Wednesday, June 1, 2011

HARGAI MEREKA...

Assalamu'alaikum sekali lagi, Syukur pada Allah kita masih lagi diberi ruang dan peluang. Entah kenapa hari ini perasaan berbaur-baur, mungkin silibus pelajaran kehidupan hari ini amat menyentuh sudut hati seorang anak yatim piatu seperti aku ini. Aku rasa sangat hairan, pelik, dan tak faham dengan apa yang aku pelajari hari ini. Sepanjang hayatku aku sangat mahu menyayangi kedua-dua penjunjung namaku, namun Allah mahu mereka terlebih dahulu bertemu-Nya. Jasa agung tak pernah akan terbalas walaupun hidupku seribu tahun lagi.
KASIHNYA IBU MEMBAWA KE SYURGA,
KASIHNYA AYAH BERKORBAN NYAWA.
 
Tapi kenapa apa yang aku pelajari hari ini amat menghairankan? seorang insan bergelar anak tidak lagi menghiraukan bapanya, ada juga anak yang tidak mengasihi ibunya, di manakah letaknya ibu dan bapa pada hati anak-anak ini? mereka diketepikan malah ada yang melayan ibu bapa seperti binatang, dimaki dan diherdik. Rendahya darjat insan agung ini diletakkan. Wujudkah kita di dunia ini tanpa mereka berdua? Siapalah kita untuk melakukan sedemikian rupa pada 'asbab' lahirnya kita di dunia.

Betapa suatu masa mereka bersengkang mata, berkorban masa, tenaga dan wang segala semata-mata untuk membesarkan zuriat amanah yang ditanggungnya supaya menjadi insan yang berjaya  atau sekurang-kurangnya menjadi 'manusia', namun ramai yang bila meningkat remaja dan dewasa hanya berkulitkan 'manusia' tapi berhatikan 'binatang'. Astaghfirullahal'azim...Na'uzubillahiminzalik...

Manusia bersifat dengan sifat insani, tidak akan lari dari melakukan khilaf, namun wajarkah kita sebagai anak menjadikan kekhilafan itu sebagai tembok tebal merentang sempadan ikatan yang tidak mungkin akan putus berbanding jasa yang tak terbanding. Lupakah mereka keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa? Pernahkah mereka terfikir betapa pedihnya hati yang semakin tua itu diperlakukan tidak seperti yang sepatutnya? Kejamnya...

sambung kemudian....

No comments: