Sunday, April 12, 2009

SETELAH SEKIAN LAMA MENYEPI

Assalamu'alaikum W.B.T kepada semua yang masih sudi melawat blog yang tak seberapa ni, lama sekali aku menyepi dan menepi dari melayani blog, terlalu banyak yang berlaku selama itu, dan tidak perlulah aku mencoretkannya di sini, biarkan sahaja ianya berlalu, semoga aku mengambil pengajaran daripadanya. Cuma baru-baru ini, aku banyak krisis dan aku kelihatan gagal menangani ujian ALLAH S.W.T yang aku rasakan berat ini.

Hampir seminggu aku berkurung di dalam bilik setelah isnin lepas menemani Farid buat follow up tempat internship, sehari itu aku rasakan panjang sekali dengan pelbagai ujian, minyak kereta habis di traffic light, sedut gas petrol, makan makanan banyak kolestrol, tup-tup malam tu segala macam rasa menjalar ke seluruh urat dan nadi, segenap saraf dan anggota, loya, pening, sakit dada dan macam-macam lagi lah.

"salam nuek, malam ni ade meeting untuk presentation IFIM jam 10 di DK Alpha, sediakan slide untuk part literature review dan methodology, malam ni kita combine".

lebih kuranglah mesejnya berbunyi begitu, siap sahaja aku menyiapkan slide powerpiont tu, aku pun duduk-duduk sahaja mengharapkan pening kepala ni dapat berkurangan, tapi lain pulak jadinya, aku meluru masuk ke dalam bilik air dan memuntahkan kesemua spagethi yang menjadi santapan makan malam kami serumah. lepas solat isyak aku terus tertidur. Jam 0130 aku terjaga, masih berat lagi kepala aku ni, pening...astaghfirullah... terlepas pulak meeting IFIM, gerenti menyumpah-nyumpah diorang semua.

Apasal pulak hidung aku tersumbat tengah-tengah malam ni?....

DARAH!!!...

Aku cuba bertenang, ke bilik air membersihkan sisa-sisa darah di muka, sikit dah masuk dalam mulut, nasib baik tak jadi dracula, ish...terbuat lawak pulak...

Tengok pula fon celcom aku, ada mesej...

"uit..orang tengah banyak masalah kat sini, hang sedap-sedap je duduk kat bilik tu"

Aku dah agak dah, tapi mesej tu sampai pada jam 2250, apa boleh buat, aku pun tak larat sangat nak bergerak, menggigil seluruh badan, dada pulak macam dipulas-pulas, selalu perut saja yang memulas, rupanya dada pun boleh memulas. bermulalah episod baru selepas itu...

Orang tak mahu faham masalah aku dan aku pulak tak mahu faham masalah orang, ego sungguh aku ni... ramai yang menegur, aku terus macam ni. Pemalas, pemarah, bongkak dan degil. nak ikutkan hati, balik rumah dan tak mahu lagi ke Labuan ni.

Sebenarnya aku ni dah tak minat nak teruskan blog ni, awal tahun hari tu bukan main lagi semangat hangat membara, sekarang semuanya dingin membeku macam lagu Ziana Zain. tiba-tiba pula rasa nak sambung balik blog.

"Sampaikan daripada ku walau satu ayat"

hadith sahih berkaitan kewajipan berdakwah bagi setiap muslimin mengingatkan aku. Ya, tak rugi berkongsi pengetahuan walaupun sikit, ALLAH S.W.T tak suruh kita jadi perfect dulu baru boleh berdakwah, asal ada ilmu, kita kongsikan. Macamlah kita menderma, menderma dengan ikhlas tandanya syukur, dan ALLAH S.W.T berjanji, kalau kita bersyukur, Dia akan tambahkan lagi nikmat-Nya pada kita.

dah dekat maghrib dah ni... aku nak bersiap... kepada kawan-kawan yang aku buat silap slah padanya secara langsung atau tak langsung, mohon kemaafan seluruhnya batin dan zahir, semoga kita sama-sama mendoakan kejayaan di dunia dan di akhirat.

p/s: 20hb April 2009, start final exam. semoga berjaya kalian semua...

No comments: