang bertepatan, kerana di kampung walaupun tiada Emak dan Abah, tetap ada Kak Hairiyana(yan)+Abg. Jaafar+anak-anaknya, Abg. Nizam(awu)+Kak Sarah Dila+anak-anaknya, Abg. Adhar(deha)+Kak Sarah Hanim, adik, sanak saudara dan jiran tetangga.

Raya pertama kali ini penuh kesyahduan dan kesunyian...sebab abang dan kakak semua balik kampung mertua. Penat mengemas punya pasal, seharian hanya terperuk di rumah. Menjelang malam barulah pergi berkunjung ke rumah jiran tetangga.

Raya ke-2 & 3 merupakan hari berhimpun anak cucu keluarga Allahyarham Hj. Kusin (Bapa Allahyarhamah Emak). Hari ini seperti biasa kami berhimpun di rumah Hj. Shafie (Wak Pi'e) Anak lelaki sulung dari keluarga Allahyarham Hj. Kusin sebelum konvoi ke rumah ahli keluarga yang lain. Tahlil dan doa dipanjatkan buat ahli keluarga besar kami yang telah mendahului kami bertemu Allah. Semoga roh mereka dicucuri Rahmat dan kesejahteraan di Barzakh seterusnya Akhirat dan akhirnya mesuk ke dalam Jannah Allah dengan Rahmat-Nya.

Begitulah meriahnya, walaupun di sudut hati ada yang kelam dan sedih, namun rindu pasti terubat bila bersama-sama berkumpul, lebih-lebih lagi bersama makcik-pakcik yang amat memahami hati kami anak yatim piatu kerana mereka juga anak yatim piatu.

Sekali lagi berkat kesempatan ini, Hari baik bulan baik, aku; Khairulanwar Bin Hairuddin a.k.a Nuek menyusun jemari memberi dan memohon kemaafan sepenuhnya, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, batin dan zahir, daripada sesiapa sahaja yang mengenali diri yang serba kekurangan ini. Kiranya aku ada hutang dengan sesiapa, katakanlah dan akan aku segera melunaskannya.

sekian...
Selamat Hari Raya, Maaf Batin dan Zahir
Minal Aidil wal Faizin
Kullu Amin wa Antum bi Khair




Wednesday, July 15, 2009

TINGGAL KENANGAN

Bismillahirrahmanirrahim...
kalimah mulia pembuka bicara, mengubat hati luka, merawat jiwa lara.

Alhamdulillah...
lafaz kesyukuran setinggi-tingginya buat Tuhan Semesta Alam, walau tak terzahir pada lisan, tetap bergema di ruang hati yang dalam. Selawat dan salam buat qudwah hasanah sepanjang zaman, Nabi Muhammad S.A.W, para Sahabat R.A, tabi'in, tabi' tabi'in. Doa kesejahteraan dipanjatkan buat para pejuang Islam yang sudah kembali kerahmatullah dan yang masih melata di bumi ALLAH ini.

Assalamu'alaikum W.B.T kawan-kawan, adik-adik Klang High School (KHS) moga anda semua dalam sihat-sihat sahaja dan terus bersemangat untuk mengejar cita dan cinta kerana ALLAH S.W.T.

Hari ini tanggal 15 Julai 2009, aku rasa ada perkara yang aku lupa. bila aku cuba refresh betul-betul kepala otak aku, barulah aku teringat hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran seorang insan yang amat aku sayangi di dunia ini, dan pastinya anda pembaca juga ada atau pernah ada insan sepertinya. Insan yang aku maksudkan adalah ibuku sendiri. Maskanah Binti Kusin yang aku panggil 'emak'.

Insan yang dikurniakan kebolehan istimewa yang tak terdapat pada super heroes, super human atau super villain. Apa lagi kalau bukan hati nurani seorang ibu, mampu menyejukkan hati yang semarak api membakar, mampu meredakan ribut badai jiwa menggoncang, mampu menenangkan ombak rasa menggulung, mampu menyubur bebenih cinta sayang dan mampu menghampar lautan kasih.

Marilah kita bersama menyanyikan lagu kasih kita pada Emak, Ummi, Ibu, Mama, Mami, Mom, Amma dan Mamak kita.



Who should I give my love to?
My respect and my honour to?
Who should I pay good mind to
After Allah and Rasul-Allah?

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothe you?
Who used to feed you
And always be with you?

When you were sick
Stay up all night
Holding you tight?
That right no other
My mother

Who should I take good care of
Giving all my love?
Who should I think the most of
After Allah and Rasul-Allah?

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk?
Who used to hold you
Before you could walk?

And when you fell
Who’d pick you up?
Clear your cut?
No one but
Your mother
My mother

Who should I stay right close to?
Listen most to?
Never say no to
After Allah and Rasul-Allah?

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes?
Comb your hair and blow your nose?
And when you cries who wiped your tears?
Knows your fears?
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother

Emak, aku tak akan lupa untuk mendoakan mu setiap kali selepas solatku, moga Allah mencucuri rahmat-Nya kepadamu. untuk pengetahuan para pembaca, hari lahir Emak sama dengan hari lahir kakak saya 'Hairiyana Hairuddin' semoga kakak panjang umur dan dimurahkan rezeki, terima kasih kerana kakak banyak berkorban menggantikan tugas Emak menjaga kami adik beradik. Tak lupa juga hari lahir arwah Abah yang ke 67 pada tanggal 12 Julai lepas. Mohon para pembaca menyedekahkan alfatihah kepada kedua insan ini, semoga tenang mereka di barzakh sana.





Aku mengerti hidup tak selalunya indah, langit pula tak selalu cerah, Ya Allah, kau berikanlah aku kesabaran jiwa, kurniakanlah aku ketabahan hati, hadiahkanlah aku keteguhan iman, supaya aku tak rapuh dipukul ribut amarah, tak luruh dihentam badai nafsu, tak runtuh di terjah musuh abadi. Jadikan ia penguat segala sendi untuk aku BERJALAN, penyuluh jalan supaya aku dapat MELIHAT, dan sebagai lantera yang menerang jiwa dan minda untuk aku MENTAFSIR....

Tuesday, June 9, 2009

TRIBUTE TO 'ABAH'



Bismillahirrahmanirrahim...
kalimah mulia pembuka bicara, mengubat hati luka, merawat jiwa lara.

Alhamdulillah...
lafaz kesyukuran setinggi-tingginya buat Tuhan Semesta Alam, walau tak terzahir pada lisan, tetap bergema di ruang hati yang dalam. Selawat dan salam buat qudwah hasanah sepanjang zaman, Nabi Muhammad S.A.W, para Sahabat R.A, tabi'in, tabi' tabi'in. Doa kesejahteraan dipanjatkan buat para pejuang Islam yang sudah kembali kerahmatullah dan yang masih melata di bumi ALLAH ini.

Assalamu'alaikum W.B.T kawan-kawan, adik-adik Klang High School (KHS) moga anda semua dalam sihat-sihat sahaja dan terus bersemangat untuk mengejar cita dan cinta kerana ALLAH S.W.T.

09 JUN 2009...
Cepat sungguh masa berlalu, sedar tak sedar, sudah genap 2 tahun abah pergi meninggalkan kami adik beradik setelah emak pergi menyahut panggilan ILLAHI lebih kurang 5 tahun dan 3 bulan. SMS daripada abang pagi tadi mengingatkan aku perihal perkara ini. Tanpa aku sedari hujan di hatiku mula menitis membasahi lantai jiwa yang tandus gersang, merindu kasih sayang dua insan paling berjasa dalam hidupku ini.

Bukan suatu yang sukar bagiku mengimbau kembali kenangan bersama mereka, kerana tiap detik yang ku lalui bersama mereka pasti meninggalkan sisa-sisa memori bersamanya. Aku tak perna lupa pesan dan nasihatnya, kemarahan dan hambatannya, pujuk dan mesranya, belai dan kasih sayangnya kepadaku. Raut wajah yang semakin tua dihadapan mataku, mata yang sayu, tubuh yang semakin layu, semua telah mataku saksikan.

Abah...Insan ini adalah anak kelahiran Tanah Melayu kurnia ALLAH atas perkongsian hidup Abdul Jalal bin Mohd Said dan Siam binti Marjikun, dilahirkan pada Julai 1942 da diberi nama Hairuddin, merupakan anak keempat daripada tujuh adik beradik. Kisah perjalanan hidupnya menempuh kesukaran amat aku hayati, sejak kecil berkerja mengambil upah mengembala lembu dan kambing setelah pulang dari sekolah, tamat pada darjah tujuh dan mengambil keputusan berhenti belajar untuk berkerja menyokong kewangan keluarga. Yang paling sabar dalam segala hal berbanding abang-abangnya yang lain sehingga sanggup membanting tulang mengumpul dana untuk perkahwinan tiga adik-adiknya yang lain walaupun ketika itu dia belum berkahwin lagi. Mulianya hati Abah...

Abah, perih jerihmu membesarkan kami 6 beradik tidak pernah aku terbayang bagaimana suatu hari nanti untuk aku membalasnya, kala emak derita diambang ajal menanggung sengsara, kau setia di sisi menjadi sumber kekuatannya, aku hanya mampu terus menjalankan amanat yang kupikul, belajar menimba ilmu demi masa depan yang masih tak ku pasti. Saat emak pergi menghadap Rabbul Ghafur kau tampak tabah tanpa setitis pun airmata gugur, namun tuhan sahaja yang tahu betapa lebatnya hujan di hatimu yang luhur.

Kau merelakan kepergianku jauh dari sisi mu hanya kerana ingin melihat aku berjaya menggenggam segulung ijazah, namun raut wajahmu menggambarkan betapa jauh disudut hatimu tidak sanggup lagi berpisah. Namun tidak sempat aku buktikannya kau pergi juga menghadap Yang Maha Agung, luluh hancur jiwaku apabila satu-satu pancang yang mengukuh pasak kekuatanku kembali pada fitrah suratan yang tercoret pada lembar takdir. Ingin sahaja aku berundur dari sini tak menoleh lagi, tapi janji ALLAH itu pasti, yang patah akan tumbuh kembali dan yang hilang akan diganti dan kerana itu aku masih setia di sini. Abah, dengan izin-Nya akan kukotakan harapanmu.

Doa dan tahlil kupanjatkan agar kau tenang di Barzakh sana...Selamat Hari Bapa hanya untukmu Abah, aku mengerti hidup tak selalunya indah, langit pula tak selalu cerah, Ya Allah, kau berikanlah aku kesabaran jiwa, kurniakanlah aku ketabahan hati, hadiahkanlah aku keteguhan iman, supaya aku tak rapuh dipukul ribut amarah, tak luruh dihentam badai nafsu, tak runtuh di terjah musuh abadi. Jadikan ia penguat segala sendi untuk aku BERJALAN, penyuluh jalan supaya aku dapat MELIHAT, dan sebagai lantera yang menerang jiwa dan minda untuk aku MENTAFSIR....

Saturday, June 6, 2009

UPDATE 'sikit'

Bismillahirrahmanirrahim...
kalimah mulia pembuka bicara, mengubat hati luka, merawat jiwa lara.
Alhamdulillah... lafaz kesyukuran setinggi-tingginya buat Tuhan Semesta Alam, walau tak terzahir pada lisan, tetap bergema di ruang hati yang dalam. Selawat dan salam buat qudwah hasanah sepanjang zaman, Nabi Muhammad S.A.W, para Sahabat R.A, tabi'in, tabi' tabi'in. Doa kesejahteraan dipanjatkan buat para pejuang Islam yang sudah kembali kerahmatullah dan yang masih melata di bumi ALLAH ini.

Assalamu'alaikum W.B.T kawan-kawan, adik-adik Klang High School (KHS) moga anda semua dalam sihat-sihat sahaja dan terus bersemangat untuk mengejar cita dan cinta kerana ALLAH S.W.T. Minta maaf lama sudah tak update blog ni, rasa rindu pula nak berkongsi cerita. mana nak mula ya....



Peperiksaan akhir semester dah pun tamat lebih sebulan(06/05/09), alhamdulillah dipermudahkan ALLAH dalam menjawab setiap soalan yang diajukan. Beberapa hari kemudian(13/05/09), selepas teman-teman kampus pulang ke kampung halaman masing-masing, aku kembali ke semenanjung melepas rindu pada adik beradik, anak saudara dan teman-teman Soutul Mukminin KHS. Nampaknya anak saudara aku Muqry dah jatuh ranking setelah Mukhlis kelihatan lebih comel dan lebih mencuit hatiku. Tak lama di semenanjung, 3 hari sahaja tuan-tuan... (16/05/09)Pulang ke Labuan dengan semangat baru.


(18/05/09) Bermulalah internship trainingku di Aslam Niaga, Kingfisher. Disini banyak mengajarku ilmu perniagaan dan keusahawanan. Syarikat Aslam Niaga ini ditubuhkan atas dasar memenuhi keperluan umat Islam di seluruh Sabah, memandangkan kesukaran sebelum ini untuk memperoleh barangan yang benar-benar halal mengikut syarak. Syarikat Aslam Niaga ini dimiliki sepenuhnya oleh usahawan bumiputera yang mempunya kesedaran yang tinggi terhadap keperluan umat Islam di Sabah Khususnya. ia mula ditubuhkan pada tahun 2004.


Disamping itu dapat berkenal-kenalan dengan bro-bro yang sporting and friendly, Bro Nasirin, Bro KY, Bro Salman, Bro Umar, Bro Nizam, Bro Makbil, Bro Murtadha dan ramai lagi. setiap hari rasa terisi dengan mereka, Alhamdulillah aku dipertemukan dengan mereka. Sentiasa menasihati dan seringkali gurau-gurau manfaat...huhuhu.

Sampai di sini sahaja buat masa ini, sebarang pengalaman sepanjang internship training akan disimpulkan dalam posting 30/07/09 nanti. Aku akan terus BERJALAN di lorong kehidupan, MELIHAT dan belajar sebanyak-banyaknya serta MENTAFSIR dan mencerna untuk diimplementasikan demi kabajikan amal kerana-Nya.

Tuesday, April 21, 2009

FIRST TOUCHDOWN!!!

Assalamu'alaikum W.B.T buat semua pengunjung setia dan tak setia blog yang tak seberapa ini, bak kata sesetengah orang 'blog sampah'. Seinfiniti pujian dan kesyukuran aku panjatkan ke hadrat ALLAH S.W.T kerana limpahan kurnianya yang tak pernah putus kepada aku dengan naungan rahmat dan nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhamad S.A.W, para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in dan doa kesejahteraan buat pejuang-pejuang Islam yang melata di bumi ALLAH S.W.T ini.

Blog sampah?

Terpulanglah pada individu, persatuan, kerajaan mahupun dunia sekalipun yang mahui menganggap blog ini sebagai blog sampah, namun bagi aku, perkongsian dan diari elektronik ni aku abadikan selama mana ia diizinkan ALLAH S.W.T supaya ia menjadi pedoman dan pengajaran dalam kehidupan aku. hmm... ape kaitan dengan tajuk posting kali ni? tak ada kaitan pun, just melepaskan apa yang terpendam , terima kasih buat kawan-kawan yang memberi tunjuk ajar dan bimbingan ke arah menjadi mukmin sejati.

First touchdown yang aku maksudkan ialah aku dah selamat menjawab first paper untuk exam kali ni. Makroekonomi... nampak macam subjek senang jer, tapi bagi aku tak semudah masa di form six dulu. Alhamdulillah, berkat ilham Yang Esa aku dapat menjawab dengan baik. Yang aku tak percaya ialah aku menggunakan sepenuh masa tiga jam yang diperuntukkan, huh, tak pernah dalam sejarah kehidupan aku di kampus ini menggunakan sepenuh masa exam. kalau ada pun, just tidur ataupun mengelamun dalam dewan exam tu.

Next paper pula hari isnin depan, lama lagi.... tapi minggu depan ada tiga paper, mungkin agak berat bagi aku yang malas belajar ni, tapi mr. Huzays kat sebelah aku ni rajin giler menelaah buku Islamic Finance Institution and Markets yang tebal 324 muka tu.dan tak dilupakan mr. kamus teman setia dia, dia memang macam tu, kalau baca buku, benda yang jarang lekang dari dia semestinya kamus dwi-bahasa...Razif pulak ngah belek-belek majalah EPL, biasalah... si bijak razif ni memang minat EPL. Aku pulak sibuk menaip kat blog ni... rehat sekejap lepas menelaah subjek isu semasa.

"dah-dah la tu"

Hohoho, dia dah bunyi dah...ok lah setakat ni sajalah buat masa ni, malam ni posting lagi... sehingga bertemu kembali.

Wednesday, April 15, 2009

KENANGAN TERINDAH

Assalamu'alaikum W.B.T kepada semua pengunjung blog, syukur kehadrat ILLAHI kerana izinnya aku masih lagi kekal dalam nikmat iman dan Islam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W pembawa rahmat dan berkat serta syafaat. Hari ini aku tak berapa sihat sedikit, demam... so aku berehat di bilik sahaja sambil menelaah sikit-sikit untuk peperiksaan akan datang.

KENANGAN TERINDAH boleh dikatakan tema bagi majlis malam semalam, selasa (14/04/2009). setelah berpenat lelah memerah otak bagi menjawab soalan exam Islamic Finance Institutions and Markets dan Wealth Planning and Management, kami penuntut tahun 3 jurusan Kewangan Islam Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan mengadakan dinner merangkap majlis pertemuan dan perpisahan bersama pensyarah-pensyarah.

Nak diceritakan di sini, majlis yang berlangsung malam tadi bukanlah dirancang dengan begitu teliti namun tetap berjalan dengan jayanya. Memang gembira bila dapat bertemu, berkumpul dan bermesra dengan kawan-kawan yang benar-benar memahami kurang lebihnya kita dan menerima kita seadanya, terasa kehadiran masing-masing dihargai dan disenangi.

Majlis bermula pada jam 2030 di mana ketibaan para pensyarah bermula dengan Cik Raihana Firdaus Seah (pensyarah Basic Finance dan Islamic Finance Institutions and Markets aku), diikuti dengan En. Hanuddin Amin (pensyarah Financial Statement Analysis aku), En. Zulkifli Mohamad (pensyarah Usul Fiqh, Islamic Financial System dan Islamic Fund Management aku), dan En. Hazmi Dahlan (pensyarah Islamic Financial Economics, Takaful Muamalat, and Current Issues in Islamic Finance aku).

Diteruskan dengan bacaan doa pembuka majlis, kemudian ucapan 'malam terakhir' daripada mantan presiden Kelab Kewangan Islam saudara Mohd Hizami Mat Rozi a.k.a Mat Min/Ustat, dan juga ucapan dan amanat daripada pensyarah kepada kami. terima kasih setinggi-tinggi kepada para pensyarah, jasa baktimu akan tetap di hati...

lepas itu, apa lagi... makanlah, dah nama pun dinner, kalau tak makan, tak sah lah majlis tu. haaa..makan, tambah nasik, tambah lauk.... sate tu sorang amik 5 cucuk jer, jangan lebih... semua pon sama... hohoho, 5 cucuk jer? ok la tu, lauk lain pun sedap jugak, rendang daging, telur sambal, sayur dan macam-macam lagi, pencuci mulut? huh, memang marvelous, honey dew yang manis, betik yang menyelerakan dan fruit and jelly 'koktel' (hohoho tak reti eja yang inggeris punya)

Majlis diserikan dengan persembahan daripada kak Siti yang menyanyikan lagu Siti Nurhaliza, kemudian disambung dengan persembahan nasyid daripada krew HAHIHU. memang gempak lah, semua persembahan mendapat perhatian daripada kerusi dan meja serta bunga-bunga yang berada di pentas, kerana semua sibuk bergambar di sana sini dengan pelbagai pose ala-ala ayu dan handsome konon-konon.huhu...menyampah.

lepas dah seronok kerusi dan meja tonton persembahan, dan habis filem kamera digital mereka, sesi bergambar bersama pensyarah pun berlangsung, apa lagi reload lah filem baru dalam kamera digital mereka, hihihi... entah dari mana datang kamera sampai berbelas-belas kat tangan juru foto terjun malam tu. kesian Alhafiz...

masuk pula part sedih dan syahdu, sesi meminta maaf dikalangan warga HE-23 kewangan islam bersama pensyarah, memang syahdu beb, sampai menumpahkan air mata, terasa ikatan silaturahim yang kukuh antara semua, depan pensyarah semua tunjuk cool, pastu, hoh... masing-masing menangis, nasib baik la tak banjir dewan theatrett malam tu. En. Hazmi pula sampaikan ucapan khas yang memilukan kami, beliau tidak dapat bersama-sama di atas pentas untuk majlis konvokesyen kerana beliau berpindah ke unit Penataran Ilmu dan Bahasa.

Selepas pensyarah pulang, masing-masig gila, 'gila nak nyanyi', 'gila bergambar', 'gilakan kau' dan macam-macam lagi gila lah, tapi tang paling bagus ialah mereka-mereka yang 'penat gila mengemas'. hihihi...walaupun penat namun semua berpuas hati dan gembira... bak kata Ochie 'jagan disebut dahulu perpisahan'... sekian dahulu...bye.

p/s: sorry, gambar tak dapat upload, sebab belum collect daripada kawan-kawan, dah ada nanti insyaALLAH akan diupload secepat mungkin...

Monday, April 13, 2009

FINAL EXAM SEMESTER 6

FIRST WEEK

MONDAY
- 20/04/2009
- MACROECONOMICS
- 9AM - 12PM
- MAIN HALL


SECOND WEEK

MONDAY
- 27/04/2009
- PRINCIPLES OF MARKETING
- 9AM - 12PM
- MAIN HALL

WEDNESDAY
- 29/04/2009
- ISLAMIC FINANCIAL INSTITUTIONS AND MARKETS
- 2PM - 5PM
- THEATTRET HALL

THURSDAY
- 30/04/2009
- ISLAMIC FINANCE REGULATION AND GOVERNANCE
- 2PM - 5PM
- MAIN HALL


THIRD WEEK

MONDAY
- 04/05/2009
- ISLAMIC FINANCE CURRENT ISSUES
- 9AM - 12PM
- MAIN HALL

TUESDAY
- 05/05/2009
- WEALTH PLANNING AND MANAGEMENT
- 9AM - 12PM
- MAIN HALL

THURSDAY
- 07/05/2009
- SECURITY AND E-PAYMENT SYSTEM
- 9AM - 12PM
- MAIN HALL

FRIDAY
- 08/05/2009
- PRINCIPAL OF ACCOUNTING 2
- 9AM - 12PM
- MAIN HALL

p/s: jadual dah dibetulkan akhirnya, hahaha...ke mata aku yang silap?

Sunday, April 12, 2009

SETELAH SEKIAN LAMA MENYEPI

Assalamu'alaikum W.B.T kepada semua yang masih sudi melawat blog yang tak seberapa ni, lama sekali aku menyepi dan menepi dari melayani blog, terlalu banyak yang berlaku selama itu, dan tidak perlulah aku mencoretkannya di sini, biarkan sahaja ianya berlalu, semoga aku mengambil pengajaran daripadanya. Cuma baru-baru ini, aku banyak krisis dan aku kelihatan gagal menangani ujian ALLAH S.W.T yang aku rasakan berat ini.

Hampir seminggu aku berkurung di dalam bilik setelah isnin lepas menemani Farid buat follow up tempat internship, sehari itu aku rasakan panjang sekali dengan pelbagai ujian, minyak kereta habis di traffic light, sedut gas petrol, makan makanan banyak kolestrol, tup-tup malam tu segala macam rasa menjalar ke seluruh urat dan nadi, segenap saraf dan anggota, loya, pening, sakit dada dan macam-macam lagi lah.

"salam nuek, malam ni ade meeting untuk presentation IFIM jam 10 di DK Alpha, sediakan slide untuk part literature review dan methodology, malam ni kita combine".

lebih kuranglah mesejnya berbunyi begitu, siap sahaja aku menyiapkan slide powerpiont tu, aku pun duduk-duduk sahaja mengharapkan pening kepala ni dapat berkurangan, tapi lain pulak jadinya, aku meluru masuk ke dalam bilik air dan memuntahkan kesemua spagethi yang menjadi santapan makan malam kami serumah. lepas solat isyak aku terus tertidur. Jam 0130 aku terjaga, masih berat lagi kepala aku ni, pening...astaghfirullah... terlepas pulak meeting IFIM, gerenti menyumpah-nyumpah diorang semua.

Apasal pulak hidung aku tersumbat tengah-tengah malam ni?....

DARAH!!!...

Aku cuba bertenang, ke bilik air membersihkan sisa-sisa darah di muka, sikit dah masuk dalam mulut, nasib baik tak jadi dracula, ish...terbuat lawak pulak...

Tengok pula fon celcom aku, ada mesej...

"uit..orang tengah banyak masalah kat sini, hang sedap-sedap je duduk kat bilik tu"

Aku dah agak dah, tapi mesej tu sampai pada jam 2250, apa boleh buat, aku pun tak larat sangat nak bergerak, menggigil seluruh badan, dada pulak macam dipulas-pulas, selalu perut saja yang memulas, rupanya dada pun boleh memulas. bermulalah episod baru selepas itu...

Orang tak mahu faham masalah aku dan aku pulak tak mahu faham masalah orang, ego sungguh aku ni... ramai yang menegur, aku terus macam ni. Pemalas, pemarah, bongkak dan degil. nak ikutkan hati, balik rumah dan tak mahu lagi ke Labuan ni.

Sebenarnya aku ni dah tak minat nak teruskan blog ni, awal tahun hari tu bukan main lagi semangat hangat membara, sekarang semuanya dingin membeku macam lagu Ziana Zain. tiba-tiba pula rasa nak sambung balik blog.

"Sampaikan daripada ku walau satu ayat"

hadith sahih berkaitan kewajipan berdakwah bagi setiap muslimin mengingatkan aku. Ya, tak rugi berkongsi pengetahuan walaupun sikit, ALLAH S.W.T tak suruh kita jadi perfect dulu baru boleh berdakwah, asal ada ilmu, kita kongsikan. Macamlah kita menderma, menderma dengan ikhlas tandanya syukur, dan ALLAH S.W.T berjanji, kalau kita bersyukur, Dia akan tambahkan lagi nikmat-Nya pada kita.

dah dekat maghrib dah ni... aku nak bersiap... kepada kawan-kawan yang aku buat silap slah padanya secara langsung atau tak langsung, mohon kemaafan seluruhnya batin dan zahir, semoga kita sama-sama mendoakan kejayaan di dunia dan di akhirat.

p/s: 20hb April 2009, start final exam. semoga berjaya kalian semua...

Monday, February 2, 2009

BAGAI PENANTIAN YANG TAK BERMAKNA

Assalamu'alaikum semua, selamat bertemu kembali, hari ni Isnin jam 2035, aku rasa sangat bengang+bingung=bengong, bukan apa, aku naik fade up bila penantian aku selama beberapa bulan ni bagaikan tak bermakna, bukan sedikit yang aku laburkan, kini bagaikan aku yang menanggung padahnya.

Ogos 2008, bulan keramat yang aku menaruh sepenuh harapan untuk aku mencapai sebahagian daripada impian aku, kini Februari 2009, masih tiada jawapan yang pasti, tercapaikah atau terabaikah, atau mungkin aku yang tertipu, menaruh harapan yang tak kepastian.

Benarlah kata orang, "penantian terlalu lama menambahkan beban psikologi", atau mungkin aku ni ibarat "menanti bulan jatuh ke riba", atau mungkin juga pelaburan yang aku buat ibarat "tiada beban batu digalas". hal ni yang membuatkan aku bingung.

Kadang kala aku ni ibarat "anjing menyalak bukit", kata-kata rayuan langsung tak membawa erti, memang sakit hati, namun aku tetap bersabar, jangan sampai personaliti aku yang dulu kembali, cukup lama aku tahan dia dari muncul dan mengasai diri.

Ya Allah, kau berikanlah aku kesabaran jiwa, kurniakanlah aku ketabahan hati, hadiahkanlah aku keteguhan iman, supaya aku tak rapuh dipukul ribut amarah, tak luruh dihentam badai nafsu, tak runtuh di terjah musuh abadi. Jadikan ia penguat segala sendi untuk aku BERJALAN, penyuluh jalan supaya aku dapat MELIHAT, dan sebagai lantera yang menerang jiwa dan minda untuk aku MENTAFSIR....

Monday, January 19, 2009

AKU YANG MEMBOSANKAN - SIRI 3

ISNIN (19 Januari 2009)

Rasa lega selepas presentation sabtu lepas, tapi banyak lagi kerja tutorial dan assignment yang perlu di siapkan dan dihantar. malam tadi, sempat menjenguk beberapa blog sahabat yang banyak menceritakan penderitaan rakyat Palestin, kanak-kanak, wanita dan orang tua dibunuh sewenang-wenangnya oleh tentera zionis, pagi ini pula terima mesej yang menyatakan Mc Donald's dan Starbuck's Coffee akan menyumbangkan segala keuntungannya sepanjang minggu ini untuk tentera zionis, manakala filem terbaru Adam Sandler "Bedtime Stories" juga akan menyumbangkan keuntungannya kepada tentera israel laknatullah. (aku juga dah menonton filem tersebut, tapi aku download dari torrentz.com, hahaha, padan muka diorang)

Ketika rakyat Palestin menderita dan semakin ramai yang terkorban, aku di sini pula diuji oleh ALLAH yang Maha Pemberi dengan kesakitan diserang GOUT, sejak semalam aku rasakan keperitan yang amat, Ya ALLAH, aku redha dengan ujian-Mu. Apalah sangat sakitnya diserang gout ni berbanding penderitaan saudara seislam kita di Palestin, hari ini aku berehat sahaja di bilik, tak dapat menghadiri kuliah Perancangan dan Pengurusan Kekayaan, dan juga tutorial Makroekonomi dan tutorial Institusi dan Pasaran Kewangan Islam.

Rasanya itu sahaja setakat ini, hendak BERJALAN tapi tak cukup tenaga hanya mampu MELIHAT dari celahan jendela, namun tak lupa MENTAFSIR besarnya kurniaan Yang Esa...

Sunday, November 2, 2008

AKU YANG MEMBOSANKAN - SIRI 2

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan pada ALLAHS.W.T kerana masih memberi kesempatan untuk terus berada di dunia ini. erm... rasanya nak sambung balik cerita yang semalam tertangguh. sekarang jam di meja komputer aku menunjukkan jam 0319, aku masih lagi menonton cerita Heroes sejak semalam, sekarang dah masuk episod 5 dalam season ke-3, aku sangat tertarik dengan siri ini lebih dari siri2 cerita inggeris yang lain. It's totally different. Tapi betul ke benda bni yang sepatutnya aku buat di waktu ini? aku masih terus di depan monitor dengan jari masih rancak di papan kekunci...

28 Oktober (selasa):
Kaki aku baru sembuh dari kesakitan, mula berjaga2 dengan permakanan, mana la tau kes lama berlaku lagi. Fobia GOUT di minggu peperiksaan, dah lah dua subjek yang aku terlepas tu berada pada hari yang sama macam tahun sudah, Management Science(khamis) dan Usul Fiqh (jumaat). harap ALLAH permudahkan urusan...

29 Oktober (Rabu):
Hari ni special sikit, nak tahu kenapa? hari ni merupakan ulangtahun kelahiran huzairy yang ke 22. Sambutan? hmm...kureng sikit berbanding tahun yang lepas. rasanya tahun lepas jauh lebih happening, kalau nak tahu, tanya la dia sendiri... tahun ni birthday dia kami sambut di pantai, tapi ramai yang tak turut serta sebab balik rumah sempena cuti study week...

lepas maghrib, aku keluar ke bandar naik motor, just around 100km/j, bawak nidz jumpa dengan adik dia di hotel Grand Dorsett, lepas tu pergi utama jaya beli serbuk dadih untuk johan pula. malam ni aku masak pisang goreng, umph.. sedapnya...

30 Oktober (Khamis):
Hari ini ramai betul orang cari aku, nak print, nak pinjam motor...bukan aku tak sedar, cuma aku malas nak layan...nasib baik aku tak layan, kalau tak terpaksalah aku suruh hafiz balik sendiri dari terminal feri tu. hmm...kira ok lah tu, kadang2 aku penat jugak melayan semua ni...

Malam ni zai pinjam motor aku pergi bandar, nak withdraw duit katanya, it's ok... you are my buddy, and then sempat jugak aku telefon shahrizal wish birthday die, he also my buddy...

31 Oktober (jumaat):
Aku hampir terlepas Solat Jumaat, bangun jam 1230. Tidur lepas subuh punya pasal lah ni, apa nak jadi dengan aku... hari ni ape aku nak masak ye? tak payah masak lah, lepas solat jumaat aku terus balik ke teratak bujang, buat apa lagi, nak tengok siri Heroes la. baru je aku nak layan, jijoe datang nak print, pastu kamal pulak, it's ok... you're also my buddy...

Lepas maghrib merempit ke bandar dengan bob, pergi bank in duit. so aku pun pergi lah monegain sekali untuk beli telur dan sosej tak lupa jugak Oat yang abag aku pesan suruh makan setiap hari...

1 November (Sabtu):
Sepanjang hari duduk dalam rumah, menghabiskan sisa2 siri Heroes yang tak habis2. tengahari aku masak cucur bilis, Nidz kata aku memang pakar masak cucur, padahal aku rasa biasa je. entah apa yang special sangat pun aku tak tahu...

2 November (Ahad):
sekarang lah tu. Masa sekarang jam 0359, sekejap lagi nak tidur lah ni, tunggu episod terakhir siri Heroes yang dalam simpanan aku. mungkin pagi ni aku mula study for the final exam... mungkin lah... selamat pagi semua...assalamu'alaikum

p/s: mungkin siri AKU YANG MEMBOSANKAN ini tidak akan terbit buat beberapa ketika, tunggu sahaja yang akan datang, mungkin seminggu or dua minggu or tengoklah kerajinan aku yang tak berapa rajin ni...

Saturday, November 1, 2008

AKU YANG MEMBOSANKAN

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah aku masih di beri nyawa oleh ALLAH S.W.T. pada waktu ini dan masih lagi dipelihara dalam nikmat iman dan Islam, sekarang jam di meja komputer aku menunjukkan jam 2.06 minit, belum rasa mengantuk lagi, tak tahu kenapa. Dah lama tak buat sebarang posting, rasanya dah dekat 2 minggu sejak pilihanraya kampus hari tu. jadi tergerak pula hati nak berkongsi cerita sepanjang 'kehilangan diri' selama lebih kurang 9 hari ni...

21-23 Oktober(selasa-khamis):

aku baru sahaja berpisah dengan roommate aku, nampaknya dia dah tak sudi dudk dengan aku lagi. aku akui memang salah aku, busy body sangat. tapi aku dah anggap dia macam adik beradik aku sendiri, so sebagai adik beradik kita mestilah sharing. nampakya aku silap, bukan semua hal boleh sharing. huhuhu...apalah nasib...

Sepanjang minggu pilihanraya kampus, nampaknya macam tak ada sebarang bantuan yang aku hulurkan buat gerakan, cuma duduk dalam bilik, main game, layan nasyid, tapi aku rasa kesian juga pada adik2 dari tahun satu dan dua, kawan2 sebai'ah, dengan beberapa orang senior yang bertungkus lumus menjayakan usaha promosi dan kempen calon pro-M. tapi nampaknya aku masih sekadar melihat...

24 Oktober (jumaat):

Pilihanraya dah berlalu, nampaknya hampir seperti tahun sudah, cuma 3 calon pro-M sahaja yang berjaya dinobatkan sebagai MPP-Kal daripada 4 yang bertanding, harap2 mereka melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi, dan menjadi contoh kepada semua. dan aku pula masih lagi melihat...


"Hari ni ada kelas terakhir Usul Fiqh, En. Zul nak bagi tips exam katanya",

Aizuddin(Presiden Kelab Kewangan Islam-KAL) baru sahaja bagi tahu aku lepas solat jumaat tadi. "Alamak, kenapa tak bagi tahu tahun depan je?" minta maaf la, aku kalau mesej last2 minit ni aku memang tak gemar. so, aku ambil keputusan tak mahu ke kelas instead aku masih ada assignment yang perlu aku siapkan dan hantar petang tu juga. lagipun jam 4 nanti ada taklimat praktikum.

Lepas asar terus pergi bilik En. Zul, hantar assignment individu. kena cepat ni, nanti tak dapat tempat untuk taklimat pula... "Alamak, macam mana En. Zul boleh ada kat sini" so, aku pun tebalkan muka pergi menghadap dia.

"minta maaf En. Zul, pasal kelas tadi.."

"tak apa, kan awak dah pernah ambil dulu. So, baca sikit2 je la"

macam tak percaya apa yang keluar dari mulut En. Zul. ingatkan die nak marahkan aku. kelas Usul fiqh sahaja, aku da ebsent 5 kelas, belum campur kelas Islamic Fund Management, rasenye kelas IFM pun aku da ebsent 5 kelas. nak buat macam mana, aku ni memang pemalas tahap beruang kutub yang sedang hibernate...

Sampai je lif kat ground floor podium, aku terus ke dewan kuliah. nampaknya taklimat belum start lagi. jumpa la dengan kawan2 tahun 3 dan 4 yang nak ambil praktikum semester depan. ramai juga yang tanya, mana selama ni aku menghilang, hahaha, aku betapa di dalam bilik la.

"nuek, jangan lupa, ahad ni presentation Takaful Muamalat. Prepare tau"

aduh, present lagi, aku ingat dah habis da semuanya, it's ok, aku cuba la nanti. sempat juga bergurau dengan zami dan zairy. kadang2 rindu juga bila berhari2 tak nampak diorang berdua ni, kira diorang ni antara best fren aku la di KAL ni.

25 Oktober (sabtu):

Nothing special, just like others day before. prepare for tomorrow presentation?, no,no,no. aku lebih senang buat dengan spontan, walaupun secara dasarnya mesti hancur. tapi kenapa aku asyik melingkar atas katil je ni? la...patutla, dari malam semalam hujan tak berhenti-henti turun, suhu pun da macam kundasang...erm...sedapnya tidur...

26 Oktober (ahad):

"salam nuek, ko da bersiap belum? jam 8 kami nak gerak ni"

Jam 0815, ya ALLAH, lamanya aku terlelap, pada hal memang sengaja lelap lepas solat subuh. mandi lah. Masya ALLAH...air ni macam ais sejuknya, tak pe lah, aku pun dah lambat ni. silap Step!!! aku jirus kepala dahulu. macam kena renjatan elektrik spontan kepala aku macam tercabut rasanya...pening...macam kena migrain...

"zai, aku tak dapat datang..."

pagi ni aku tukarkan kerja presentation dengan kerja2 merawat PC aku yang dah 5 hari sewel, dengan berkat bantuan ALLAH mengutuskan Syukri datang, segalanya berjalan lancar, PC aku sembuh sepenuhnya...tapi dia hilang ingatan, sebab hard disk rosak...

Jam 1415, aku rasa masih sempat kalau aku pergi presentation, lagipun aku rasa kesian nak bebankan kawan2 kumpulan aku yang memang selama ni aku selalu susahkan diorang. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan segala urusan, presentation pun tak mengecewakan...

malam itu kami buat jamuan hari raya di rumah En. Hazmi, punyalah meriah, mana tak nya, 60 orang datang beraya sekali. bakar ayam, sosej, makan bihun, nasi himpit, rendang, sambal kacang, dan kuih raya...

"Nuek, jangan makan daging, nanti ko sakit lagi"

"Ala... kali ni je la"

terharu aku bila ramai kawan2 ingatkan aku tentang GOUT, huhuhu memang sakit, tapi aku ni pantang nampak daging, lagi2 rendang daging or daging masak merah, memang aku balun habis. malam tu aku tapau dalam 12 ketul kepak ayam untuk penghuni teratak bujang aku ni, memang laris. aku pula masih terbayang2 kesedapan rendang dagin yang aku bantai 2 pinggan tadi, dan kesannya...

27 Oktober (Isnin):

bangun for subuh, Aduh!!! nampanya dah start kesan sampingan. tak apa, yang penting solat dahulu. lepas solat, macam biasa, sambung tidur...

p/s: jam sekarang menunjukkan jam 0313, I think I'm just reached my limit, so nak pergi tidur, InsyaALLAH lain kali sambung lagi, selamat pagi semua...

Wednesday, October 1, 2008

Coretan Hati (Versi Aidilfitri)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Hari Raya Menjelang Lagi, Ibadah sebulan Ramadhan dibimbangi akan berkurangan bermula bulan ini, harap masih ada yang sudi membantu aku untuk koreksi diri. Di hari ini aku menyingkap kembali, kisah syahdu menyayat hati, di kala aku sedari, segala milik ILLAHI, tiada yang kekal abadi, sampai sudah hak mereka untuk pergi.

Emak, dulu kaulah tempat aku meluahkan segalanya, tatkala abah sibuk dengan tugas mencari nafkah untuk kami sekeluarga, tuhan sahaja yang tahu betapa aku rindu dibelaimu, baring di ribamu, bercanda riang bersamamu. Sihat ku membesar dalam jagaanmu, mengajarku patuh pada ALLAH yang satu, sentiasa bersopan dalam setiap laku, barwaspada dalam gerak dan kaku. Aku amat mencintaimu walau tak terzahir pada kata, tak terdengar pada suara, tak terungkap pada bicara. Setiap bait indah madah hikmahmu menjadi pasak kekuatanku, setiap tangisan yang mengalir di matamu meluluh puncak-puncak keegoanku, setiap gerak lembut kesantunanmu merawat parah jiwaku, dan setiap apa yang tuhan kurniakan padamu menjadi inspirasiku. Dikala ALLAH mengujimu dengan kesakitan, kau redha malah kau bersyukur betapa ALLAH memberikan tanda sayang-Nya kepadamu. Ajal tak mungkin dapat ku perlewatkan, kau pergi dalam kekecewaan kerana aku gagal mengkabulkan harapanmu untuk cemerlang dalam pelajaran, namun kata abah, kau tetap mandoakan kejayaanku di masa akan datang pada saat-saat hujung nyawamu. Terima Kasih Emak.

Abah, perih jerihmu membesarkan kami 6 beradik tidak pernah aku terbayang bagaimana suatu hari nanti untuk aku membalasnya, kala emak derita diambang ajal menanggung sengsara, kau setia di sisi menjadi sumber kekuatannya, aku hanya mampu terus menjalankan amanat yang kupikul, belajar menimba ilmu demi masa depan yang masih tak ku pasti. Saat emak pergi menghadap Rabbul Ghafur kau tampak tabah tanpa setitis pun airmata gugur, namun tuhan sahaja yang tahu betapa lebatnya hujan di hatimu yang luhur. Kau merelakan kepergianku jauh dari sisi mu hanya kerana ingin melihat aku berjaya menggenggam segulung ijazah, namun raut wajahmu menggambarkan betapa jauh disudut hatimu tidak sanggup lagi berpisah. Namun tidak sempat aku buktikannya kau pergi juga menghadap Yang Maha Agung, luluh hancur jiwaku apabila satu-satu pancang yang mengukuh pasak kekuatanku kembali pada fitrah mereka. Ingin sahaja aku berundur dari sini tak menoleh lagi, tapi janji ALLAH itu pasti, yang patah akan tumbuh kembali dan yang hilang akan diganti dan kerana itu aku masih setia di sini. Abah, dengan izin-Nya akan kukotakan harapanmu.

Aidilfitri kelima tanpa Emak dan Syawal kedua tanpa Abah, kini aku semakin sedar realiti tak seindah lakaran minda, sempurna hanya milik-Nya, aku hanya mampu berdoa agar roh Emak dan Abah sentiasa dalam peliharaan ALLAH, dilindungai lembayung rahmat dan mangfirah-Nya, diampuni segala dosa, dilepaskan dari azab kubur, diberatkan neraca amalan, dipermudahkan ke syurga, Ya ALLAH, perkenankan doaku ini, kerana aku amat mengasihi mereka.

Saturday, September 13, 2008

PAGI INI

Pagi yang hening, Shairazi menguak langsir bilikku,

“Abang, bangun sahur”.

“Hmm… baru jam 03:30, awal lagi”.

Aku terus melayan lena ku, hinggalah…

“Abang, abang dah sahur belum? Minum lah air dulu”.

“Hmm…ok, ok”.

Pagi ni aku bulatkan tekad untuk turun subuh berjemaah di masjid, dah hamper seminggu aku tak berjemaah subuh di sana. Apa-apa hal pun, mandi lah dulu. Terfikir nak melawat Huzairy sebelum berangkat ke masjid, kesian dia, baru nak tidur rupanya, sepanjang malam belajar sebagai persiapan menghadapi midterm bagi subjek Takaful Muamalat dan Operation Management, atau mungin sekali bertungkus lumus menyiapkan assignment yang bertimbun-timbun.

Usai sahaja solat subuh di masjid, ustaz menyampaikan kuliahnya. ‘Cinta Dunia dan Takutkan Mati’ tajuk yang agak common, namun perlu selalu diperingatkan supaya kita tidak terus leka dengan dunia.

Rasulullah SAW bersabda: “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan mengerumuni mereka bagai orang yang makan dengan rakus.”

Sahabat bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam lebih sedikit daripada kami?”

Sabda Rasulullah, “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka ibarat buih di laut.”

Sahabat bertanya lagi,“Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”

Rasulullah menjawab: kerana ALLAh telah mencabut ketakutan dari hati musuh-musuh Islam dan mereka ditimpa dua penyakit iaitu mereka ditimpa penyakit Al Wahan.”

Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu Al Wahan?”

Rasulullah bersabda, “Cinta dunia dan takut mati"

Selain itu ustaz juga menerangkan perihal syaitan yang akan merosakkan kita manusia daripada segenap arah, bisikan suara di telinga, perasaan sangsi dihati, kedangkalan fikiran pada akal dan nafsu dari perut.

“sesungguhnya syaitan itu bagi manusia merupakan musuh yang nyata”

Antara maksud sepotong ayat Quran yang disampaikan, mambuatkan aku berfikir sejenak hidup silamku, mengingatkan aku selama ini aku sering menuruti nafsu, mengiyakan bisikan syaitan… astaghfirullahal ‘azim….

Hmm… teruslah Berjalan, Melihat dan Mentafsir di sekolah kehidupan ini demi mencapai mardhatillah. Ibadah fardhiyyah diperkasakan, yang sunat diperbanyakkan, dakwah diteruskan, doa munajat dipanjatkan, redha Allah diharapkan…