Saturday, May 7, 2011

PEMBUNUH YANG BERMAHARAJALELA

Assalamu'alaikum W.B.T.  semua pengunjung blog usang. Apa khabar korang semua? ada baik? hopefully sume dalam keadaan yang terbaek!!!! Alhamdulillah sekali lagi Allah berikan kesempatan untuk berkongsi fikiran dan harap posting kali ini dapat menyedarkan kita, tak banyak kita ambil sedikit tapi ada baiknya kita kongsi-kongsikan dengan kawan-kawan... 
 
Dewasa ini banyak usaha dilakukan kerana kes pembunuhan semakin berleluasa, namun semua ikhtiar bagaikan sia-sia bahkan muncul lebih ramai pembunuh-pembunuh amatur tanpa segan silu cuba membunuh ahli keluarga, teman-teman, jiran tetangga, dan ummah seluruhnya... walaupun aku pernah tergolong dalam golongan pembunuh ni, namun aku cepat sedar dan aku seru semua pembaca ikutlah jejak aku!!! "Follow Me" waaaahhhh.... 
  
YA!!! pembunuh itu adalah perokok... PEROKOK... kenapa aku benci sangat dengan rokok ni? dah tentulah kerana menatang ni membahayakan kesihatan dan boleh membawa maut!!! dulu aku merokok sebab nak cuba-cuba... katenyer!!! and then ape yang aku dapat? tak ada yang baik pada rokok ni... kita cuma boleh dapat...
  • Barah paru-paru
  • Kelelahan akibat COAD dan emphysema
  • Sakit jantung iskaemia
  • Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases
  • Kanser pundi kencing
  • Air mani tidak normal
  • Lemah ingatan
  • Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan
  • Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung
  • Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil
  • Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat
Rasanya lebih baik sedut asap kereta, percuma lagi. hehe. Lagi? Tidak mahu membahayakan kesihatan orang lain. Merokok ni bukan sahaja membahayakan kesihatan diri tetapi juga orang sekeliling. Kerana itulah aku kata perokok ni pembunuh!!! Mak aku meninggal kerana barah paru-paru (Al-Fatihah), tapi yang peliknya mak aku tak pernah merokok!!! Jadi salah siapa? salah pembunuh la!!! bukan aku tak boleh terima Mak meninggal sebab da sampai ajal, tapi asbab tu buatkan aku benci sangat ngan perokok. Memang la depan mata wat dono je, dalam hati menyumpah seranah perlakuan mereka.



Kat sini aku nak pesan gak pada pembunuh-pembunuh yang diluar sana supaya berhentilah merokok dengan mencari aktiviti-aktiviti yang boleh mengurangkan keinginan untuk merokok seperti bersukan, kerap mandi dan beribadah, dan banyak lagi benda yang lebih berfaedah daripada membunuh!!! Bagi yang baru mula nak merokok, ingatlah korang bakal melakukan jenayah besar walaupun tiada hukuman di dunia, ingatlah.... ada yang akan menuntut di 'sana' kelak...

Ada orang kata mereka merokok kerana ingin mencuba (sama la macam aku dulu) maklumlah gelojak remaja dalam fasa perubahan hormon, sume nak cube, alasan takut kawan tak acknowledge jadi geng... KEPALA OTAK!!! mula dengan mencuba lama kelamaan jadi tabiat dan ketagihan yang sukar dikikis, lepas tu ada la fatwa baru mengatakan merokok untuk kurangkan stress dan yang lebih bodoh lagi merokok sebab nak nampak macho.... SEDIH!!!

JOM BERHENTI MEMBUNUH!!! tapi macam mana?
  • Berhenti terus jika nak berhenti. (aku sendiri yang buat)
  • Elakkan dari bergaul dengan perokok-perokok
  • Cuba kurangkan merokok. Kira letak target. cth 1batang sehari, 1 batang seminggu, 1 batang sebulan. 
  • Jumpa pakar. Rujuk doktor.
  • Amik Niquitine (supplement nikotin) atau rokok elektrik yang banyak dipasaran sekarang.
Akhir kata sekali lagi aku menyeru semua pembaca untuk kita amalkan cara hidup sihat dengan tidak merokok dan sebarkan demi dunia yang lebih indah, kalaupun bukan untuk kita rasa fikirlah untuk generasi selepas kita...

SEKIAN... Wassalamu'alaikum W.B.T

Thursday, May 5, 2011

MAAF : BERSANGKA BAIK

Assalamu'alaikum W.B.T.buat semua, Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerna berkat limpah rahmat-Nya kita masih lagi bernafas menghirup udara dan masih memberi kita kesempatan meneruskan pembelajaran di sekolah kehidupan ini....

MAAF; menurut Kamus Dewan Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, ia memberi maksud pembebasan dari sebarang tuntutan kesalahan dan lain-lain, selain itu ia juga memberi makna melepaskan seseorang dari hukuman atau denda atas kesalahan/kekeliruan. Maaf juga sinonim dengan ampun, maghfirah dan belas kasihan. Antara kata terbitan yang lahir daripada perkataan maaf ialah, pemaaf, memaafkan, permaafan, kemaafan, dan bermaaf-maafan.

Dah kita kenal makna maaf, sebenarnya posting kali ini aku hendak memohon kemaafan daripada sesiapa sahaja yang mengenali aku baik secara langsung mahupun tidak. sebagai manusia yang bersifat insani tidak terelak bagi aku melakukan kesalahan dan khilaf dalam kehidupan ini. Aku cuma watak biasa dalam pentas dunia yang beralih dari satu babak ke satu episod ke satu cerita ke satu kronologi ke satu ape-ape je lah. Ringkas cerita "Aku adalah Aku"...

Melafazkan perkataan maaf amatlah mudah seperti mengorek hidung, namun sejauh mana ia terbit dari lubuk hati yang paling dalam? cuma Allah sahaja yang tahu... kadangkala ada yang mengalirkan air mata demi mengharapkan sekelumit kemaafan, dengannya harapan pada simpati moga lapang rasa di hati, siapa yang tak berasa lega menerima kemaafan? mustahil tiada...

Aku memang begini, mudah melaku salah, mudah pula meminta maaf, "drama king"? terpulang pada pandangan masing-masing, aku cuba sehabis baik untuk BERSANGKA BAIK terhadap semua walau hakikatnya terbuku ragu di sudut kalbu. Kata arwah Abah, ragu itu dari syaitan, so lebih baik aku jauhi keraguan dan bersangka baik sesama manusia... tapi bak posting aku baru-baru ni lah, "buat baik berpada-pada", kalau da sampai hilang percaya, manakan datang sangka baiknya....

Ujian-demi ujian mengajar aku erti syukur, ujian tandanya Allah prihatin terhadap aku, Allah tak meninggalkan aku sendiri, dan BERSANGKA BAIK kepada Allah adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan kita. Tanpa sangka baik kepada Allah, wujudlah si kaya lari dari Allah, si miskin jauh dari Allah, yang sihat lupa pada Allah, yang sakit meninggalkan Allah (macam lirik lagu Ingatlah nyanyian Sakha)

Allah bersifat maha pengampun tertera pada nama-Nya "Ghaffur", sedangkan Allah Maha pengampun, siapa kita untuk tak mengampunkan? jadi sebelum lelap mata malam ini aku seru diri aku dan semua orang untuk memaafkan... supaya urusan akhirat kelak lebih mudah dan tak perlu menuntut segala, tapi kalau bab hutang tu, aku sarankan selesaikanlah sesegera mungkin...kerana hutanglah Rasulullah melantunkan perkataan "Celakalah" sebanyak tiga kali...

Apa-apapun, semoga kemaafan yang kita bentangkan menenangkan jiwa kita dan menjadikan tidur kita lebih lena, bila aku maafkan, kita maafkan, maka lebih ramai yang mendapat kemaafan... selamat malam...

Sekian dan sehingga bertemu kembali...

Sunday, May 1, 2011

KESEMPATAN 2

Assalamu'alaikumu sekali lagi buat teman-teman semoga sentiasa bahagia di samping keluarga yang dikasihi. Alhamdulillah masih lagi berKESEMPATAN membuat corat-coret di blog usang ini. masih lagi tercari-cari idea untuk kembangkan tajuk KESEMPATAN dalam posting sebelum ni... Ya Allah... curahkanlah ilham buat ku...

Dalam kehidupan ini memang banyak cabaran yang telah, sedang dan bakal kita harungi termasuklah cabaran dalam kerjaya, keluarga, percintaan, persahabatan, kewangan, dan macam-macam lagi. Dalam kita melalui halangan tersebut kita seringkali mengambil KESEMPATAN dan diambil KESEMPATAN, kenapa aku cakap macam tu? haaaa... nanti aku cerita... (padahal tak ada idea)
 
Sepanjang hayat aku, dah banyak KESEMPATAN yang aku ambil, kadangkala dengan cara yang betul kadangkala dengan cara yang salah, tapi semua itu kita pelajari dalam sekolah kehidupan yang luas, sentiasa memperbaiki diri adalah kunci kejayaan. KESEMPATAN tak selalu hadir, selalunya perlu kepada usaha kita sendiri, bak kata pepatah "Luck is when effort meet the opportunity" ermmm.... betul ke ape aku taip ni? kire lebih kurang macam tu lah...
 
Ada orang mengambil KESEMPATAN atas kelebihan mahupun kelemahan orang lain. Contoh pertama bila kita tengok orang lain ada kelebihan contohnya dari segi kewangan.... kita pun meminjam sampai tak hengat-hengat, sanggup mengadu dan merayu bagai, bila tak dapat ada juga yang mencebik dan mengutuk belakang...(aku pernah buat ni)... Contoh lain pula, kita lihat orang lain dalam kesempitan, so kita pun mula mengambil KESEMPATAN dengan menghulurkan bantuan yang tak berbelah bagi tak kiralah sama ada berbentuk material mahupun tenaga, kemudian disertakan dengan ungkapan "aku ikhlas" namun agenda di sebaliknya hanya dia dan DIA sahaja yang tahu... Bagi aku tidak perlulah mengungkapkan perkataan itu kerana Allah sahaja yang layak menilai ikhlas, bukankah "ikhlas itu ibarat semut hitam di atas batu hitam dalam malam yang gelap gelita" dan "ibarat tangan kanan menderma tangan kiri tak tahu apa-apa".... macam manalah kita tahu yang kita ikhlas? .... fikir dan renungkan semula... 
 
Dalam kehidupan juga banyak mengajar kita karenah diri kita sebagai manusia serta bagaimana perlunya KESEMPATAN yang ada perlu diimplementasikan dengan cara yang betul. Manusia punya cita, rasa, dan citarasa, namun adakah itu yang menjadi kuncinya? kata orang tua-tua, "ikut rasa binasa". Dalam perjalanan yang singkat ni kadangkala kita di atas terkadang di bawah kalau nak statik duduk la kat tengah diam-diam jangan kacau orang lain, mana boleh macam tu der! Buat baik berpada-pada, buat jahat sekali-sekala... hahaha, bak lagu mantera beradu "ramai saudaraku yang baik telah dipijak" siapa yang pijak!? mestilah oleh orang yang mengambil KESEMPATAN... 
 
Di dunia ni cuma manusia yang selalu mengambil KESEMPATAN, pulak tu selalu lupa pada yang memberi KESEMPATAN, tahu tak siapa!?.... tak tahu!? iskh.. iskh.. iskh... kronik... kronik... ALLAH Yang Maha Kuasa lah!!! Cuba kita fikir, manusia hidup macam mana? Setiap nafas yang terhirup adalah KESEMPATAN, setiap nafas yang terhela bersamanya pengharapan... pengharapan untuk apa? .....  untuk nafas yang seterusnya supaya ada lagi KESEMPATAN... Allah izinkan kita bernafas so, maknanya Allah bagi kita KESEMPATAN... tak percaya?.... tak percaya sudah!!! bak kata Bapak, "ADA AKU KESAH!!!" 

Di KESEMPATAN ini aku mohon maaf pada semua yang mengenali aku atas KESEMPATAN yang telah aku ambil daripada korang semua sama ada sengaja mahupun tidak, harap-harap aku boleh hidup lebih tenang dengan kemaafan korang. Di KESEMPATAN ini juga ingan aku nyatakan bahawa kotak idea aku sudah kering.... Argh.... malas la nak citer panjang-panjang, pandai-pandai korang la nak amik KESEMPATAN.... kepala otak aku da KESEMPITAN ni.... hahahaha...

SEKIAN... jumpa lagi dalam posting akan datang...