Saturday, April 30, 2011

KESEMPATAN

Assalamu'alaikum, W.B.T. buat semua, nampaknya dah lama sangat blog ni tak meng'update'kan diri, Alhamdulillah Allah masih beri nikmat Iman dan Islam serta segala nikmat kurniaan-Nya yang amat melimpah ruah buat aku, dia, dan kita semua hamba-Nya. Juga Alhamdulillah Allah masih beri KESEMPATAN buat aku menambah corat-coret di blog usang ni.

Kehidupan selepas dunia Universiti amat mencabar, sama ada mental mahupun emosi, jasmani mahupun rohani... Kerja? ramai yang bertanya... biarlah... mereka hanya mahu tahu... selepas itu, tiada yang mahu mengambil tahu. da lama tak menaip ni, jadi kekok bila nak menaip panjang-panjang, selalunya cuma palitan di 'muka buku' sekadar berbasa-basi dengan bahasa-bahasa yang dah basi sementara ada KESEMPATAN.

Lepas konvo bln 10 tahun lepas, banyak juga aku apply kerja di bank-bank, apa boleh buat, belum sampai rezeki kerja buat aku, menganggur dan memasak untuk adik tersayang adalah aktiviti paling menarik buat aku pada masa itu, bila lagi nak dapat KESEMPATAN macam tu betul tak? jadi bakti pada adik tersayang amat menyenangkan hati aku dan hati dia.

KESEMPATAN ber'reunion' bersama kawan-kawan sekolah STK amat aku nanti-nantikan, al-maklumlah cuma aku satu-satunya yang menempel di form 6 menghabiskan sisa persekolahan (padahal tak dapat masuk U) namun aku gembira dapat mencurahkan bakti buat sekolahku yang amat aku cintai. Reunion kali ni paling best sebab semua hadir erm... kecuali Hafiz, thanks to Adib, Khalid, Efdal, Fairus, Syafiq, Yee Guan (shahrul), best sangat-sangat, thanks too to bini Syafiq dan bini Fairus.

25/11 mula kursus MCMF kat PJ, dengan penuh kesungguhan aku ikut kursus tu, sampai habis juga la, walaupun macam-macam hal berlaku, KESEMPATAN yang ada aku pun mencurahkan sepenuh jiwa untuk kursus tu...hahaha, penuh la sangat... ulang-alik naik motor amat memenatkan, keluar sebelum adik aku pergi kerja, balik selepas adik aku balik kerja...kira OK la tu...

10/1 mula kerja di SCICOM dibawah projek AIRASIA...wow, nama yang gah!!! KESEMPATAN emas yang amat dinanti-nantikan... tapi... kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di selangi ribut petir di tengahari... hohoho... salah siapa, salahkah kita, salahkah aku atau kamu, siapa mengandung, siapa mengendong, siapa mengandung yang di kendong... WEI!!! jangan nk melalut... tetibe masuk lagu Fabolous Cats ni ape hal...?

28/1 Aku merasa bahagia, KESEMPATAN yang hanya datang sekali takkan ku persiakan lagi, bersama harapan yang hadir biarlah hingga ke akhir hayat, sehingga hembusan nafas yang terakhir, sehingga nadi tak berdenyut lagi, sehingga otak gagal berfungsi, sampai jantung tak berdetak... selama itu pun aku mampu untuk menyanjung mu... da mula la nak nyanyi lagu kenangan terindah... abaikan...

10/3 Secara rasminya aku kembali menjadi penganggur atas nasihat doktor... hahaha... blood pressure 175/141 pulse 101, glucose 16, cholesterol 7.5... terbaek!!!! sampai nak terpengsan gak la kat tempat kerja... thanks to Bapak kerana banyak membantu dalam proses urusan klinik dan hospital dari dahulu sehinmgga kini. Alhamdulillah juga masih Allah beri KESEMPATAN untuk hidup...

15/4 Percutian singkat anak-anakglam bersama Bapak ke Port Dickson, persediaan dan persiapan rapi dan teliti Bapak menjadikan percutian kali ini amat menarik dan menyeronokkan. Berendam dalam air laut dari jam 10 sampailah Zohor... kecut segala otot... makan pulak punyalah sedap Bapak masak semuanya, tak perlu makan kat kedai, budget klu nasi goreng ayam + air bandung mau RM6, tapi bila Bapak masak cuma RM1 per orang.

22/4 Pagi Jumaat yang hening menjadi saksi keluarga Hairuddin menerima ahli baru dengan kehadiran Muhammad Faris bin Khairul Adhar yang sangat comel kemunculan yang dinanti-nantikan Deha dan Kak Sara selama lebih kurang 38 minggu akhirnya selamat menjengah dunia di Hospital PUSRAWI Jalan Ipoh Kuala Lumpur... Happy Birthday Muhammad!!! Nanti dah besar sikit, Uncle bawak Muhammad jalan-jalan naik motor keliling kampung kalau ada KESEMPATAN...

Haiyya... Manyak mutut saya sulah kasi celita... Manyak pinat saya punya jali-jemali... lain KESEMPATAN balu saya kasi celita sama lu olang semua lor... (padahal masih banyak nak bercerita perihal KESEMPATAN, tak apalah, tunggu saja KESEMPATAN (2) akan datang....

SEKIAN.....Assalamu'alaikum

Thursday, October 14, 2010

MENGONVOKAN DIRI

Assalamu'alaikum W.B.T.

Alhamdulillah atas kurnia-Nya, masih ada sisa umur untuk aku memperbaiki dan menambah serba sedikit kekurangan dalam diri. Alhamdulillah juga kerana aku masih lagi diberikan nikmat Iman dan Islam meskipun terkadang godaan nafsu dan syaitan amat menggoyahkan keduanya namun aku cuba juga menggagahkan diri untuk berjihad. Semoga Allah senantiasa memberikan kekuatan kepada ku untuk terus bermujahadah memperbaiki diri...Insyaallah...Amin...

03.10.2010

Ijtima' Sekretariat Masjid Al-Hikmah telah berlangsung, saf kepimpinan bertukar ganti, perjuangan lama diteruskan, idea baru diraikan, nasihat mantan dijadikan panduan dan pedoman. itulah yang berlangsung pada tarikh di atas. tak lupa juga ia merupakan tarikh lahir anak saudara aku yang bernama Nur Farhana 'Aqilah binti Mohd Jaafar.

07.10.2010

Tarikh kat atas ni merupakan ulangtahun aku yang ke-24 mengikut kalendar miladiah, tahun ni lebih mudah, hanya menerima dan membalas ucapan "selamat hari tua" dari facebook dan sms sahaja, tiada sebarang sambutan. eloklah kerana aku semakit ingat usia yang tersisa ni entah bila akan berakhir...


11.10.2010

Tarikh yang kat atas ni pula merupakan tarikh aku mengonvokan diri, walaupun aku dah lama hilang semangat belajar sejak sebelum memasuki tahun ke-2 lagi namun Syukur Alhamdulillah, berkat limpah kurnia ALLAH S.W.T yang mendampingkan sisiku sahabat-sahabat yang sentiasa menumpangkan bahu-bahu mereka sepaya aku kekal berdiri. Terima kasih sahabat... jasamu ku kenang selalu, semoga ALLAH S.W.T. melimpahkan rahmat kurnia, nikmat usia, rezeki murah sentiasa kepada antum semua...




Saturday, September 11, 2010

RINDU DI AIDILFITRI


RINDU YANG MENCENGKAM DI HATI
MENAMBAH PILU DI SANUBARI INI
KENANGAN LAMA MENJELMA KEMBALI

BAHAGIA TERASA
KETIKA KAU BERADA DI SISI OH IBU AYAH
KINI KU HANYA TINGGAL SENDIRIAN

BARU KINI KU SEDARI
SEGALA MILIK ILLAHI
TIADA YANG KEKAL ABADI
HANYA DOA DARIKU
MOGA ROHMU DIRAHMATI

HARI RAYA PASTIKAN TIBA
WALAU KAU TIADA
KU HARUNGI JUA HIDUP INI
BERBEKALKAN KETABAHAN

HARI RAYA TANPA AYAHANDA
TANPA IBUNDA TANPA KELUARGA
TAPI KU MASIH BERSYUKUR PADA YANG ESA

KU SERAH PADA ILLAHI
MOGA KEHILANGAN INI
DAPAT KU PASRAHKAN HATI
PADA MU OH TUHANKU
AGAR KU MENJADI REDHA

Assalamu'alaikum W.B.T semua, Salam Lebaran Aidilfitri 1431 Hijrah, semoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat kemenangan. Kemenangan apa pulak? Dah tentulah kemenangan sepanjang proses kita menuntut di Madrasah Ramadhan.

Macam mana dengan sambutan Aidilfitri korang semua tahun ni? meriah? hambar? biasa-biasa sahaja? luarbiasa? Apa-apa pun Alhamdulillah kita masih lagi diberikan nikmat usia yang pastinya kita akan gunakan untuk menambah amal soleh serta menampung kembali kelompangan kita sepanjang umur yang telah kita lalui. Buat yang telah kembali ke Rahmatullah, doakanlah mereka supaya kekal sejahtera di alam barzakh sana.

Sejak beberapa tahun ini, lagu Rindu Di Aidilfitri di atas menjadi lagu tema Aidilfitri buat aku, terutamanya apabila beraya di perantauan (perantauan la sangat...) namun apabila beraya di kampung seperti yang kali ini, hanya sebahagian liriknya sahaja yang bertepatan, kerana di kampung walaupun tiada Emak dan Abah, tetap ada Kak Hairiyana(yan)+Abg. Jaafar+anak-anaknya, Abg. Nizam(awu)+Kak Sarah Dila+anak-anaknya, Abg. Adhar(deha)+Kak Sarah Hanim, adik, sanak saudara dan jiran tetangga.

Raya pertama kali ini penuh kesyahduan dan kesunyian...sebab abang dan kakak semua balik kampung mertua. Penat mengemas punya pasal, seharian hanya terperuk di rumah. Menjelang malam barulah pergi berkunjung ke rumah jiran tetangga.

Raya ke-2 & 3 merupakan hari berhimpun anak cucu keluarga Allahyarham Hj. Kusin (Bapa Allahyarhamah Emak). Hari ini seperti biasa kami berhimpun di rumah Hj. Shafie (Wak Pi'e) Anak lelaki sulung dari keluarga Allahyarham Hj. Kusin sebelum konvoi ke rumah ahli keluarga yang lain. Tahlil dan doa dipanjatkan buat ahli keluarga besar kami yang telah mendahului kami bertemu Allah. Semoga roh mereka dicucuri Rahmat dan kesejahteraan di Barzakh seterusnya Akhirat dan akhirnya mesuk ke dalam Jannah Allah dengan Rahmat-Nya.

Begitulah meriahnya, walaupun di sudut hati ada yang kelam dan sedih, namun rindu pasti terubat bila bersama-sama berkumpul, lebih-lebih lagi bersama makcik-pakcik yang amat memahami hati kami anak yatim piatu kerana mereka juga anak yatim piatu.

Sekali lagi berkat kesempatan ini, Hari baik bulan baik, aku; Khairulanwar Bin Hairuddin a.k.a Nuek menyusun jemari memberi dan memohon kemaafan sepenuhnya, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, batin dan zahir, daripada sesiapa sahaja yang mengenali diri yang serba kekurangan ini. Kiranya aku ada hutang dengan sesiapa, katakanlah dan akan aku segera melunaskannya.

sekian...
Selamat Hari Raya, Maaf Batin dan Zahir
Minal Aidil wal Faizin
Kullu Amin wa Antum bi Khair




Tuesday, September 7, 2010

KHABAR SALAM...

Assalamu'alaikum W.B.T.

Alhamdulillah atas kurnia-Nya, masih ada sisa umur untuk aku memperbaiki dan menambah serba sedikit kekurangan dalam diri. Alhamdulillah juga kerana aku masih lagi diberikan nikmat Iman dan Islam meskipun terkadang godaan nafsu dan syaitan amat menggoyahkan keduanya namun aku cuba juga menggagahkan diri untuk berjihad. Semoga Allah senantiasa memberikan kekuatan kepada ku untuk terus bermujahadah memperbaiki diri...Insyaallah...Amin...

Sambungan posting LAMA SUDAH...

Terima kasih atas respon nasihat dan kritikan, dan juga pertanyaan khabar daripada sahabat, kawan, rakan, taulan dan tak lupa junior Aspura SMKTK yang amat aku sayangi dan cintai kerana Allah. Jadi dalam posting kali ni nak sambung la cerita supaya tiada yang tertanya-tanya jauh sekali dari sangkaan yang menyatakan aku ni sombong.

Kembali ke UMS-KAL...

Selepas selesai kenduri kahwin Bro. Deha, aku kembali ke UMS-KAL untuk menyelesaikan masalah akademik yang aku hadapi, yang mana ia mampu menghalangi aku daripada bergraduat pada konvokesyen yang akan datang. Terima kasih buat insan-insan yang banyak membantu; Bob, Farid, dan Abdillah terutamanya. Tidak lupa buat Prof. Dr. Sharif Omang yang menggunakan kuasa 'veto'nya untuk aku dapat menduduki Peperiksaan Ulangan Khas bagi subjek IZ00207-Keselamatan dan Pembayaran Sistem E-Dagang. Alhamdulillah LULUS...

Kondisi kesihatan...

Alhamdulillah secara zahirnya aku sihat, kadang kala sahaja datang darah tinggi dan migrain. Alhamdulillah sejak betis aku dibekam oleh Rahman sehinggan kini aku tak lagi di serang Gout.
Secara batinnya pula, susah nak kata, maklumlah aku ni berhati lembut, mudah terasa, mudah terluka, tapi aku cuba juga untuk sentiasa merawat hati, semoga Allah mencurahkan rahmatnya kepada aku agar bersih hatiku.

Sekarang...

Alhamdulillah aku dah kembali ke rumah, diberi kesempatan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan bersama keluarga. Aku amat merindui Ramadhan bersama Emak dan Abah namun hakikat kehidupan, setiap yang bernyawa pasti akan mati, kita tak berhak menghalang kerana semua itu milik mutlak Allah S.W.T. Lebaran kali ini merupakan lebaran ke-7 tanpa Emak dan ke-4 tanpa Abah. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas roh mereka berdua dan mengasihani mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil lagi...Amin...

Di Kesempatan Ini...

Aku memohon kemaafan yang sebanyak-banyaknya daripada keluarga, sahabat handai SKSB, SMKTK dan UMS-KAL, adik-adik junior SMKTK dan UMS-KAL atas keterlanjuran sikap dan perilaku yang tidak menyenangkan, kata-kata yang menyakitkan hati, teguran yang tidak berhikmah, juga minta dihalalkan makan dan minum, terambil barang tanpa izin dan tanpa redha, moga kalian sentiasa mendapat naungan rahmat dan maghfirah dari Allah S.W.T

Selamat menjalani ibadah Ramadhan...
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri...
Selamat semuanya...

Salam santun layangan kalbu,
membawa kata hati nan syahdu;
pohonan ampun maaf beribu,
moga cinta bersulam rindu...




p/s: jemputlah bertandang ke rumah sempena hari raya nanti, kerana aku ada sebulan cuti...

Wednesday, August 18, 2010

KELEBIHAN PUASA DARI SUDUT SAINS

Beberapa hari lepas isu hangat di Facebook mengenai seorang anak Melayu yang menghina puasa di status Facebook beliau serta mendapat sokongan kawan-kawannya yang kononnya moden sangat. Kesian pada budak ni mungkin dia kurang diberi didikan awal agama oleh ibu bapanya yang kaya harta dunia tetapi terlupa nak hantar anaknya belajar agama.

PUASA memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa, dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat dan sel dalam tubuh boleh berkumpul untuk bertahan. Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta untuk memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh kerana manusia mempunyai kemampuan terapi secara semulajadi.

Puasa dapat membuat kulit menjadi segar, sihat, lembut, dan berseri. Kerana setiap saat tubuh mengalami metabolisme tenaga, iaitu peristiwa perubahan dari energi yang terkandung dalam zat gizi menjadi tenaga potensi dalam tubuh. Sisanya akan disimpan di dalam tubuh, sel ginjal, sel kulit dan kelopak mata serta dalam bentuk lemak dan glikogen.

Beberapa cendekiawan telah melakukan beberapa ujian tentang puasa diantaranya secara ringkas dibawah ini:

1. Allan Cott, M.D.,Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah buku Why Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain: 
a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
b. To look and feel younger (merasa lebih muda).
c. To clean out the body (membersihkan badan)
d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak.
e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
f. To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).
g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).
j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).
ebook fast 
Antara buku tulisan Allan Cott, M.D berkaitan puasa.

2. Dr. Yuri Nikolayev
Pengarah bahagian diet di Moscow menilai kemampuan untuk berpuasa yang mengakibatkan orang yang menjalaninya boleh menjadi awet muda, sebagai suatu penemuan (ilmu) terbesar abad ini. Beliau mengatakan: what do you think is the most important discovery in our time? The radioactive watches? Exocet bombs? In my opinion the bigest discovery of our time is the ability to make onself younger phisically, mentally and spiritually through rational fasting. (Menurut pendapat anda, apakah penemuan terpenting pada abad ini? Jam radioaktif? Bom exoset? Menurut pendapat saya, penemuan terbesar dalam abad ini ialah kemampuan seseorang membuat dirinya tetap awet muda secara fizikal, mental, dan spiritual, melalui puasa yang rasional).

3. Alvenia M. FultonDirektor Lembaga Makanan Sihat “Fultonia” di Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi. Puasa menghasilkan kelembutan pesona dan daya pikat. Puasa menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh (fasting is the ladies best beautifier, it brings grace charm and poice, it normalizes female functions and reshapes the body contour).

4. Muzam MG, Ali M.N dan HusainBerpendapat bahawa puasa juga selamat untuk pesakit yang mempunyai gangguan ulser. Penelitian dilakukan oleh Muzam MG, Ali M.N dan Husain dalam tindakan terhadap kesan puasa ramadhan terhadap sakit perut.

5. Elson M. Haas M.D.
Direktor Medical Centre of Marin (sejak 1984) mengatakan dalam puasa merupakan bahagian dari trilogy nutrision, balancing, building( toning). Elson percaya bahwa puasa adalah bahagian yang hilang “missing link” dalam diet di dunia barat. Kebanyakan orang di barat over eating atau terlalu banyak makan, makan dengan protein yang berlebihan dan lemak yang berlebihan. Sehingga ia menyarankan agar orang lain mulai mengatur makanannya agar lebih seimbang dan mulai berpuasa, kerana puasa bermanfaat sebagai: purifikasi, peremajaan, istirahat pada organ pencernaan, anti aging, mengurangi alergi, mengurangi berat badan, mengawal mental dan emosi, perubahan kebiasaan dari kebiasaan makan yang buruk menjadi lebih seimbang dan lebih terkawall, meningkatkan daya tahan tubuh.

Puasa dapat mengubati penyakit seperti Influeza, bronkitis, diare, konstipasi, alergi makanan, asma, aterosklerosis, penyakit jantung koroner, hipertensi, diabetes, obesitas, kanker, epilepsi, sakit pada punggung, sakit mental, angina pectoris (sakit dada kerana jantung), panas dan insomnia.

6. Dr Sabah al-Baqir dan kawan-kawan
Mengatakan bahawa puasa dapat mengurangi jumlah hormon melawan stress. Dia bersama kumpulan dari Falkuti kedoktoran Universiti King Saud yang melakukan studi terhadap hormon prolaktin, insulin dan kortisol, pada tujuh orang laki-laki yang berpuasa sebagai sampel. Hasilnya bahawa tidak ada perubahan signifikan pada level kortisol. Prolaktin, dan insulin. Ini menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan bukanlah pekerjaan yang memberatkan, dan tidak mengakibatkan tekanan mental maupun saraf.

7. Dr Riyadh Sulaiman dan kawan-kawan Tahun 1990 dari RS Universiti King Khalid, Riyadh Saudi melakukan penelitian terhadap pengaruh puasa Ramadhan terhadap 47 penderita diabetes tahap kedua (pesakit yang tidak tergantung insulin). Dan sejumlah orang sihat. Hasil penelitian menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan tidak menimbulkan penurunan berat badan yang signifikan. Tidak ada pengaruh apapun yang bererti pada kawalan penyakit diabetes diabetes dikalangan penderita ini. Sejauh ini puasa Ramadhan selamat sahaja bagi penderita diabetes sejauh dilakukan dengan kesedaran dan kawalan makanan serta ubat-ubatan.

8. Dr. Muhammad Munib dan kawan-kawan dari Turki juga melakukan sebuah kajiselidik terhadap seratus responden muslim, Sampel darah mereka diambil sebelum dan diakhir bulan ramadhan, untuk dilakukan analisis dan pengukuran terhadap kandungan protein, total lemak (total lipid), lemak fosfat, asam lemak bebas, kolesterol, albumin, globulin, gula darah, tryglycerol, dan unsur-unsur pembentuk darah lainnya, dan didapat, antara lain bahwa terjadi penurunan umum pada kadar gula (glukosa) dan tryacyglicerol orang yang berpuasa, terjadinya penurunan parsial dan ringan pada berat badan, tidak terlihat adanya aseton dalam urin, baik dalam awal maupun akhir puasa, sebab sebelum puasa ramadhan, kenyataan ini menegaskan tidak adanya pembentukan zat-zat keton yang berbahaya bagi tubuh selama bulan puasa islam, Dengan keutamaan puasa, glikogen dalam tubuh mengalami peremajaan, memompa gerakan lemak yang tersimpan, sehingga menghasilkan energi yang lebih meningkat.

Sejak zaman dulu puasa dipakai sebagai pengubatan yang terbaik seperti kata Plato bahwa puasa adalah untuk mengubati sakit fizikal dan mental. Philippus Paracelsus mengatakan bahwa “Fasting is the greatest remedy the physician within!”

Puasa sudah diakui menjadi penyembuh terhebat dalam menangani penyakit, bahkan di Amerika ada pusat puasa yang diberi nama “Fasting Center International, Inc”, Director Dennis Paulson yang berdiri sudah sejak 35 tahun yang lalu, dengan pesakit dari 220 negara. Yang mencadangkan Puasa dalam:
(1) program penurunan berat badan,
(2) mengeluarkan toxin tubuh,
(3) puasa dapat memperbaiki energy, kesehatan mental, kesehatan fisik dan yang paling terpenting meningkatkan kualiti hidup.

credit to http://www.isuhangat.net/