Saturday, June 6, 2009

UPDATE 'sikit'

Bismillahirrahmanirrahim...
kalimah mulia pembuka bicara, mengubat hati luka, merawat jiwa lara.
Alhamdulillah... lafaz kesyukuran setinggi-tingginya buat Tuhan Semesta Alam, walau tak terzahir pada lisan, tetap bergema di ruang hati yang dalam. Selawat dan salam buat qudwah hasanah sepanjang zaman, Nabi Muhammad S.A.W, para Sahabat R.A, tabi'in, tabi' tabi'in. Doa kesejahteraan dipanjatkan buat para pejuang Islam yang sudah kembali kerahmatullah dan yang masih melata di bumi ALLAH ini.

Assalamu'alaikum W.B.T kawan-kawan, adik-adik Klang High School (KHS) moga anda semua dalam sihat-sihat sahaja dan terus bersemangat untuk mengejar cita dan cinta kerana ALLAH S.W.T. Minta maaf lama sudah tak update blog ni, rasa rindu pula nak berkongsi cerita. mana nak mula ya....



Peperiksaan akhir semester dah pun tamat lebih sebulan(06/05/09), alhamdulillah dipermudahkan ALLAH dalam menjawab setiap soalan yang diajukan. Beberapa hari kemudian(13/05/09), selepas teman-teman kampus pulang ke kampung halaman masing-masing, aku kembali ke semenanjung melepas rindu pada adik beradik, anak saudara dan teman-teman Soutul Mukminin KHS. Nampaknya anak saudara aku Muqry dah jatuh ranking setelah Mukhlis kelihatan lebih comel dan lebih mencuit hatiku. Tak lama di semenanjung, 3 hari sahaja tuan-tuan... (16/05/09)Pulang ke Labuan dengan semangat baru.


(18/05/09) Bermulalah internship trainingku di Aslam Niaga, Kingfisher. Disini banyak mengajarku ilmu perniagaan dan keusahawanan. Syarikat Aslam Niaga ini ditubuhkan atas dasar memenuhi keperluan umat Islam di seluruh Sabah, memandangkan kesukaran sebelum ini untuk memperoleh barangan yang benar-benar halal mengikut syarak. Syarikat Aslam Niaga ini dimiliki sepenuhnya oleh usahawan bumiputera yang mempunya kesedaran yang tinggi terhadap keperluan umat Islam di Sabah Khususnya. ia mula ditubuhkan pada tahun 2004.


Disamping itu dapat berkenal-kenalan dengan bro-bro yang sporting and friendly, Bro Nasirin, Bro KY, Bro Salman, Bro Umar, Bro Nizam, Bro Makbil, Bro Murtadha dan ramai lagi. setiap hari rasa terisi dengan mereka, Alhamdulillah aku dipertemukan dengan mereka. Sentiasa menasihati dan seringkali gurau-gurau manfaat...huhuhu.

Sampai di sini sahaja buat masa ini, sebarang pengalaman sepanjang internship training akan disimpulkan dalam posting 30/07/09 nanti. Aku akan terus BERJALAN di lorong kehidupan, MELIHAT dan belajar sebanyak-banyaknya serta MENTAFSIR dan mencerna untuk diimplementasikan demi kabajikan amal kerana-Nya.

No comments: